Selepas kehilangan neneknya pada Ogos lalu, pelakon Daler Yusof sekali lagi diuji dengan pemergian bapanya, Dusmat Hamroyev, 54, yang meninggal dunia di Uzbekistan, semalam.
Menurut Daler, kematian bapanya disebabkan jangkitan Covid-19, sama seperti arwah neneknya sebelum ini.
Pelakon kacak yang pernah popular dengan lakonannya dalam drama Titian Cinta itu berkongsi khabar duka tersebut menerusi laman Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan agar dia terus kuat berdepan ujian itu.
Ads
“Ini adalah tahun paling sukar untuk saya lalui. Hari ini bapa saya meninggal dunia kerana Covid-19.
“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian, tapi saya percaya ALLAH lebih sayangkan dia.
“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Minta semua doakan saya dan keluarga kuat,” tulisnya sambil berkongsi foto kenangan bersama arwah bapanya.
Ads
Terdahulu pada 7 Ogos lalu, nenek Daler, Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan disebabkan Covid-19.
Sungguh malang tidak berbau. Jika kepenatan, hati-hati sekiranya ingin berhenti rehat dan tidur didalam kereta.Bahaya tidur dalam kereta dalam keadaan buka aircond dan ruang kereta tertutup sepenuhnya, kerana ia boleh menyebabkan kematian.
Terkini dilaporkan, dua rakan maut dan dua lagi kritikal dipercayai mengalami lemas karbon monoksida selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, pagi hari ini.
Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri.Dua lagi rakan mereka yang juga pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan and Nor Aqilah dikatakan kritikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisoner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Menurutnya, empat sahabat itu yang berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam Honda Odyssey yang parkir di kawasan stesen minyak terbabit.
“Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga yang lain dikejarkan ke HSJ.
“Bagaimanapun, Ayuni Shazwanie menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.
Shafee berkata, berdasarkan maklumat awal mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dari Pulau Jerejak dekat sini.
1. Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen semakin berkurang.
3. Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun dan tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.
4. Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkan diri tu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
5. Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate.
6. Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.
7. Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
8. Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter dan dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkan kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa tragedi ini. Pesanan buat pengguna kereta, jadikan kisah ini satu pengajaran. Hati-hati jika ingin berhenti rehat dan tidur dalam kereta. Pastikan enjin dan aircond ditutup, atau ada ruang pengudaraan dengan membuka sedikit tingkap.
Kematian yang sangat dicemburui, seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah. Allahyarham dikatakan merupakan jemaah yang tegar menunaikan solat Jemaah pada setiap waktu di masjid.
Orang yang baik, sudah tentu dia pergi dengan cara yang baik. Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian ini dan Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Amin.
Di Kajang, seorang warga emas meninggal dunia ketika solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Seri Putra di sini, malam tadi (kelmarin).
Pengerusi masjid, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, ketika kejadian, Abdul Latif Salleh, 75, tiba-tiba jatuh ketika solat.
“Arwah seorang jemaah tegar Masjid Bandar Seri Putra dan setiap waktu akan datang berjemaah ke masjid ini dengan menunggang motosikal.
“Dia tiba-tiba jatuh ketika dalam rakaat kedua sebelum masuk rakaat ketiga waktu solat Isyak malam tadi,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, cara kematian arwah memang dicemburui kerana meninggal dunia ketika sedang solat dan arwah tidak menunjukan sebarang perubahan ketika hadir ke masjid ini untuk solat berjemaah.
“Ketika itu arwah solat di saf kedua dalam keadaan ikut prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial. Cara kematian ini amat baik, ketika solat berjemaah di masjid.
“Arwah ketika itu sedang berdiri sebelum jatuh… terus tidak sedarkan diri dan cuba diberi bantuan pernafasan.
“Pihak masjid kemudiannya menghubungi ambulans yang membawa arwah ke hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
“Ini kejadian pertama jemaah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini,” katanya.
Mohd Farid berkata, jenazah selamat dikembumikan 10.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra, Kajang.
MW: Semoga Allah menempatkan arwah dia kalangan orang beriman. Semoga kita semoga kita beroleh pengkahiran sepertinya. Insyallah. Amin.
Sebak detik perjalanan akhir suami Syarima Ghazali ini. Dalam tempoh 26 hari itu, suaminya, Allahyarham Muhammad Ashraq Salahuddin alami demam menjelang Asar hingga tengah malam. Suaminya tiba-tiba jatuh sakit, selepas melalui bermacam ujian dan rawatan suaminya disahkan kanser.
Isteri ini tetap redha melepaskan suami pergi untuk selamanya. Di sudut hati, bersyukur kerana tuhan memberinya peluang menjaga suami sakit selama tiga minggu. Dicoretkan perjalanan akhir suami, sebagai kenangan untuk anak-anaknya kelak.
Sebulan (ketika catatan ditulis) dah awak pergi, rasa macam baru semalam cakap dengan awak. Pesan arwah kat kawan kawan dia or anyone yang sembang dengan dia, ‘Cancer is really no joking’. Buat la check up frequent jangan jadi macam dia tak dak simptom apa-apa tetiba dah merebak terlampau pantas.
He was 34YO with healthy life and too young for it. 26 days from his first night fever and he left us peacefully. Doc kata case dia rare. 1-2 orang dalam setahun.
04.06.20 –
11 malam tengah tengok TV sambil makan durian tiba-tiba dia menjerit sambil mengadu chest dia cramp and sakit sampai tak boleh gerak. Dia terbaring depan TV. Esok paginya gi clinik doc cakap muscle pain sebab workout or angkat berat. Dapat MC sehari. Lepas tu dia kata sakit tu dah takdak
26.06.20 –
Kami dua ambik cuti sebab nak dating makan dan jalan-jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia start demam panas. Esok paginya elok sihat. Malam demam lagi dan siangnya sihat. Rasa tak sedap hati takut kuman or TB. Tak sangka ni dating terakhir.
28.06.20 –
Kami balik KL terus suruh p klinik buat GL nak refer pakar. Esok nya dia p MSU Med Center and doc kata ok admit lah buat CT scan.
30.06.20 –
Ambil test Covid tunggu result and admitted. Lepas tu petang pukul 4 baru buat CT Scan and the journey started. 2-3 jam lepas tu doc p kat dia cakap “orang yang datang ni sihat, cergas, active tapi reading scan haywire teruk.” Doc cakap nak jumpa semua family members. Esok tu doc bagitau apa yang dia nampak tak berapa nak ok. Paru-paru and Hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak jump into conclusion sebab dia tak dak data nak support. Ayat last doc tu memang boleh terduduk “i’ll advise you to get prepare mentally and physically for the worst” Allahu.
02.07.20 –
Semua family datang and masuk bilik meeting discuss. Masa tu doc bagi tau find out dia. No 1 TB, No 2 kuman infection, No 3 kemungkinan cancer. So dia nak proceed dengan biopsy cepat. Kami semua setuju. Lepas Biopsy lah keadaan dia mula start merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsy dia ok balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu 39c above.
04.07.20 –
Doc masih push biopsy result tapi dia tetap tak rasa happy. Dia deal dengan kawan dia doc pakar jantung kat Hosp Serdang buat appointment untuk diagnose further sebab ada reading hati keep dropping. Bilirubin and Hemoglobin.
06.07.20 –
Harini patut discharge. Dia sihat macam biasa. Pukul 1pm lebih kurang doc datang bagitau result biopsy. Its confirmed cancer but still tak tau cancer apa. Kami dua terdiam. Doc keluar ja terus kami dua nangis. Dia kata, “kenapa dia, Macam mana nanti ayang dengan anak anak.” Terus la drama air mata jadi. Lepas tu kami dua diam Layan perasan and then i told him insyaAllah abang kuat nak lawan. For us. Then dia tetiba ok. Lepas zohor packing nak balik. Masa nak tunggu discharge, dia kata nak lawat doc say goodbye. Kat bilik doc dia jalan pusing pusing lepas tu dia baring atas katil dia cakap. “Doc hati saya macam start sakit.” Doc kata probably ubat tahan sakit dah habis. At last tak jadi discharge and sambung admit balik sampai esok ambulans bawak pi serdang.
07.07.20 –
Dia gerak dengan Ambulans ke Hosp Serdang, sampai sana doc tak boleh nak proceed further sebab Biopsy result keluar summary ja tak dak IHC study which is more detail about his tissue sample tu. Masa di Serdang Dr Ummi datang approach kami tanya kalau nak proceed chemo and fully funding dekat Nilai Med Center. Kami terus je cakap ok boleh sbb reading hati dia day by day drop cepat.
While waiting NMC call or next week apointment dengan Serdang dia balik rumah. Tapi sebab ubat nya tak sekuat drip di hosp dia memang nampak sakit dan lemah. Nak bangun duduk pun struggle tapi MashaAllah dia tak penah complaint atau merungut sakit tu. Demam setiap hari lepas Asar sampai tengah malam.
09.07.20 –
Kami p Nilai Med Center (NMC) nak sign contract sebab doc kata Lung Ca mula mula. Masa buat blood screening balik doc panggil kami dua masuk dia kata from the reading this is not lung ca. We need to wait IHC sebab takut salah Chemo. Doc kata probably Limforma Ca. So kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit kat rumah ja.
12.07.20 –
9pm masa tengah tido kan anak-anak dia cakap kat mama (my mom) boleh tak tengok kan bebudak. Lepas tu dia panggil. “Abang rasa macam short breath jom kita pi MSU Med Cen.” Ketaq rasa terus bawak pi Hosp masuk emergency and admited balik.
13.07.20 –
Doc buat Ultrasound kata nampak hati ada bleeding sikit dorang cuba contact any hosp yang boleh tolong sebab dorang takdak ubat. Tapi lewat petang doc datang balik cakap bleeding tu tak significant so dorang nak buat endoscopy find out primary or main house cancer dia apa. Esok tu habis procedure doc datang bagi tau dorang tak jumpa apa-apa sign dari mana cancer dia datang. Then we decided move him to Sunway Med Center.
14.07.20 –
Check in SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esok nya lepas ultrasound doc cakap nothing serious boleh move ke ward. Doc pun terus buat tumor marker untuk other organ nak find out primary cancer dia. Tapi doc cakap Cancer hati pun include as one of his assumption sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.
16.07.20 –
Doc run PET scan full body to still finding primary ca dia. Doc pun panggil bincang nak buat Chemo high dose 50 jam persession tapi impact dia kalau dia tak free from infection and demam high risk sangat. Boleh bleeding otak, comma etc. Doc kata kalau tak buat chemo dia mungkin ada weeks ja. masa tu la terus rasa selfish nya aku nak push sedangkan tau condition dia tak ok.
Masa tu keluar bilik doc duk lama termenung sorang-sorang terus fikir. Tak pa la redha kan ja apa yang berlaku. Kalau memang takdak harapan biar la yang paling mudah. Doc pun bagitau dia akan get support from Doc Palliative untuk tolong dia recover and less pain. Dengar ja Palliative terus terduduk dan paham yang dia macam tak dak harapan. Tapi he is really a fighter. He never give up. Luaran dia macam tak sakit langsung.
17.07.20 –
My birthday and it so different. He texted me he said he crying and sorry he can’t remember my birthday. I told him i just want to see his smile at me. Masa nak keluar dari ward doc masuk dan doc kata Pet scan report dah keluar. It is Pancreas Cancer. Dah attack Lung, Hati, tulang belakang dan tulang rusuk. Allahu Another shock news to us.
19.20.20 –
Tergerak hati nak bawak anak-anak jumpa dia. Request kat nurse nak bawak turun dia kat bawah lobby sebab sorang ja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak mai. Dia nampak happy and macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa.
22.07.20 –
Sepatutnya chemo harini tapi demam dia still happened. hati dia start rasa pain doc start bagi morfin untuk less his pain. Kalau tengok perut dia macam orang mengandung. Hati dia membesar dari size s ke xxxl. Dia start jadi mengantuk. Tapi dia tak tidor pun dia kata bila dia tidor nanti dia macam termimpi bini dia datang la. Anak-anak dia datang la.
24.07.20 –
Akhirnya chemo start harini. Semua infection berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak hati juga nak bawak satu family including bapak dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum chemo start. Alhamdulillah i managed to bring whole of his family member in a room. 1.30pm doc start chemo. He was really ok. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia.
Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la plastic cup kat dia dia ludah tengok seketol darah beku, terus panggil nurse. Lepas tu dia keep batuk keluar fresh blood 1/3 cup jugak. Doc datang rescue nak kurang kan batuk n bleeding, buat xray etc.
Lepas tu doc kata kena transfer ke ccu sebab perlu monitor dia. Lepas tu doc panggil. Doc tunjuk lung dia seminggu lepas vs hari ni. Ca dah merebak terlampau cepat. Bleeding could probably datang dari situ. Masuk bilik dia kata doc cakap apa. Bagitau ja. Cakap la cancer kat lung dah merebak teruk.
Terus minta maaf kat dia. Dia kata napa nak minta maaf, dia yang patut minta maaf tak dapat jaga kami dah. Terus cakap kat dia. Ayang redha abang. Kalau kata umur abang tak panjang insyaAllah ayang akan kuat jaga anak anak.
Malam tu move CCU doc bagi stay teman dia. Dia ngadu depa kata tak boleh makan sebab takut bleeding lagi plus dia kena fasting esok nak masuk camera check bleeding tu dari mana.. Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambik kan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecik jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak p ja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia ada nampak apa-apa ka dia kata takdak la. Rupanya instinct tu betoi.
25.07.20 –
Pagi tu nak procedure. Boleh masuk masa melawat ja. Balik la rumah dulu mandi semua dan datang balik 1pm. Masa tu adik dia ada teman dia. Doc kata bleeding tu takdak apa-apa yang serious. Nanti nak transfer ke wad biasa balik. Dia suruh adik dia urut dia segala. Lepas tu dia cakap kat adik dia p ambik air sejuk coway kat dia. Bila adik dia patah balik ke bilik dia tengok doc dah ramai. Rupanya BP dia tertiba drop. Masa tu la sampai terus pi bilik tengok dia, dia cakap jangan sentuh dia sakit. Allahuuu. Lepas tu doc panggil keluar nak cakap.
Doc kata BP dia dah naik balik tapi dia worry jatuh balik. Dia kata better panggil all families member datang. Kalau setuju dia boleh comma kan tuk buy time or make him sleep. Tarik nafas dalam-dalam terus cakap kat doc takpe la doc kalau umur dia tak panjang i dah redha. Tak perlu nak koma kan i can’t let him suffer in pain anymore. Then Doc was right, BP dia memang drop balik. Tapi dia still sedar. Doc cakap kita move ke ICU and allowed all ppls in to see him.
Dalam 30 min doc and nurse prepare dia kat ICU and bagi kami masuk. Kami minta maaf semua. Ajar dia mengucap banyak kali dia ikut. Sebak rasa sebab tak percaya akhirnya benda paling ditakuti 3 minggu lepas betol betol jadi.
Dia kata dia nak jumpa mak dia. Semua nya smooth sangat. Cakap kat dia “abang sabar sikit ye mak dah nak sampai.” Bila mak dan anak anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap “sorang sorang cakap.” Dia still sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih ja tengok rupanya ramai sangat families and friends yang dah sampai and nak ucap selamat tinggal kat dia.
Ramai orang sayang awak. Tengok la ramai orang datang tak putus putus sampai hari kebumi. 4.50pm he left us. Panggil nurse cakap dia macam dah takdak. Nurse kata can i call doc to check and declare.
Saya mungkin bukan isteri yang sempurna tapi saya beruntung ada suami yang sempurna buat saya. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 mggu awak sakit. Terngiang ngiang awak cakap “abang rasa kuat bila ayang overnight sini, kekuatan tu luar biasa” Semoga kasih sayang kita kekal ke syurga.
PS : Mami buat coretan ni untuk Dahlia dan Lily baca satu hari nanti. Muhammad Ashraq Salahuddin 04.04.86 – 25.07.20 Advance Pancreatic Carcinoma (Cancer)
MW : Al Fatihah.. semoga roh Muhammad Ashraq Salahuddin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...