Pengacara yang mesra disapa Kak Lina atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, berkata perjuangan kemanusiaan GSF menghadirkan ruang keinsafan yang mendalam.
“Dalam berhijab, tiada istilah cuba. Apa yang boleh saya cakap, saya mahukan yang terbaik untuk diri saya. Sudah semestinya kita harap orang ramai berikan doa yang baik-baik,” kata Elly ketika ditemui di sidang media pentas akhir Kilauan Emas 2025, pada Ahad.
Perubahan manis itu turut disambut dengan pelukan restu daripada suami tercinta, Mohamad Azlan Che Nuh.
“Sudah tentu suami seronok, dia cium dahi saya dan sangat bahagia. Terima kasih sayang,” luahnya, tersenyum.
Penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa yang berdiri teguh menyokong misi tersebut, sambil menitip doa agar semua yang terlibat kembali dengan selamat.
“Terima kasih rakyat Malaysia, satu dunia bersama mereka. Harap kita semua sama-sama kuat dan sabar menanti kepulangan mereka selamat sampai ke tanah air. Terima kasih aktivis atas keberanian anda,”ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki pada pagi tadi.
Menurut sumber, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi apabila pelajar lelaki Tingkatan Dua itu didakwa membawa sebilah pisau ke sekolah sebelum bertindak menyerang mangsa.
Difahamkan, selain mangsa utama, suspek turut menikam seorang lagi pelajar dalam kejadian yang berlaku di kawasan sekolah berkenaan. Pihak polis kini masih menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian.
Usaha sedang dibuat oleh pihak media untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada polis, namun butiran penuh dipercayai akan diumumkan dalam sidang media khas di lokasi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat bersama pasukan penyiasat dilaporkan berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat awal.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan insiden tikaman tersebut berlaku di luar kelas namun masih dalam kawasan sekolah.
Beliau menyifatkan kejadian tragik itu amat menyayat hati dan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Kita difahamkan mangsa berusia 16 tahun meninggal dunia akibat kejadian ini, manakala motif kejadian masih belum dapat dipastikan. Suspek sudah berjaya ditahan dan Ketua Polis Selangor akan mengumumkan perkembangan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Kempen Anti Buli, hari ini.
Mohd Khalid turut menjelaskan bahawa identiti suspek yang berumur 14 tahun tidak boleh didedahkan kepada umum kerana masih di bawah umur.
Terdahulu, laporan awal menyebut suspek membawa senjata tajam berbentuk pisau ke sekolah sebelum bertindak menikam pelajar terbabit sekitar jam 9.30 pagi.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, yang dikenali sebagai pencinta haiwan tegar, sekali lagi menzahirkan keprihatinan baginda terhadap kebajikan haiwan, khususnya kucing terbiar. DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, sememangnya seorang pencinta kucing yang dihormati dan menyayangi haiwan peliharaan itu. Baginda sering menunjukkan sokongan terhadap program kebajikan haiwan.
Baru-baru ini, baginda berkenan berangkat menghadiri sambutan Hari Haiwan Sedunia 2025 yang berlangsung di SPCA Selangor, Ampang Jaya. Acara tersebut dianjurkan oleh SPCA Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebagai usaha bersama meningkatkan kesedaran awam mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan haiwan jalanan.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat, YBhg. Dato’ Rosli Othman dan Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin.
Dalam majlis tersebut, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan serta penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam usaha kebajikan haiwan. Baginda juga meluangkan masa melawat reruai pameran dan ruang penjagaan haiwan peliharaan yang disediakan di lokasi program.
Penganjuran Hari Haiwan Sedunia ini menjadi wadah penting untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan kasih sayang, penjagaan dan perlindungan terhadap haiwan, sejajar dengan aspirasi SPCA Selangor dalam memperjuangkan kesejahteraan makhluk berbulu itu.
Baginda turut melawat ke reruai pameran dan juga ruang penjagaan haiwan peliharaan.
Komitmen berterusan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin terhadap kebajikan haiwan bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pencinta haiwan di seluruh negara, malah memperkukuh mesej bahawa setiap makhluk bernyawa wajar dihargai dan dilindungi.
Usaha dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor dalam memperjuangkan kebajikan haiwan menjadi teladan kepada masyarakat, bahawa tanggungjawab menjaga makhluk ciptaan Tuhan ini harus dipikul bersama demi kesejahteraan bersama.
*Menyokong program kebajikan haiwan: Baginda telah merasmikan pelbagai program yang menyokong kebajikan haiwan, termasuk “Misi Meow Prihatin” yang dilancarkan pada Hari Kucing Sedunia di Mydin Subang Jaya. Baginda juga menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Haiwan (PAWS).
*Merasmikan Taman Kucing Shah Alam: Baginda telah merasmikan Taman Kucing Shah Alam (Catopia Shah Alam) pada Februari 2025 di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14.
*Melancarkan maskot rasmi: Semasa perasmian Taman Kucing Shah Alam, Baginda turut melancarkan maskot rasmi taman itu, yang dinamakan “Ikon Oyen”.
*Menyertai acara-acara berkaitan kucing: Baginda juga sering kelihatan menyertai acara-acara yang berkaitan dengan kucing, seperti Fun Walk di Shah Alam, dan juga melawat serta bermain dengan kucing-kucing di taman tersebut.
*Menunjukkan sokongan melalui pakaian: Baginda pernah kelihatan mengenakan pakaian yang mempunyai motif kucing semasa menghadiri acara-acara tersebut, menunjukkan minat dan sokongan Baginda terhadap haiwan itu.
“Saya berdebar dan takut apabila pelajar lelaki itu masuk ke kelas kami dengan memegang senjata, malah tangan dan bajunya ada kesan merah dipercayai darah,” kata seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama hari ini.
Insiden tragis itu berlaku kira-kira jam 9.10 pagi apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam oleh pelajar lelaki berumur 14 tahun di kawasan tandas perempuan sekolah berkenaan. Kes tikaman pelajar Bandar Utama ini mencetuskan suasana panik dalam kalangan warga sekolah yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.
Menurut pelajar Tingkatan Satu yang ditemui, suspek dikatakan masuk ke kelasnya sejurus selepas kejadian namun tidak bertindak agresif terhadap mana-mana pelajar lain.
“Dia hanya masuk kelas kami sambil bawa senjata tetapi dia tak acu (senjata) atau ugut kami. Pelajar itu hanya diam saja. Pelajar itu masuk kelas kami sekejap saja sebelum dia keluar dan saya tak tahu dia pergi mana selepas itu.
“Kami memang takut dan berdebar-debar ketika itu dan saya juga masih rasa trauma dengan kejadian itu. Saya tidak mengenali dia, kami tidak belajar di kelas yang sama dan saya cuma tahu dia pelajar kelas peralihan saja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar mendakwa terdengar suspek berbisik sesuatu yang mencurigakan kepada rakannya sebelum kejadian berlaku.
“Dia berbisik kepada rakannya dengan mengatakan ‘you see later, what happen’ (awak lihat nanti, apa yang akan berlaku) ketika mereka sedang berkumpul sebelum masuk ke kelas,” katanya yang kebetulan berada berhampiran suspek ketika itu.
“Kami juga ada nampak pelajar itu ada bawa senjata,” tambahnya.
Seorang pelajar lain pula memaklumkan dia terdengar jeritan kuat dari tandas pelajar perempuan di aras bawah dari kelasnya yang terletak di tingkat tiga, sebelum melihat seorang pelajar lelaki berlari ke arah bawah bangunan.
“Saya lihat ada budak lelaki berlari seperti mahu turun ke bawah (dipercayai untuk membantu). Pada mulanya saya ingatkan ada pelajar kena marah dengan cikgu atau ada kejadian lain.
“Sebelum itu juga saya ada nampak budak lelaki (dipercayai suspek) memegang senjata tajam,” katanya.
Kejadian kes tikaman pelajar Bandar Utama ini meninggalkan kesan trauma kepada warga sekolah. Ramai pelajar masih dalam keadaan cemas dan memerlukan bimbingan kaunselor bagi menangani tekanan emosi akibat tragedi tersebut.
Siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan memastikan keadilan ditegakkan kepada semua pihak yang terlibat.