Sementara punya waktu berdua, ucapkan terima kasih selalu! “Nanti bila pasangan sudah tiada lagi, tidaklah diiringi kekesalan”.
Ternyata jika mampu diulang waktu, pasti saja mak, ayah yang kehilangan pasangan ingin memutarkan kembali waktu-waktu bersama.
Namun semua itu ianya mustahil, oleh itu hargailah waktu bersama, ketika pasangan mak ayah masih di depan mata. Ikuti perkongsian pendakwah selebriti ini, Da’i Wan dan hadam baik-baik ya:
Saya bukan sesiapa. Kita bukan dalam rangkaian kenalan sesama dalam industri hiburan. Belum pernah berjumpa lagi. Tapi Rahim dan Jepp pernah menjadi kenalan saya dalam perlawanan persahabatan ustaz-ustaz dan selebriti dulu.
Tapi saya antara orang yang mengikuti perkembangan Shuib, follow Shuib. Saya suka melihat keperibadian yang ditunjukkan, perwatakan kamu sebagai seorang suami yang baik pada arwah, sebab kalian berdua ciptakan kenangan yang baik-baik di sosial media.
Namun kali ini hati saya tergerak hendak buat satu coretan. Lepas lihat posting Shuib pada 6.25 pagi di hening subuh ini.
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri dan suka untuk ingatkan pada yang lain. Khususnya suami isteri yang mungkin sudah lama menyentuh usia perkahwinan bersama, berdua menyulam cinta.
Ads
Ucapkan Terima Kasih Selalu!
Cuba tanya diri sendiri. Bila kali terakhir kita mengungkapkan yang kita ‘sayang’ pasangan kita. Bila kali terakhir kita kata ‘terima kasih’ sebab tolong itu, ini untuk kita.
Walaupun itu, memang menjadi tanggungjawab pasangan untuk buat. Tetapi, adakah kita belajar menghargai setitik peluh pasangan, walaupun dia hanya sekadar membuang sampah dari dalam rumah keluar jalanan sana. Tapi pernah tak kita kenang dan hargai semua benda-benda kecil yang pasangan kita sudah buat selama ini?
Sebab bila pinjaman nyawa Allah SWT itu sudah tiba waktunya, bila pasangan sudah pergi dipanggil Ilahi. Ramai antara kita terduduk.
Ads
Berkata dalam hati, ‘Kalaulah aku ucap terima kasih dulu, untuk sekecil-kecil perkara yang dia buatkan untuk aku, selalu bawa aku pergi makan minum, jaga urusan-urusan aku, kalaulah aku lebih hargai, balas semula dengan biar dia rasa yang aku sayang dia lebih dari apa yang dia berikan pada aku atau tunaikan tanggungjawab itu pada aku, pasti aku tak akan rasa kesal seperti sekarang.’
Tidaklah Diiringi Kekesalan
Post Shuib mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan, sementara masih punya waktu pinjaman bersama dan ucap ‘Terima kasih’ selalu dan untuk segalanya yang pasangan dah buat. Biar rindu ketika pasangan sudah tiada nanti, tak diiringi rasa kekesalan.
Terima kasih @shuibsepahtu . Moga Allah SWT isi kekosongan dan kerinduan itu dengan Cinta-Nya, dan susunan-Nya.
Kepada arwah Siti Sarah. Al-Fatihah. Semoga Allah SWT menerima taubatnya sebelum maut, merahmatinya dulu disaat maut, dan mengampuninya selepas maut. آمين.
I You @syahirah_zamzari , isteriku di dunia dan akhirat. Terima kasih untuk semuanya.
“Tempatnya masih sama, cuma kali ini rasa yang lain.”
Mingguan Wanita : Sesungguhnya ciptalah kenangan sebanyak mungkin kerana kelak sekecil-kecil kenangan bersama pasangan akan dikenang dan diingati. Al-Fatihah buat allahyarhamah Siti Sarah Raissudin.
Pentingnya Panggilan ‘Sayang’ Pada Pasangan, Hubungan Suami Isteri Makin Erat
Penting sebenarnya panggilan sayang pada pasangan dalam hubungan suami isteri. Panggilan sayang ini merupakan salah satu panggilan manja buat pasangan selain baby, honey, abang, hubby dan sebagainya. Percaya atau tidak dengan membiasakan diri menyebut panggilan manja ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar rasa lebih disayangi dan dihargai.
Janganlah masa zaman bercinta je, bersayang-sayang bila dah kahwin ada anak, panggilan sayang pun hilang.Digantikan dengan abahnya, maknya.. langsung tak sweet.
KATA-KATA POSITIF YANG BERI KESAN PERILAKU MANUSIA
Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang mempunyai unsur romantik dan lucu dikategorikan sebagai kata-kata yang positif yang memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang.Ia mewujudkan sebuah perasaan yang menyenangkan dan menenangkan dalam fikiran seseorang.
Walaupun nama panggilan yang diberikan kepada pasangan terdengar ganjil atau aneh, ia menunjukkan satu aras yang baik terhadap hubungan yang dimiliki oleh seseorang.
Satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau menunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda sihatnya sebuah perhubungan itu.
Hasil yang positif mengenai panggilan sayang ini turut disokong oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam kajian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, 76 peratus pasangan berpendapat mereka bahagia dengan gelaran dan panggilan sayang yang diberikan oleh pasangan mereka.
Panggilan tersebut digunakan sebagai pengingat tentang kedekatan dan betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai.
Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang. Lagipun kata-kata tu kan satu doa. Semoga berkekalan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan nanti.
Dalam kesibukan menjalani latihan sempena Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 10 Ogos ini, Dato’ M.Nasir sempat mencuri waktu untuk menghadiri majlis konvokesyen anak bongsunya, Sucimusalmah Binti Mohd Nasir yang menamatkan pengajiannya dari The University Of Nottingham baru-baru ini.
Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama
Perkongsian Datin Marlia Musa di laman Instagram miliknya baru-baru ini memaklumkan anak bongsunya, Sucimusalmah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama dari The University Of Nottingham. Kelibat Dato M. Nasir turut kelihatan meraikan kejayaan anak bongsunya itu.
Dalam pada itu, Datin Marlia Musa sempat berkongsi momen di sebalik majlis graduasi tersebut yang menjadi kenangan indah untuk mereka sekeluarga kenang sepanjang hayat.
“Macam baru semalam Sucimusalmah menjejakkan kaki ke universiti dan macam baru semalam saya balik menghantarnya ke rumah baharunya di UniVillage dan pulang ke rumah menangis kerana merinduinya. Sekurang-kurangnya Sungai Buloh ke Semenyih cuma mengambil masa dua jam.
Bila kenangkan itu, hati saya kurang laranya. Pejam celik routine baru ini, berat tapi lebih mudah ditelan. Pejam celik juga akhirnya 3 tahun sudah berakhir. Terima Kasih Tuhan atas semua kurniaanMu.Terima kasih @sucinasirfor this happiness.
Terima kasih Bapak Suci kerana percaya dengan cita-cita anaknya. Terima kasih Mama kerana selalu mendoakan kami sekeluarga. Terima Kasih adik beradik dan keluarga kerana selalu berada bersama kami. Alhamdulillah,”ujar Datin Marlia Musa.
Manis mengenakan sepasang baju kurung di majlis konvokesyennya, rupanya Sucimusalmah mempunyai permintaan yang tidak dapat ditunaikan oleh ibunya untuk digayakan di majlis graduasinya ini.
“Permintaan Suci untuk memakai baju kurung yang saya sarung semasa majlis graduasi lebih 20 tahun dulu tak dapat ditunaikan. Baju tersebut entah ke mana dan sudah tidak muat,” sambung Datin Marlia lagi yang mendapatkan khidmat Teh Firdaus untuk menyediakan busana baju kurung yang digayakan di majlis konvokesyen tersebut.
Semoga kejayaan Sucimusalmah menjadi kebanggan buat keluarga Dato M Nasir dan Datin Marlia Musa. Syabas dan tahniah!
Mengenai perkembangan seni Dato M. Nasir, beliau dijadual mengadakan konsert DATO’ M.N45IR CIPTA pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil. DATO’ M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.
Jangan bebankan tugas mendidik dan menjaga anak-anak di bahu isteri seorang je ye. Suami pun ada tanggungjawab besar sebagai seorang ayah.
Cahaya mata adalah rezeki yang ternilai harganya, yang dikurniakan kepada pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga. Bersyukurlah andai rezeki itu tiba awal sebab ramai pasangan yang sudah lama berkahwin masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Jangan Bagi Alasan, Jaga Sama-Sama
Anak adalah amanah yang hadir dengan tanggungjawab yang digalaskan ke bahu mak ayah. Sebab itu, jangan sesekali meletakkan tanggungjawab itu di atas bahu satu pihak saja. Misalnya suami lebih banyak serahkan tugas mendidik anak kepada isteri. Alasannya dia sudah penat mencari rezeki.
Salah tu ye. Walau pun penat mencari rezeki, tak perlu lepaskan tanggungjawab itu di bahu isteri saja. Ayah juga memainkan peranan besar dalam pembesaran anak-anak. Apatah lagi anak lelaki yang sudah semestinya memerlukan tunjuk ajar daripada seorang ayah.
Alangkah bahagia dan harmoninya rumah tangga bila suami dan isteri sama-sama galas tugas didik anak sama-sama.
Jangan Lupa Wujudkan Masa Kualiti Bersama
Ya, mungkin ayah sibuk kerja dan mak pula suri rumah. Sudah pasti mak yang banyak uruskan anak-anak seharian. Tapi tak bermakna ayah perlu lepas tangan. Kena bijak curi masa berkualiti dengan anak. Misalnya makan bersama dan main bersama-sama.
Sering bertanya pada isteri apa perkembangan diri anak seharian. Jika ada yang perlu ditegur, seeloknya biarlah ayah menegur kerana biasanya anak-anak lebih gerun dengan ayah. Kalau mak yang menegur, dia buat tak dengar saja.
Bila cuti, apa salahnya ambil tugas isteri mandikan anak dan ajar anak kerja sekolah. Waktu itu boleh juga ajar anak bersembang. Bila dah dibiasakan begitu, anak-akan tetap rasa dekat dengan ayah.
Sering kali terjadi, bila anak-anak ada masalah, ayah akan salahkan si mak. Ayat biasa seperti “Anak awak lah tu. Macam mana awak ajar anak?”. Wah..senangnya nak salahkan isteri ye? Tak fikir agaknya. Kalau rasa isteri tak pandai didik anak, kenapa tak ambil tanggungjawab tu untuk ajar dan didik anak? Hanya tahu menyalahkan.
Isteri pasti rasa marah dan terkilan. Bukannya selama ini dia tak berusaha ajar anak-anak sebaik mungkin. Tapi percayalah, ada perkara ayah yang kena main peranan. Lebih-lebih lagi bila anak lelaki yang sedang meningkat remaja.
Bila ini terjadi, akan timbul pergaduhan antara suami isteri. Isteri makin makan hati dengan sikap suami yang asyik salahkan dirinya bagi tiap apa kesalahan yang si anak buat. Tapi dalam masa yang sama, suami tidak pula ubah sikap dan ambil tanggungjawab untuk didik anak. Kalau rasa diri lagi hebat didik anak, ambillah tanggungjawab itu! Kenapa nak serah bulat-bulat pada isteri? Kasihan isteri dipersalahkan.
Beban Pada Isteri
Bila suami menyalah isteri atas apa saja masalah yang anak hadapi, ia membebankan isteri. Seolah-olah dia tak pandai mendidik anak atau dalam erti kata lain, seorang ibu yang gagal. Kasihan isteri. Kenapa nak dibebankan dia seorang?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha...