Majlis Akad Nikah Ketiga, Madu Saya Calon Kelapan Suami

Hebat isteri ini, Rosyilah Abd Rashid, 42. Menyarung cincin tunang bakal isteri suami, membuat persiapan perkahwinan malah meraikan majlis persandingan suami, Khubaib Ramli, 36 dan madu, Nurul Ain Md Soleh, 21.

Katanya kepada Sinar Harian, itulah hajat suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga. “Saya tak halang suami. Sebab suami hajat berpoligami selepas kami berkahwin.”

Guru Sains di Maktab Mahmud Padang Terap ini bukan sekadar membuat persiapan majlis perkahwinan suami, malah menemani suami semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas Ahad lalu.

Isterinya itu juga turut sama membantu suami mencari calon isteri buat suami. Dia juga tak menghalang sama ada suaminya mahu berkahwin dengan anak dara atau pun janda.

Majlis Akad Nikah Ketiga, Madu Saya Calon Kelapan Suami
Rosyilah berkongsi kisahnya menghantar suami bersanding di laman facebooknya.

Madu Saya Calon Kelapan Suami

Madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelumnya.

Tujuh calon sebelumnya menolak disebabkan tak bersetuju dengan poligami. Sehinggalah calon kelapan itu datang untuk temuduga jawatan eksekutif pemasaran di syarikat milik suaminya pada 1 Februari lalu.

IKLAN

Semasa temuduga itulah Rasyilah perasan suaminya jatuh suka dengan wanita terbabit. Dia boleh baca reaksi suami dan faham keadannya selepas sehari wanita itu diterima bekerja.

Selepas seminggu suaminya menyatakan hasrat kepada Ain mahu mengahwininya. Ain bersetuju dan mereka bertunang pada 15 Mac lalu.

Baca sini : Poligami itu bukannya mudah, suami ini lulus ujian cinta untuk isteri-isterinya.

Lapan Anak Tinggal Dengan Mereka

Sebelum berkahwin dengan suaminya, Rasyilah yang berasal dari Alor Janggus, Alor Setar ini merupakan ibu tunggal kepada dua orang cahayamata perempuan. Dan memperoleh cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya dengan Khubaib pada 2015.

Manakala, suaminya itu mempunyai enam cahaya mata iaitu dua perempuan dan empat lelaki dari perkahwinan pertama. Lapan orang anaknya kini tinggal bersama mereka. Anak yang bongsu tinggal bersama bekas isteri pertama di Kelantan.

Bila Dah Redha, Poligami Jadi Biasa

Bagaimana Rasyilah begitu cekal menerima takdir hidup bermadu. Dan ini jawapannya,

Selepas berkahwin, saya berjanji dengan diri sendiri, kalau ada orang lain nak masuk dalam kehidupan ini (poligami) saya terima selepas tanya pendapat kawan-kawan lain untuk fahami poligami.

Kita bila dah reda tentang poligami benda jadi biasa walaupun pada awalnya agak sukar. Saya sudah bersedia lebih awal untuk masuk dalam dunia berkongsi kehidupan seperti ini,” katanya.

Sejak lima tahun lalu, jurumekap artis sambilan ini sudah pun bersedia untuk menerima takdir berpoligami dalam dirinya.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Syiela Rashid, Mohamad Azuril