
Kongsi Sasha di laman akaun Instagramnya, “sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat vaksin kami berdua berasa letih, mengantuk dan sakit kepala,”
Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin dan suaminya, Sirhan Wahab telah menceritakan pengalamannya selepas menyempurnakan suntikan dos kedua bagi vaksin yang sama.

Sasha & Suami Lengkapkan Vaksin Sinophharm
Untuk rekod, hujung Disember lalu, penyanyi Sasha merupakan antara rakyat Malaysia terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm di Hospital Emirates Field, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Alhamdullilah, kami telah melengkapkan vaksin Sinopharm selepas 21 hari suntikan vaksin pertama dilakukan. Kami turut dimaklumkan suntikan dos kedua ini lebih kepada booster.
“Selepas suntikan yang pertama kami tidak mengalami demam ataupun alergi, namun suntikan kedua ini pula sebaliknya.
“Sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat vaksin kami berdua berasa letih, mengantuk dan sakit kepala,” tulisnya.
“Saya & Sirhan Dalam Keadaan Baik, Lakukan Rutin Seperti Biasa”
Sasha juga menerangkan bagi mengatasi kelesuan yang dialami, dia dan suami tidur seketika dan kondisi kembali pulih.
“Setakat ini saya dan Sirhan dalam keadaan baik dan boleh melakukan rutin harian seperti biasa pada hari ini (semalam).
“Justeru, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan UAE atas inisiatif berterusan memerangi pandemik Covid-19, sekali gus menawarkan vaksin percuma kepada semua residen di sini,” kongsinya lagi.


Kakak kepada Zain Saidin ini juga menzahirkan penghargaan kepada kerajaan UAE yang menawarkan vaksin percuma kepada penduduk di sana,
Baca Disini Juga:
Pasangan Suami Isteri Saintis Islam Hasilkan Vaksin COVID-19, 90 Peratus Berkesan!
Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari
Terdahulu, Sasha yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu memberitahu, keputusannya mengambil suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanannya sebanyak 86 peratus. Tambahan pula, setelah mendapat berita mengenai kemunculan mutasi baharu Covid-19.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Sasha Saidin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami Isteri Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir, Itulah Rahsia MESRA Melekat

Ketika berdepan ujian rumahtangga, baik suami mahupun isteri bacalah wirid Al Mathurat pagi dan petang sampai doanya yang terakhir. Sebab rahsia hubungan mesra itu ada pada doa akhir Al Mathurat.
Setiap himpunan doa yang disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih ini adalah wirid dan doa harian yang menjadi amalan Rasulullah SAW.
Doa-doa yang terkandung dalam indah untuk melembutkan hati-hati yang sedia keras dan selalu saja berbolak balik. Bukankah manusia memang begitu sifatnya, sebab itu doa adalah senjata kita.
Untuk melindungi diri dari terpedaya dengan nafsu sendiri.
Dan ketika hati sedang PANAS dengan sikap suami atau isteri yang tak mengikut apa yang kita bayangkan, amalkanlah wirid ini untuk ketenangan hati diri sendiri.
Moga jiwa kita lebih lembut, lebih lunak menerima apa juga ujian yang tuhan berikan kepada kita.
Klik Sini : Untuk Baca Wirid Al Mathurat

Kenapa Doa Akhir Itu Rahsia MESRA Melekat Suami Isteri
√ Bacalah Sampai Doa Terakhir
Sebaiknya bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana mahu cepat, kita elakkan dari dari membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini saja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya.
√ Doa Untuk Satukan Hati Dan Saling Berkasih Sayang
Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.
√ Ini Terjemahan Doa Akhir
Dalam doa akhir yang suami isteri baca kelak, terjemahannya bermaksud begini :

* Masa baca bayangkan wajah suami atau isteri masing-masing. Jangan lupa sebut namanya dalam doa akhir ini.
Indahnya Bila Konsisten Baca Al Mathurat
Buat suami isteri yang masih belum biasa dengan wirid Al Mathurat ini sedikit keterangan untuk anda mudah faham.
√ Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.
√ Zikir, wirid dan doa yang terkandung di dalamnya menjadi senjata kekuatan jiwa seorang Muslim. Amalkan penuh konsisten di waktu pagi dan petang, insya-Allah akan ada perubahan yang besar dalam diri. Baik cara kita bertingkah laku, mahupun cara kita menyelesaikan satu-satu masalah.
√ Doa akhir ini dinamakan doa wirid rabitah (ikatan) yang dibaca untuk memohon dipereratkan jalinan hati. Bila dibaca beramai-ramai mohonlah agar ikatan hati menjadi lebih teguh. Jadi, bacalah bersama suami dan isteri serentak.
√ Ada banyak kelebihan bagi anda yang mengamalkan Al Mathurat. Jika anda berada di sebelah suami yang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali langsung habiskan seperti arahan pada buku Al Mathurat itu.
√ Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti. Terutama ketika membaca sebelah pagi atau petang kerana ada beberapa bahagian ayat perlu diubah ikut masa membacanya. (boleh rujuk pada buku Al Mathurat).
√ Suami isteri boleh membacanya sebaik selesai solat dhuha untuk sebelah pagi. Dan membacanya selepas solat asar untuk bacaan petang. Ini sekadar panduan mudah, apa pun terpulang pada kelapangan waktu suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Diet Versi Musim “Perintah Kawalan Pergerakan” Yang Mak-Mak Boleh Lakukan

Diet ni kena disiplin. Tak boleh ikut-ikut orang dan pastikan ia sesuai dengan keperluan tubuh anda. Memandangkan kita sedang berada dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ untuk tempoh 14 hari, jom kita mulakan dengan sesi diet. Lagipun tak lama lagi nak puasa, apa kata kita mulakan sesi latihan ‘berpuasa’. Jom tampil sihat dan langsing mak-mak sekalian.
- Diet Atkins(diet rendah karbohidrat)
Diet Atkins merupakan jenis diet yang menekankan konsep rendah karbo untuk mengawal tahap insulin tubuh. Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Sesungguhnya pengambilan karbohidrat yang banyak, boleh meningkatkan kadar insulin dan badan akan menggunakan karbohidrat di dalam badan sebagai punca tenaga berbanding lemak.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada empat peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai berat ideal. Empat fasa berikut adalah :
- Induction(permulaan dan pengenalan) dua minggu atau lebih, mengikut keadaan berat badan.
- OngoingWeight Loss (penyusutan berat berterusan)
- Pre-maintenance
- LifetimeMaintenance
Anda juga dinasihatkan perlahan-lahan menghentikan pengambilan gula dalam apa jua bentuk sekali pun. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasar raya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram. Elakkan pengambilan makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau paket yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati juga memilih sos dan kicap.
2. Diet IntermittentFasting (IF)
Intermittent fasting adalah diet dengan cara mengatur pola makanan. Ibarat seperti berpuasa cuma bezanya ialah ianya hanya dalam tempoh tertentu. Waklau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh ‘berpuasa’ bagi mengelakkan dehidrasi. Diet cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh berpuasa. Di Malaysia, selebriti Lisa Surihani antara individu yang dilihat berjaya mencapai berat ideal menerusi IF. Di Hollywood pula, selebriti seperti Jennifer Aniston, Miranda Kerr, Beyonce, Christian bBale dan Ben Affleck antara yang sukses mencapai berat ideal dengan diet versi ini. IF.
Mengamalkan teknik 16:8 iaitu anda boleh makan apa sahaja dalam tempoh lapan jam, manakala 16jam berikutnya anda berpuasa. Dalam tempoh ‘berpuasa’ itu anda dibenarkan minum air kosong, teh hijau, minum teh atau kopi tanpa gula dan juga susu. Dalam tempoh 16jam tanpa makan itu, kamu perlu melatih minda untuk menjalani hari seperti biasa kerana anda mungkin sedikit letih di awal permulaan diet. Diet IF tidak memaksa individu untuk bersenam dengan kerap. Tetapi jika anda memilh untutk bersenam, ia adalah satu bonus dan mempercepatkan misi anda mencapai berat idaman.
- Diet Keto
Diet keto adalah sejenis diet yang merupakan pola makan rendah karbohidrat tetapi tinggi lemak. Diet ini mirip kepada diet Atkins (rendah karbohidrat tetapi tinggi protein). Walaupun tinggi lemak, diet Keto telah terbukti berjaya membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan. Diet keto juga dilaporkan mampu mengekang kehadiran diabetes, kanser, epilepsi dan juga Alzheimer.
Diet keto dilakukan dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat dan menggantikannya dengan lemak. Penurunan kandungan karbohidrat membuatkan tubuh tidak lagi mendapat sumber tenaga sehingga berlakunya situasi yang dikenali sebagai ketosis.
Ketosis merupakan proses metabolisme normal berlaku ketika tubuh tidak memiliki cukup glukosa (karbohidrat) sebagai tenaga. Tubuh kemudian membakar lemak yang tersimpan sebagai penggantinya. Dengan mengamalkan diet keto secara konsisten akan membuatkan kadar gula dalam darah serta insulin menurun.

4. Diet Paleo
Diet Paleo atau dikenali sebagai diet zaman batu: menekankan pengambilan makanan organik. Diet ini juga menggalakan pengambilan makanan seperti sayur-sayuranm buah-buahan dan juga kekacang. Makanan organik seharusnya bersifat natural ataupun alami. Bukan makanan yang berproses, tinggi gula dan juga garam. Bijirin yang telah diproses tidak termasuk di dalam kelompok makanan organik.
Apa yang boleh diambil?
- Daging yang di-grass fed (makan rumput & tumbuhan) bukan grain-feed (makan bijirin)
- Fowl (ayam) atau itik, ayam belandaIkan yang liar, bukan dibela.
- Sayur- sayuran yang tidak digoreng
- Minyak seperti minyak zaitun (olive oil), minyak kelapa (coconut oil)- minyak yang organik
- Kekacang sebagai snek
- Diet 1200 kalori
Program diet 1200 kalori adalah salah satu cara paling efektif untuk menurunkan 20 kg dalam waktu 90 hari. Diet ini juga memerlukan anda memuat naik aplikasi untuk memudahkan pengiraan kalori. Aplikasi tersebut adalah MyFitnessPal dan juga penimbang makanan. Apps MyFitnessPal ini sudah diguna pakai oleh mereka yang meminati aktiviti kecergasan di pusat gimnasium seperti di Indonesia, Singapura dan Malaysia khususnya.
Penimbang makanan pula untuk membantu kita menyukat kuantiti makanan dengan tepat. 200g nasi berbeza jumlah kalorinya dengan 150g nasi. Kalau kita tak timbang makanan, contohnya kita kira sesenduk nasi. Kiraan kalori kita mungkin tidak tepat. Dengan adanya dua peralatan ini, kerja-kerja mengira kalori akan menjadi lebih mudah. Antara keluhan mereka yang mencuba teknik 1200 ini adalah mereka tak selesa, kerana hanya dapat makan pada kuantiti yang sangat sedikit.
- Tiada gula & karbo selama 10 hari
Sejak Januari 2020, superstar Jennifer Lopez berjaya tidak mengambil gula dan juga karbo selama 10 hari berturut-turut. Ramai yang terpesona dengan perubahan sosok tubuh JLo dan membuatkan diet yang diamalkan mula menjadi perhatian dan ikutan ramai. JLo berkongsi rejim diet barunya itu menerusi instagramnya dan mencabar pengikutnya untuk meneruskan cabaran 10 hari tanpa gula dan karbo. Dalam tempoh itu apa sahaja makanan yang punya gula dan karbo tidak disentuh langsung. Gembira dengan hasil setelah 10 hari mengamalkannya, JLo kemudian memberi tempoh bertenang untuk lima hari berikutnya. Sebelum memulakan sesi kedua diet 10 hari itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila Suami Mula Tak Nampak Cantik Isteri, Cuba Seminggu Jaga Anak-anak Seorang Diri, Tengok Apa Jadi?

Bukan semua isteri berpeluang jadi ‘lady of leasure’. Ramai yang terpaksa bekerja semata-mata nak ringankan beban kewangan suami. Walau bekerja, isteri tetap jalankan tanggungjawab urus anak-anak di rumah.
Dia tak merungut sebab faham susahnya suami. Bila dah bekerja, urus anak, urus kewangan, macam-macam benda bermain di fikiran, makin kusutlah perasaan. Cantik isteri pun tak lama mana kekal. Ditambah bebanan stress lagi bertambah ketatnya wajah isteri.
Oh, tapi berapa ramai suami yang faham. Sebab itu ada suami yang bertanyakan pandangan pada motivator terkenal, Ustaz Ebit Lew. Bila mana isterinya sudah tidak cantik, selekeh malah mula marah-marah. Semua itu bersebab.
Bacalah Ini Wahai Suami..
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..
Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya..
Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24 jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.
Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.
Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Isteri Rasa Sedih.. Menangis Dan Menangis
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati.
Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.
Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami.
Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..
Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..
“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..
Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..
Sayangilah Isteri Kita, Maafkanlah Mereka.
Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk.
Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang.
Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw.
Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.
Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah.
Nak Tahu Kenapa Isteri Penat : Baca Sini

Syukur kepada Allah, bila jalan tadi tengok buku isteriku Bidadari walau dah tahun ke 3 di pasaran masih top 5. Sentiasa menjadi buku terlaris..terima kaseh Allah. Terima kasih Allah.
Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Supaya setiap suami menyayangi bidadarinya dan setiap isteri melihat kekurangan diri sebagai bidadari syurga. Isteriku Bidadari 11 kaedah bimbing keluarga.
Sumber/Foto : Ebit Lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

