Dalam bersedekah, jangan kita berkira-kira untuk memberi kepada mereka yang memerlukan. Lihatlah air muka yang kita beri itu, tentu sekali ada rasa bahagia dan kegembiraan pada wajahnya. Kadang-kadang dengan memberi inilah rezeki kita datang tak disangka-sangka.

Jangan ingat sedekah hanya dengan memberi duit semata-mata. Tetapi, sebenarnya ia boleh jadi dalam pelbagai bentuk, asalkan kita betul-betul ikhlas. Percayalah, bila kita dapat melakukan kebaikan itu, terasa diri sangat bahagia dan seolah-olah terlepas daripada satu beban.

Perkongsian daripada Ustazah Aminah Mohd Yusoff boleh dijadikan panduan kepada kita semua. Inilah cara sedekah yang boleh membuatkan kita rasa bahagia. Moga ia memberi manfaat kepada kita semua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami ‘Sedekahkan Masa’ Untuk Isteri Tidur 20 Minit, Bagi ‘Recharge’ Tenaga Dan Emosinya

Suri Rumah Tak Ada GAJI Tapi Ada Cara Untuk Bersedekah. Asalkan IKHLAS

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Cara Sedekah Yang Buat Kita Rasa Bahagia

1. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah. Setiap langkah yang diaturkan jangan lupa ucap Allahu baari’ ulang-ulang. Apa yang kita lakukan hari ini menjadi mudah, tempat yang kita tuju aman, perkara yang kita jumpa baik-baik belaka.

2. Bila pergi ke pasar segar, bawalah duit lebih. Di sana, nanti kita akan jumpa orang susah datang beli lauk untuk keluarga mereka. Biasanya kita nampak dari segi penampilan, air muka dan lauk apa yang dibeli. Sambil pilih ikan, kepalanya mengira duit yang makin susut dalam dompet. Masa dia nak bayar, kita cepat-cepat hulur duit tolong bayarkan. Masa tu kita akan dengar ucapan doa dan kata-kata yang sangat meruntun hati. Orang kata buat baik biar orang tak tahu tapi kadang kita pula rasa was-was adakah sumbangan kita sampai kepada orang yang kita hajatkan. Inilah cara paling mudah untuk kita sedekah. Mungkin kita jumpa pak cik atau mak cik ini sekali saja, bila kita pergi lagi minggu depan kita tak jumpa lagi orang yang sama.

3. Di pasar tani pagi tadi seorang mak cik tanya saya.. “kaya ball tu kira macam mana.. Mahal tak” Saya nampak dia teringin sangat nak rasa tapi takut duit lauk tak cukup. Mungkin dalam dompet cukup-cukup saja untuk belanja barang dapur. Beberapa kali dia telan air liur bila orang yang jual kaya ball itu balik-balikkan sebelum diangkat ke tepi. Lama mak cik tu pandang ” Dik bagi makcik 3 ringgit”. Musim nie ramai orang kita yang hilang punca pendapatan, nampak sangat susahnya hidup. Inilsh masa kita ambil peluang untuk ringankan beban walaupun tak seberapa.

IKLAN

4. Sesekali kita pergi gerai roti canai atau gerai nasi lemak, cuba perhatikan keliling. Biasanya di gerai ramai atuk atau nenek tua yang susah akan singgah makan lepas mereka pergi pasar. Berpeluh-peluh dengan beberapa beg plastik di tangan. Jalannya longlai dibantu sebatang tongkat. Sekali tengok, memang sayu hati. Mereka tu macam kita pada masa akan datang. Ambil peluang bayarkan makan minum mereka. Kadang tu ada juga yang tinggalkan baki untuk orang susah yang singgah beli makanan. Tidak semestinya kita pergi rumah periksa betul-betul susah. Walaupun di mana kita pergi, peka dengan orang keliling dan niat dalam hati Allah temukan dengan orang baik yang betul-betul memerlukan.

5. Apa yang kita rasa bila buat macam nie. Hanya orang yang pernah alaminya sahaja yang boleh cerita. Semua rasa akan datang, rasa bahagia, lapang, rezeki makin murah dan yang teramat penting ialah kita akan selalu berterima kasih kepada Allah.

6. Jangan lupa, setiap kali kita hulurkan sedekah niatkan untuk lembutkan hati pasangan, anak ataupun hati kita sendiri. Insya Allah, hajat kita Allah pasti tunaikan.
Bahagia bila kita dapat memberi, bukan sekadar menerima.

IKLAN

#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati

MW: Kadang-kadang perkara yang simple seperti inilah buat kita tidak terfikir untuk lakukan.

Sumber: Aminah Mat Yusoff 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI