Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.
5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu.
Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.
Pakcik itu menjawab…
“Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja.
Ads
Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.
Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas “ASSALAMUALAIKUM”. Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan “ASSALAMUALAIKUM” . Jumpa lagi esok. Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Ads
Setiap hari saya akan mengharap sapaan “ASSALAMUALAIKUM” dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi.
Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.
Ads
Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan.
Kebiasaanya popiah yang selalu kita makan, intinya adalah sayur-sayuran seperti sengkuang, lobak merah dan taugeh.Mencabarnya bila buat popiah ni adalah ketika waktu menggorengnya.Jika salah teknik, popiah boleh ‘bocor’ dan jadi hangus akibat terlampau garing. Istimewanya resipi popiah yang dikongsikan oleh Noor Liyana ini, menggunakan inti sos Carbonara yang dibuat sendiri.Tip menggoreng Popiah Carbonara ini turut diberikan agar hasil gorengan popiah ini cantik keemasan dan minyak pun tak kotor.
“Disebabkan malam tadi dah gigih buat inti.jadi pagi ni awal kita breakfast. Popiah Carbonara.Jemput sarapan.Resipi saya ade share sebelum ni.Disebabkan ada request, saya up lagi sekali resipi ye.”
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia* (* bahan-bahan ini dicincang halus)
minyak sedikit
mentega
Isi ayam (dipotong kecil) (nak guna aym -cincang pun boleh)
Crab stick (hiris bulat)
Cendawan butang (dicincang)
Capsicum(dipotong dadu kecil)
Sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. Boleh guna ikut suka.
Lada hitam
Tepung gandum
Susu (saya pakai fullcream. kalau pakai susu cair pun ok)
Cheese slice 3 keping (tak kisah ape brand. nak lebih rase cheese boleh juga potong & letak masa kita gulung. lagi sedap)
stok ayam
garam & perasa jika perlu
1. Panaskan minyak dan mentega. Letak minyak sikit sebab takut butter hangus
2. Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
4. Kemudian letak tepung gandum dalam 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah.
5. Setelah itu, masukkan pula susu. Tambah air sikit dalam setengah cawan.
6. Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.
7. Masak sekejap, letak lada hitam, garam dan perasa.
8. Sebelum tutup api baru saya masukkan crab stick, tujuan masukkan lambat sebab tak nak dia hancur sebab lama masak.
Akhir sekali gulung dengan kulit popia macam biasa.
Api jangan kecil sangat sebab kalau goreng lama dia akan keluar inti dan bocor. Minyak pun kotor.
Sup Tepung ni dikatakan hidangan popular bagi orang disebelah Pantai Timur. Ia cukup sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik untuk sarapan pagi, minum petang mahupun makan malam. Tekstur tepungnya yang lembut, rasanya yang sedap,berkhasiat malah cukup mengenyangkan! Nak buat pun senang sangat hanya guna 5 bahan!
Berikut perkongsian resipi Sup Tepung oleh Puan Joriah Jue sebagi rujukan;
Dulu masa kecil-kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini SUP TEPUNG.
Alhamdulillah jadi favorite family. Hari ni buat sarapan, boleh juga buat makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak.Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker.
Cubalah sendiri!
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
minyak untuk menumis
garam secukupnya
1. Uli tepung + sedikit garam + air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan rendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikkan guna dua-dua tangan, hingga jadi sekeping nipis.
5.Masukkankan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak.
6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
7. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan.
Ruang menunggu ICU Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hampir penuh dengan pengunjung. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Ada yang tenang, ada juga yang tak henti mengalirkan air mata.
Penulis mengambil tempat berhampiran seorang wanita berusia lewat 30-an. Kami saling berbalas senyum. Dan perkenalkan diri masing-masing.
Dia Cikgu Ranita dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai. Hari itu dia datang melawat bekas pelajar sekolahnya yang baru dua hari kemalangan.
Iya, penulis pernah melihat berita mengenainya yang tular di media sosial. Remaja yang dilanggar ketika pulang dari tempat kerja kini terlantar di katil tanpa mampu berbuat apa-apa. Sadis!
Penulis segera dibawa melihat keadaan mangsa, Muhammad Shafirul Mohd Hanafi, 19. Raut wajahnya sedikit bimbang. Cuba disembunyikan dengan perbualan dan senyuman. Dia nampak semakin sihat walaupun masih terbaring di atas katil.
Jari sudah mampu digerakkan cuma tidak boleh terlalu ‘dibeban’ dengan senaman keras. Bimbang mengundang bahaya padanya.
Penulis cuba mengehadkan perbualan supaya Shafirul dapat berehat dengan selesa. Hanya kata-kata motivasi jadi penguat semangat di samping doa kepada Yang Maha Kuasa agar bekas atlet sekolah ini kembali sihat seperti sebelumnya.
“Shafirul seorang pelajar yang baik. Waktu di sekolah dahulu, dia terkenal sebagai atlet dalam sukan bola baling (wakil negeri) selain melibatkan diri dalam Pertandingan Kawad Kaki PKBM (wakil negeri).
“Dia juga rajin dan banyak membantu para guru. Melihatkan keadaannya pada hari ini, hati saya menjadi sayu.
“Saya tahu dia kuat semangat dan saya yakin, dia akan sembuh kembali. Doa saya, para guru dan pelajar-pelajar lain sentiasa mengiringi kesejahteraannya.”
Kami berjalan seiringan, kembali ke ruang menunggu. Perlahan, penulis menghampiri Rohana Man, 50, ibu Shafirul yang kelihatan sedikit penat.
Semalaman dia di situ, ditemani suami dan anak perempuannya yang kebetulan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Wajah Rohana nampak biasa tetapi jauh di sudut hati, penulis tahu betapa risaunya hati seorang ibu.
“Shafirul kemalangan pada 11 November yang lalu. Sekitar jam 2.30 pagi, suami terima panggilan telefon daripada kawan Shafirul. Ringkas sahaja ayatnya tetapi cukup menggemparkan kami sekeluarga.
“Pak Cik, Shah kemalangan. Ambulans dah bawa Shah ke hospital ni!”
“Suami tak mampu berkata apa-apa. Ayat yang keluar dari mulutnya hanya “Cepat siap. Kita pergi hospital sekarang!” Jantung saya berdebar seperti hendak pecah.
Sepanjang perjalanan, mulut saya tak putus berdoa mengharapkan kecederaan Shafirul tidak seserius mana. Tetapi, bila diberitakan Shafirul ditempatkan di zon merah, saya sudah tahu jawapannya namun masih mengharapkan keajaiban dari Yang Maha Kuasa agar Shafirul tidak apa-apa.
Nakkan kepastian, suami tanyakan pada rakannya bernama Zul. Memandangkan Zul lah individu pertama yang tiba di tempat kejadian. Kata Zul, dia difahamkan terdapat sebuah kereta membuat pusingan-U lalu melanggar motor Shafirul.
Keadaan motor agak teruk di bahagian hadapan tetapi Shafirul tidak banyak pendarahan. Hanya terdapat sedikit kesan luka dan geselan. Masa tu Shafirul sudah tidak sedarkan diri walaupun namanya dipanggil berulang kali.
Kesan daripada kemalangan yang berlaku, Shafirul yang mesra dengan panggilan Abang Ngah dikatakan berdepan masalah retak pada tulang belakang serta pendarahan di bahagian paru-paru (pneumothorax).
Doktor rancang nak buat pembedahan bagi memasukkan besi di tulang belakangnya. Nanti dapatlah Shafirul berjalan semula. Syaratnya, paru-paru Shafirul kena dalam keadaan yang baik.
“Kos pembedahan cecah belasan ribu ringgit. Sekarang ini saya seorang yang bekerja. Suami baru saja pulih dari serangan angin ahmar. tapi kami cuba sediakan mana yang termampu. Demi anak, semuanya mesti boleh.”
Malam itu, Rohana telefon anaknya sekitar jam 11 malam. Tanyakan sama ada anaknya dah makan atau belum. Bila dia jawab sudah. Dia pun lega.
“Sampailah kami terima panggilan telefon jam 2.30 pagi. Waktu itu barulah hati dan fikiran saya berkecamuk.
“Walaupun berat tetapi kami redha dengan ujian ini. Kata orang, benda nak jadi kan. Yang lepas kami tak mahu fikir sangat.
“Fokusnya sekarang pada kesihatan Shafirul. Berikan motivasi dan sokongan agar semangatnya kembali kuat.
Shafirul anak yang baik. Dia baru 8 bulan bekerja. Sepanjang kerja dia tak pernah tak hulur wang pada ibunya.
“Dapatlah beli barang dapur. Adik beradiknya pun dapat ‘habuan’ duit juga belanja makan. Dia memang pemurah dan rapat dengan adik beradiknya.” Iaitu Nur Shafika, 21 dan Muhammad Shahredzuan, 15.
“Dengan kawan-kawan pun macam itu. Setia sangat! Sampaikan kalau kawan telefon pagi-pagi buta minta tolong pun, dia terus pergi walau tak mandi dan bersarapan.
“Mungkin kerana sikapnya yang sebegitu, dia sentiasa disenangi.” Hari itu juga Rohana yang menerima kunjungan wakil guru SMK Seri Pantai bagi menyampaikan wang sumbangan dari para guru.
Disebabkan kelalaian, orang lain menerima padah malah kesannya terbekas seumur hidup. Sikap cuai, penting diri inilah yang merosakkan persepsi masyarakat terhadap pemandu-pemandu di Malaysia. Fikirkan sejenak, di rumah ada insan yang menanti mereka pulang dengan selamat.
Penulis: Nazwa Selamat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berkongsi kisah anak, Mira Filzah sedia mengambil cuti lebih panjang bagi meluangkan masa dengan keluarga, istimewa untuk tunaikan permintaan Wan Khair Amir yang sudah berusia 4 tahun.