Wilayah Jilin di Beijing, meminta bank beri pinjaman sehingga AS$31,400 (RM131,723) kepada pasangan suami isteri sebagai usaha menangani masalah kadar kelahiran rendah di China.

Masalah kadar kelahiran rendah, wilayah china sediakan kemudahan pinjaman wang untuk dapatkan anak dan juga buat pasangan yang ingin berkahwin.

Usaha ini adalah alternatif bagi menggalakkan penduduk di wilayah China menambah bilangan anak bagi mengatasi masalah kelahiran yang semakin menurun.

Masalah Kadar Kelahiran Rendah

Wilayah Jilin di Beijing, meminta bank-bank untuk memberikan pinjaman ‘perkahwinan dan kelahiran’ sehingga AS$31,400 (RM131,723) kepada pasangan suami isteri sebagai usaha menangani masalah kadar kelahiran rendah di China, lapor laman berita Wionews semalam.

Demografi negara paling ramai penduduk di dunia itu kini berada dalam kitaran ‘terbalik’ kerana ia mungkin mengalami pertumbuhan negatif selepas 2025.

Sehingga kini, tiada maklumat tentang bagaimana pemerintah akan membantu pinjaman tersebut.

Wilayah China Sediakan Kemudahan Pinjaman

Pinjaman itu bagaimanapun menawarkan diskaun untuk kadar faedah, bergantung kepada bilangan anak yang dimiliki oleh pasangan yang memohon.

Pinjaman sama menjadi topik hangat di laman sosial Weibo. Seorang pengguna Weibo menulis bahawa individu yang perlu mendapatkan pinjaman kewangan bagi membesarkan anak bermaksud bahawa mereka ‘tidak mahukan anak tersebut.’

“Menambah beban kewangan pasangan suami isteri bukanlah satu tindakan yang baik,” katanya.

Dalam satu langkah lain pula, Jilin membenarkan pasangan dari wilayah lain mendapatkan permit penduduk yang dikenali sebagai hukou.

IKLAN

Ia juga membolehkan pasangan suami isteri untuk mengakses perkhidmatan awam di Jilin sekiranya mereka mempunyai anak dan mendaftarkan mereka di sana.

Baca Juga Di Sini:

Pilih Nama Anak Terlalu Panjang, Mak Ayah Berdepan Masalah Dapatkan Sijil Kelahiran

Kelahiran Anak Kedua, Ummi Bersyukur “Doa keluarga, Sahabat Dapat Merasa Bersalin Secara Normal”

Pinjaman Wang Untuk Dapatkan Anak

Pasangan yang mempunyai dua atau tiga anak juga boleh mendapatkan pengurangan cukai sekiranya mereka menubuhkan perniagaan kecil.

Jilin mencatatkan penurunan populasi terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

IKLAN

Sementara itu, artikel yang ditulis oleh sebuah akhbar pemerintah di China telah meminta ahli-ahli Parti Komunis China (PKC) untuk memikul tanggungjawab bagi masalah jumlah penduduk yang semakin berkurangan, dan memaklumkan bahawa pasangan ‘wajib’ mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak.

“Tiada ahli parti yang boleh menggunakan sebarang alasan bersifat objektif atau peribadi untuk tidak berkahwin atau mempunyai anak.

“Mereka juga tidak boleh menggunakan sebarang alasan untuk mempunyai satu atau dua anak sahaja,” demikian kenyataan yang ditulis artikel itu. – AGENSI

Mingguan Wanita: Ternyata ianya bukan satu langkah yang efektif apabila penduduk di wilayah ini terpaksa membuat pinjaman untuk menambah anak. Membuat pinjaman seolah-olah seperti menambah beban kewangan buat keluarga.

Sumber : Kosmo Online

IKLAN

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI