Sumber Foto : Instagram Lara Alana

Semoga Lara cepat sembuh, patah tangan kiri tersungkur jatuh atas jalan. Allahu kesiannya Lara Alana puteri sulung kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini.

Selepas dua minggu akhirnya ibu dan ayah memaklumkan Lara mengalami kecederaaan patah tangan kiri akibat daripada terjatuh.

Semoga Lara Cepat Sembuh

Seperti mana yang diberitahu menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Lara Alana, kejadian berlaku pada 11 Februari lalu di mana Lara jatuh tersungkur ketika bermain di hadapan kawasan kediaman mereka hingga terpaksa dibawa ke hospital selepas lengannya membengkak.

“Disebabkan ramai yang bertanya, cerita dia macam ini, balik dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa, main dengan kawan-kawan di kawasan rumah.

“Biasalah sudah lama tak jumpa kawan, teruja. Tiba-tiba ketika berlari, Lara tersungkur dan jatuh atas jalan sehingga seluar koyak serta lutut berdarah.

Semoga Lara Cepat Sembuh, Patah Tangan Kiri Tersungkur Jatuh Atas Jalan

Lara Mengadu Tangan Sakit

“Daddy (saya) pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba Lara mengadu tangannya sakit dan lengan dia juga mula membengkak.

“Bawa pergi ke (bahagian) kecemasan dan terus buat ujian X-Ray (imbasan). Doktor maklumkan dua tulang patah,” luah Awal.

Semoga Lara Cepat Sembuh, Patah Tangan Kiri Tersungkur Jatuh Atas Jalan

IKLAN

Pembedahan Berlangsung Setengah Jam

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga memaklumkan Lara terus dimasukkan ke dewan pembedahan sejurus selepas itu. Malah pembedahan juga telah berlangsung selama setengah jam.

“Jadi Lara perlu memakai ‘cast’ (penyangga) itu untuk tempoh sebulan. Doakan Lara cepat sembuh ujarnya” sambung Awal.

Manakala Scha yang ketika itu menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Menarik Juga Disini: Scha Akui Bukan Tugas Mudah Layan Lara & Lyla Sama Rata, “Bila Adik Menangis, Lara Pun Mula Nak Menangis”

Selepas 7 Tahun, Awal Ashaari & Scha Selamat Timang Anak Kedua!

Ramai doakan Kesembuhan Lara

Menerusi ruangan komen ramai selebriti dan juga pengikut di laman Instagram Lara mendoakan kesembuhan buat si kecil ini.

IKLAN

Semoga Lara Cepat Sembuh, Patah Tangan Kiri Tersungkur Jatuh Atas Jalan Semoga Lara Cepat Sembuh, Patah Tangan Kiri Tersungkur Jatuh Atas Jalan

Adakah anak anda mendapat kalsium yang mencukupi dalam diet mereka? Kalsium penting untuk membina tulang yang kuat!

Mingguan Wanita: Semoga Lara cepat sembuh ya!

Sumber Foto : Instagram Lara Alana

IKLAN

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en                                                   Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Semoga Lara Cepat Sembuh, Patah Tangan Kiri Tersungkur Jatuh Atas Jalan

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI