Pernah tak, ada orang tak suka kita tanpa sebab? Rupanya inilah puncanya…. Dikatakan beginilah bagaimana otak manusia berfungsi. Mereka melihat kita sebagai cerminan mereka sendiri.
Kadang-kadang jadi pelik bila ada di kalangan kita yang tidak sukakan kita tanpa sebab. Cara terbaik abaikan saja, jadilah diri sendiri tanpa mengganggu kehidupan orang lain. Betul tak?
Ikuti perkongsian Eilhaam Hanafi ini dan fahami apa yang disampaikannya:
Pernah Tak
Pernah tak ada orang tiba-tiba tak suka kita tanpa sebab? Kalau pernah, baca ni sampai habis. Ilmu psikologi ni saya yakin berguna untuk semua.
Pertama sekali kita kena faham, bagaimana seseorang manusia tu melihat orang lain. Bila kita faham, kita takkan risau pasal isu tak suka dan tak berkenan ni.
Ada Orang Tak Suka Kita Tanpa Sebab?
Saya yakin ramai pernah lalui isu-isu seperti ini dan ada yang masih dihantui dengan tanggapan-tanggapan jahat sehingga hari ini dan telah menimbulkan perasaan takut untuk membuat atau mencuba sesuatu.
Cukup kita faham konsep “How you see others is the reflection of you”. Beginilah bagaimana otak manusia berfungsi. Mereka melihat kita sebagai cerminan mereka sendiri. Masih kurang faham? Saya sertakan contoh:
Orang yang dengki akan anggap orang lain pun dengki sepertinya.
Malah, orang yang ego akan anggap orang lain pun ego sepertinya.
Ads
Orang yang suka membenci pun akan anggap orang lain pun suka membenci sepertinya.
Inilah Puncanya…
Pernah terfikir?
Kenapa orang jujur cepat percayakan orang lain? Sebab orang jujur anggap orang lain pun jujur sepertinya…
Kenapa orang yang baik selalu dipergunakan? Sebab orang baik anggap orang lain pun baik sepertinya…
Dan kenapa orang zalim berbuat zalim terhadap orang lain? Sebab orang zalim anggap orang lain pun zalim sepertinya.
Sekiranya anda menganggap orang lain zalim, jahat, dengki, ego dan toksik, sebenarnya itulah CERMINAN anda.
Sekiranya anda menganggap orang lain jujur, amanah, ikhlas dan baik hati, sebenarnya itulah CERMINAN anda.
Ads
Macam mana lepas baca ni? Jadi lebih kebal boleh?
Disclaimer : Posting ini bersifat umum dan hanya tujuan untuk berkongsi, tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun mati.
Mingguan Wanita : Oleh itu mak, ayah jadilah diri sendiri. Tak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain selagi kehidupan mak, ayah tak mengganggu orang lain.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Tak nafikan harga bahan mentah dah semakin naik. Tapi kalau macam inilah gaya caj harga untuk sebungkus nasi goreng cina kosong, memang ‘boleh pergi haji cepat’ lah tokey kedai tu.
Inilah yang jadi dekat mantan penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abd Halim apabila dia kirim belikan makanan untuk anak-anak pada sepupunya.
Lebih terkejut bila tengok harga untuk 2 bungkus nasi goreng cina yang isinya cuma nasi dan telur, dia dicaj RM23.60.
Anak-anak Fiza yang comel dan manis.
Berbaloikah 2 Nasi Goreng Kampung Kosong Dicharge RM23.60
Bermakna satu nasi goreng cina itu harganya RM11.30. Yang menambah ketidakpuasan hati, bila nasi goreng cina yang sampai ke tangan semata-mata nasi dan telur.
Dalam instagram miliknya Fiza meluah rasa bertanyakan pada para followernya adalah berbaloi dengan pembelian 2 bungkus nasi goreng cina kosong, tak ada sayur, tak ada ayam. Just nasi dan telur sahaja dia dicaj sehingga RM23.60.
Makanan yang dikirim itu untuk anak-anaknya.
Sebelum Letak Harga, Tengok Dulu Apa Pembeli Beli
“Terkejut beruk saya dengar bila cousin saya bawa balik nasi dan bil ni. Takkan nasi goreng bodoh macam ini jatuh sampai RM11 lebih.”
“Agak-agak lah pun nak ikut menu nya harga.”
“Tengoklah makanan dulu sebelum nak kira kan. Gila ke apa hanya nasi dan telur harga dikenakan sampai macam ini.”
Pintanya agar pihak yang berkenaan memantau para pekerja mereka yang baginya tidak adil langsung untuk dirinya sebagai pembeli.
MW : Pun setuju dengan apa yang Fiza luahkan itu. Kadangkala peniaga ini pun, letak harga macam tak agak-agak rasionalnya.
Hakak sendiri pernah dicaj RM16 untuk 2 bungkus nasi kosong dan sepinggan kecil sotong goreng kunyit.
Yang lebih rasa PEDIH tu, gerai makan itu taraf-taraf gerai tepi jalan je.. bukan bistro atau restoran tau.
Puas suruh kira semula. Tetap peniaga tegaskan itulah harga betul yang dia letak. Hmm… dunia.. dunia..
Kebiasaannya lelaki ni kurang emosi dan lebih bersikap tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tetapi perasan tak, ada masa-masa tertentu lelaki ni secara tiba-tiba jadi lebih sensitif,emosi, cepat marah-marah dan naik angin walaupun terhadap perkara-perkara yang kecil je. Kita wanita ni, mesti rasa pelik bila perkara macam ni berlaku kan.Tiba-tiba je dia nak emosi nak cari pasal je dengan kita, padahal isu remeh je.
Irritable Male Syndrome (IMS)
Sebenarnya,dalam situasi ini lelaki sedang mengalami sindrom “datang bulan” namun tidaklah mengeluarkan darah ataupun mengalami sakit senggugut ketika period seperti wanita. Perubahan keadaan ini dipanggil Irritable Male Syndrome (IMS) yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, sebagaimana yang sering wanita alami iaitu PMS.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh The telegraph di United Kingdom, lebih daripada separuh daripada penduduk lelaki mengalami keadaan ini. Begitu juga dengan maklum balas daripada pihak wanita, lebih daripada separuh wanita memaklumkan bahawa pasangan mereka akan bertindak seperti cepat marah ataupun cepat sedih dalam masa-masa tertentu.
Kestabilan Hormon Tidak Dapat Dijangka
Ketika berada dalam tempoh ini, lelaki akan kerap berasa lapar dan dia akan lebih cenderung untuk merisaukan tentang berat badan mereka. Sesetengah orang akan cepat berasa marah, ada yang cepat berasa lapar dan ada sesetengah mereka yang inginkan kasih sayang daripada orang tercinta.
“Period” bagi lelaki ini mungkin kedengaran agak melucukan, namun, ia merupakan satu fenomena yang benar dan telah dikenalpasti oleh pakar-pakar perubatan di seluruh dunia.
Professor Peter Schlegel, seorang pakar perubatan di New York-Presbyterian dan Weill Cornell Medicine memberitahu bahawa kitaran hormon bagi wanita dapat dijangka setiap bulan. Namun, berbeza dengan lelaki, kestabilan hormon mereka tidak dapat dijangka dan boleh meningkat dan menurun pada bila-bila masa sahaja.
Antara punca IMS atau Irritable Male Syndrome ini ialah bila mereka stress. Selalunya dikaitkan dengan stress yang kronik. Masalah kewangan, perubahan hormon testeron dan masalah fizikal & spiritual.
Antara simptom mereka ialah:
1. Hypersensitive
2. Anxiety(Kerisauan)
3. Frustation(Kekecewaan)
4. Anger(Kemarahan) -ini adalah simptom yang sangat kerap berlaku, letusan emosi sebegini biasanya adalah tahap kritikal yang selalunya berakhir dengan pentengkaran.
Antara keadaan yang dilalui:
1. Merajuk
2. Melenting
3. Marah-marah
4. Pening
5. Keletihan
6. Berleter
Oleh itu, sekiranya perasan perubahan terhadap emosi suami anda yang cepat marah ataupun sedih, berikan mereka sedikit ruang kerana mereka mungkin sedang mengalami fenomena ini dan janganlah terlalu cepat menghukum mereka. Mereka sendiri juga mungkin tidak tahu tentang fenomena ini, berikan mereka sedikit ruang sehingga hormon mereka kembali stabil.
Stay cool dan relaks. Macamana bila orang perempuan kena PMS, selalunya banyak berehat. Selain itu, carilah coklat. Coklat dapat menaikkan hormon serotonin yang meredakan sindrom PMS. Sebab ia mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.
Jika tertinggal barangan masih boleh diterima, namun bila terlupa pada anak sendiri apatah lagi perlu berlepas naik kapal terbang memang luar biasa dan jarang sekali berlaku.
Menurut berita, sebuah pesawat Arab Saudi berlepas dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang penumpang wanita merayu agar pesawat berpatah balik kerana anaknya yang masih bayi tertinggal di lapangan terbang.
Minta Kebenaran Berpatah Balik
Juruterbang penerbangan SV832 dilapor meminta kebenaran pusat kawalan trafik udara untuk berpatah balik selepas seorang penumpang memberitahu kru yang dia telah tertinggal anaknya di terminal boarding.
Sebuah rakaman video insiden ini menjadi viral di media sosial yang menunjukkan juruterbang meminta izin daripada pegawai ATC untuk kembali ke lapangan terbang.
Perkara Baru
Disebabkan kes begini tak pernah berlaku, semua pihak pada awalnya terkejut dan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut protokol yang sewajarnya.
Pegawai ATC tersebut, selepas mencatatkan nombor pesawat, telah bertanyakan kepada rakan kerjanya tentang protokol yang perlu digunakan.
“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik… ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan…,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan.
“OK, patah balik ke pintu (pelepasan). Ini suatu yang baru bagi kami!”
Difahamkan juruterbang tu akhirnya berpatah balik dan wanita itu telah menemui anaknya yang masih bayi.Juruterbang tersebut dipuji kerana bersikap prihatin dengan situasi wanita tersebut.
Ia sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah pesawat untuk berpatah balik tanpa alasan munasabah selain masalah kesihatan serius atau masalah kecemasan teknikal.Walaupun demikian masih tidak diketahui punca sebenar wanita tersebut tertinggal anaknya di lapangan terbang.
MW: Pesanan pada mak-mak, semoga lebih berhati-hati.Kecuaian ini tak mustahil boleh berlaku bila dalam keadaan kelam kabut, terlalu penat mahupun fikiran kosong.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...