Sedar keburukan simpan barang tak digunakan. Sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat kini yang suka membeli barangan mahupun pakaian dan disimpan sebagai koleksi di rumah.
Terbaru pelakon cantik yang kini sudah berhijab, Nora Danish telah menjual kesemua koleksi kasut tinggi berjenama yang jarang dipakai.
Sedar Keburukan Simpan Barang Tak Digunakan
Seperti mana dikongsi menerusi media sosial, Nora Danish meluahkan hasil jualan tersebut akan digunakan sebaik-baiknya termasuk bersedekah.
“Saya refleks balik diri saya, apa yang tak pakai dekat rumah dan simpan. Saya ‘let go’ (lepaskan).
“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah.
“Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Ads
Pembelajaran Tentang Surah Al-Humazah
Pada masa yang sama Nora menerangkan tindakannya menjual barangannya selepas menghayati pembelajarannya tentang surah al-Humazah.
“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah.
“Neraka ketiga kebawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.
“Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” tulisnya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.
Pagi tadi negara dikejutkan dengan berita kemalangan di mana seramai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah terkorban dalam nahas negeri di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak.
Isteri salah seorang korban kemalangan Norazian Mohd Joned yang juga isteri kepada Koperal Amiruddin Zabri berasa sangat sedih dengan pemergian suami tercinta.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Norazian menerangkan sebelum ini suami sangat gembira bila dikurniakan anak perempuan.
“Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu… tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama,” luah ibu kepada tiga orang anak ini.
Norazian dan arwah suami dikurniakan dua anak lelaki, Amirul Firdaus, 12, dan Amirul Asyraf, 11, sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan pertama Amira Sofea, yang kini berusia setahun.
Seperti yang dilaporkan Norazian turut memberitahu kali terakhir dia bertemu suaminya tengah hari semalam sebelum arwah bertolak ke Teluk Intan untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan.
“Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau. Tak sangka kejadian ini berlaku,” sambungnya.
Norazian turut memberitahu dirinya mengetahui berita malang itu daripada rakan sekerja.
“Saya dapat tahu pasal kemalangan tu daripada rakan sekerja. Dia kata ada kemalangan babitkan Unit 5 dari Sungai Senam. Bila telefon suami, dia tak jawab. Saya hubungi rakannya, tetapi dia cuma minta saya tenang dan sabar.
“Masa tu saya masih keliru… betul ke? Sebab laporan awal cuma sebut enam orang maut,” luah Norazian.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nasihat peguam syarie bila suami kantoi ada skandal. Apabila seorang suami kantoi ada skandal, dunia isteri boleh jadi terbalik sekelip mata. Kepercayaan yang dibina bertahun-tahun musnah sekelip mata dek kecurangan yang mungkin sudah lama berlaku di belakang tabir.
Sama ada terbongkar melalui mesej, gambar, media sosial, atau pengakuan sendiri, hakikat bahawa suami curang adalah satu tamparan yang bukan sahaja menyakitkan hati, malah menggugat kestabilan rumah tangga dan emosi isteri.
Isu kecurangan bukan perkara kecil dalam perkahwinan, terutamanya dalam masyarakat yang meletakkan nilai tinggi pada kesetiaan. Ia boleh membawa kepada pergolakan perasaan, krisis kepercayaan, malah trauma jangka panjang.
Dalam banyak kes, wanita bukan saja perlu berdepan dengan perasaan dikhianati, tetapi juga tekanan daripada keluarga, masyarakat, dan dilema sama ada untuk terus bertahan atau keluar dari hubungan yang sudah tercemar.
Jika suami anda tergolong dalam kategori ini dan anda telah menangkapnya mempunyai hubungan sulit, ini nasihat ikhlas saya:
Cuba elakkan sebaik mungkin, terutamanya ketika emosi sedang memuncak. Ini bagi mengelakkan anda bertindak melulu sehingga hilang pertimbangan. Bila akal hilang, kita terus berkonfrontasi dan buat tindakan yang akhirnya hanya memalukan diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika sampai berlaku kekasaran fizikal, anda pula yang dikenakan tindakan undang-undang.
Kebiasaannya, ‘skandal’ suami orang ni bukan jenis bijak sangat pun. Kalau pun cantik, tapi kalau akal setitik, tak layak pun untuk dipandang. Dan kita pula kelihatan sangat hina bila bergaduh dengan orang macam tu. Itu bukan tahap kita.
Kemas barang dan ambil cuti 2 atau 3 hari. Pergi bercuti sekejap. Anak-anak boleh dihantar ke rumah ibu bapa atau penjaga lain buat sementara. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, anak-anak hanya menambah tekanan. Anda perlukan ruang. Tapi, pastikan anda luahkan perasaan kepada seseorang yang anda percaya, supaya anda tidak ‘meletup’. Ini penting untuk memulihkan kestabilan emosi anda.
Setelah emosi stabil, buat temu janji dengan peguam syarie. Dapatkan nasihat tentang hak anda untuk bercerai. Tiada pilihan kedua. Hanya perceraian. Tuntut segala hak yang sepatutnya: nafkah tertunggak, mut’ah, harta sepencarian, nafkah anak, nafkah iddah, hak jagaan anak, dan juga hutang perkahwinan (jika ada). Biasanya suami jenis begini, isteri yang tanggung segala perbelanjaan rumah tangga, tapi dia pula yang sibuk berseronok di luar. Telur sebiji yang anda belikan pun, tuntut balik!
Isu saman pihak ketiga letak tepi dahulu. Untuk menyaman, anda perlu buktikan hanya satu pihak yang mengganggu rumah tangga. Tapi sekarang, suami anda pun sama naik—macam beruk baru jatuh cinta. Tak payah layan, biar mereka teruskan kisah cinta monyet mereka. Anda? Tumpukan pada proses guaman, siapkan dokumen perceraian dan tuntutan selepas cerai. Itu lebih penting.
Bila semua dokumen sudah lengkap, aturkan pertemuan tertutup dengan suami dan (jika ada) ibu bapanya. Berpakaian kemas dan yakin. Jangan berwajah lesu atau muram. Jumpa mereka, dan ‘pulangkan’ anak mereka dengan penuh profesionalisme. Mereka berhak tahu ‘hasil didikan’ mereka. Terangkan apa yang berlaku secara fakta, tanpa perlu merayu atau berlembut. Anda dah buat keputusan. Serahkan dokumen perceraian dengan bangga.
Jika rumah yang diduduki adalah milik anda, kemaskan barang-barang suami dan letakkan di luar. Sediakan sedikit wang (contohnya RM50) dalam sampul, kalau-kalau dia tak ada duit nak makan. Katakan, “Saya tak simpan benda jijik dalam rumah. Saya tak lalu nak tidur sebilik. Saya ada banyak kerja, tak lama lagi nak naik pangkat. Minggu depan saya dan anak-anak nak pergi percutian ke Switzerland.” Dan anda, ini bukan pengakhiran hidup. Ini adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih baik. Tebus balik masa yang terbuang bersama suami monyet itu.
Cuba lakukan semua ini tanpa melibatkan anak-anak, terutama hal berkaitan kelakuan jijik si bapa. Elakkan anak-anak rasa malu dan tertekan. Kecuali kalau benda itu memang berlaku di depan mata mereka dan kerosakan sudah berlaku—itu cerita lain. Tapi, sebaiknya, elakkan.
Tapi jangan pula sebab kesiankan anak-anak, anda memilih untuk terus kekal dalam perkahwinan toksik. Kecurangan ini bukan kesilapan kecil. Ia adalah pengkhianatan serius dalam perkahwinan. Ia tidak berlaku secara tidak sengaja. Tidak layak diberi peluang kedua.
Senang cakap, susah buat? Ya, saya tahu. Tapi satu benda yang pasti, anda mesti bebas dan stabil dari segi kewangan. Sekurang-kurangnya kalau jadi macam ni, beza sangat menangis dalam rumah banglo sendiri berbanding menangis sambil angkut beg baju keluar rumah dalam hujan lebat.
Akhir sekali:
“Kita tak merayu, kita campak dan terus pergi.”
“Kita tentukan standard kita sendiri, bukan rendahkan diri untuk terima yang tak layak.”
Kesimpulannya bila suami kantoi ada skandal, isteri perlu ambil masa untuk bertenang dan nilai semula hala tuju perkahwinan secara rasional, bukan semata-mata ikut emosi. Tak semua kes curang wajib berakhir dengan penceraian, tapi ia juga tak boleh dipandang ringan.
Bantuan kaunseling, nasihat daripada peguam syarie, dan sokongan daripada orang terdekat amat penting untuk bantu isteri buat keputusan yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak (jika ada).
Setiap wanita berhak untuk hidup dalam perkahwinan yang sihat, penuh hormat, dan setia. Kalau suami sudah melanggar janji perkahwinan, isteri perlu tahu bahawa dia ada hak, suara, dan pilihan sama ada untuk memberi peluang atau melangkah pergi dengan harga diri terpelihara.
Koperal Muhamad Akmal kongsi gambar bersama keluarga, posting terakhir sebelum terkorban kemalangan. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus–Sungai Lampam, sempat berkongsi momen terakhir bersama keluarga tercinta hanya sehari sebelum tragedi meragut nyawanya.
Menurut rakan baiknya, Mohd Shafik Zainorin, arwah memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak di Facebook, lengkap dengan latar lagu ‘Kembalilah’, seolah-olah memberi petanda pemergiannya yang tidak disangka.
“Posting terakhir arwah semalam (kelmarin) sangat menyentuh hati – gambar dia bersama keluarga dengan lagu yang membuatkan saya rasa seperti dia tahu dia akan pergi meninggalkan mereka,” ujar Mohd Shafik menerusi sebuah video di TikTok.
Shafik turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui sahabatnya adalah antara mangsa yang maut dalam pertembungan antara trak FRU dan sebuah lori membawa batu.
“Tak sangka Yoh (nama panggilan arwah) termasuk dalam senarai yang terkorban. Semoga segala kebaikan dan pengorbananmu menjadi bekalan pahala di akhirat,” katanya sebak.
Di ruangan komen media sosial, ramai warga maya turut menzahirkan kesedihan mereka apabila melihat gambar terakhir arwah bersama anak-anak kecil yang masih memerlukan kasih seorang ayah. Ramai juga yang menitipkan doa agar keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan ini.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah dikebumikan pagi ini dengan penuh penghormatan polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak, Kampung Teluk Pial, Kuala Kurau.