9 kapal misi kemanusiaan ke G4za telah dipintas zionis, 8 wakil Malaysia di kapal Conscience turut terlibat. Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) telah dipintas oleh tentera Zionis kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Ketika kejadian, kesemua kapal itu berada di perairan antarabangsa berhampiran G4za.
Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), seramai lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal utama, Conscience terdiri dari Mohd Alauddin dan Dr Fauziah, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.
Selain itu terdapat dua pensyarah Prof Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro AWANI Syafik Shukri Abdul Jalil telah berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 Sept.
Manakala seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal layar Umm Saad.
Kesemua mereka merupakan peserta misi kemanusiaan yang bertujuan menyalurkan bantuan serta mengumpul bukti pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Zionis.
Sebentar tadi tracker yang dinaiki aktivis ini dilihat terhenti di tengah lautan menghampiri zon merah.
Ads
Tanda Sokongan, Simbol Perpaduan
Pakai mafla Palestin sebagai lambang solidariti dan semangat perjuangan — satu simbol kekuatan dan harapan.
Kecederaan murid berpunca daripada kemalangan ketika bermain, dan bukannya akibat pergaduhan atau buli seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah, Ag Ku Jainuddin Ag Wahab, hasil siasatan awal mendapati insiden itu berlaku sewaktu murid berkenaan bermain bersama rakan di sekolah.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, kecederaan murid berpunca daripada kemalangan ketika bermain dan bukannya kerana dipukul seperti yang tersebar di media sosial,” jelas beliau ketika ditemui.
Tambahnya, pihak sekolah telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian berkenaan dan segera membawa murid terbabit ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebaik sahaja kejadian berlaku.
Beliau turut memaklumkan bahawa ibu bapa murid telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Pihak sekolah juga memberi jaminan bahawa keselamatan dan kebajikan semua murid akan terus menjadi keutamaan utama.
“Kami juga akan mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah dengan kesan darah di kepala sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna internet.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 11 pagi di sebuah sekolah rendah di daerah ini sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Penjelasan daripada Guru Besar SK Padang Berampah diharap dapat meredakan salah faham masyarakat berhubung isu tular tersebut. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa maklumat sahih.
Setakat ini, keadaan murid yang terlibat dilaporkan stabil dan masih dipantau oleh pihak hospital.
Insiden ini menjadi peringatan tentang pentingnya pengawasan dan keselamatan ketika aktiviti luar bilik darjah, serta keperluan memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat untuk semua pelajar.
Pelakon Amyza Aznan, 51, berkongsi kisah penuh sebak apabila anak lelakinya, Andre Mikhail Khairul, 19, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak Januari lalu. Meskipun diuji hebat, Amyza Aznan tetap tabah dan positif melihat semangat anaknya yang tidak pernah berputus asa.
Menurut Amyza Aznan, Andre kini telah menyelesaikan dua pusingan rawatan kemoterapi melibatkan lapan sesi secara keseluruhan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Sekarang kami masih menunggu keputusan imbasan Computed Tomography (CT) scan untuk menentukan langkah rawatan seterusnya. Kalau tumor itu sudah mengecil dan boleh buat pembedahan, doktor akan teruskan dengan pembedahan. Baru-baru ini, sementara menunggu keputusan CT Scan, HKL hantar Andre semula ke Hospital Ampang untuk konsultasi bagi prosedur seterusnya,” katanya.
Tambah Amyza Aznan, sebelum pembedahan boleh dilakukan, pihak hospital mencadangkan agar Andre menjalani prosedur transplant darah pada tulang belakang bagi memastikan keselamatan pesakit semasa rawatan susulan.
“Doktor beritahu prosedur itu penting untuk melindungi saraf dan cecair di belakang tulang agar rawatan selepas ini tidak merosakkan bahagian berkenaan. Ada beberapa lagi pemeriksaan tambahan termasuk ujian jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Buat masa ini, kami belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan transplant darah itu atau tidak kerana risikonya agak besar. Antara risikonya termasuk jangkitan kuman dan nauzubillah himinzalik, kes paling serius boleh membawa maut,” jelasnya.
Selepas dua kitaran rawatan, perkembangan positif mula kelihatan apabila tumor Andre mengecil daripada 18 sentimeter kepada 14 sentimeter, manakala bacaan penanda tumor menurun daripada 70,000 kepada 50,000.
“Doktor terkejut sebab pada awalnya mereka seperti sudah hilang harapan. Tetapi, saya percaya inilah kuasa doa yang tidak pernah putus daripada semua orang,” kata Amyza Aznan penuh kesyukuran.
Walaupun berdepan ujian berat, Amyza Aznan bersyukur kerana anaknya masih kuat dan bersemangat menghadapi rawatan. Baginya, semangat Andre menjadi sumber kekuatan utama.
“Dia masih mampu tersenyum… Tak pernah merungut. Cuma bila kena cucuk atau masuk air garam, dia akan cakap sakit sikit. Selain itu, dia tetap kuat,” luahnya sebak.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Rindu Kasih ini mengakui bukan mudah mengimbangi tanggungjawab antara kerjaya dan penjagaan anak. Namun, dia bersyukur kerana ada insan sekeliling yang membantu.
“Saya bersyukur ada kawan perempuan Andre yang banyak membantu jaga dia di hospital. Kalau tidak, memang saya tak terkejar. Nampaklah Andre lebih sensitif sedikit, macam manja dan suka makan disuap. Ada satu masa tu, saya datang melawat dia tapi pelik sebab dia tak banyak cakap. Rupanya merajuk sebab saya tak suap dia makan hari sebelumnya,” kongsi Amyza Aznan sambil tersenyum.
Walaupun hatinya risau terhadap anak, Amyza Aznan tetap profesional apabila berada di set penggambaran. Dia sentiasa berpegang pada prinsip untuk tidak membawa emosi peribadi ke tempat kerja.
“Saya selalu pesan pada diri, semua orang ada masalah. Apabila pergi kerja, letak masalah di tepi. Tak perlu bawa emosi ke tempat kerja atau minta orang faham keadaan kita. Di set penggambaran, saya tetap profesional dan berikan yang terbaik,” katanya tegas.
Sebagai seorang ibu, Amyza Aznan hanya mengharapkan kesembuhan buat anak tersayang dan memohon doa agar Andre terus kuat berjuang melawan penyakitnya.
“Sebagai seorang ibu, saya cuma hendak Andre sihat, panjang umur dan kuat melawan sakitnya. Dialah nyawa saya. Kalau anak demam pun kita dah tak senang duduk, inikan pula sakit seteruk ini,” katanya sebak.
Walaupun fokus utama kini adalah menjaga anak, Amyza Aznan sudah mula kembali aktif dalam dunia seni selepas melihat keadaan Andre semakin stabil.
“Saya mula ambil kerja balik bila tengok dia sudah kuat dan boleh urus diri. Minggu depan saya akan mula penggambaran drama arahan Heykal Hanifah dan satu lagi naskhah untuk Media Prima Berhad (MPB) arahan Amor Rizan,” katanya menutup bicara penuh ketabahan.
Tugas membesarkan anak bukan mudah, tapi kamu tidak keseorangan. Buku ini hadir untuk memberi kekuatan, inspirasi dan refleksi melalui kisah, tips dan panduan sabar dalam mendidik keluarga dengan kasih.
Tugas membesarkan anak bukan mudah, tapi kamu tidak keseorangan. Buku ini hadir untuk memberi kekuatan, inspirasi dan refleksi melalui kisah, tips dan panduan sabar dalam mendidik keluarga dengan kasih.
Ardell Aryana minta suami bersabar. Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.
Menerusi platform Threads pula, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.
Sebagai seorang suami, Nadzmi Adhwa cukup risau namun luahannya cukup menyentuh hati apabila isterinya pula yang minta suami bersabar.
Menerusi perkongsian di Threads Nadzmi tahu akan kekuatan semangat isterinya itu.
“Isteri saya suruh sabar sabar sabar.
“Allahuakbar. Isteri saya kuat dan nak korang pun kuat. Teruskan bercakap tentang G” luah Nadzmi.
Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.
Khiban atau khimar bandana menjadi trend hijab baharu dalam kalangan hijabi moden. Gabungan gaya sopan, praktikal dan edgy menjadikannya pilihan popular pencinta modest fashion.