
Isi Kandungan
ToggleSolok Lada adalah makanan biasa yang disediakan bagi orang-orang sebelah kawasan Pantai Timur.Ia bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Solok Lada merupakan isi ikan yang disumbat didalam lada hijau besar serta dikukus dengan sedikit santan.Rupanya untuk membuat Solok Lada cukup mudah! Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazlina Nadie ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Siapa suka ni angkat tangan.Makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi kerabu lagi sedap.Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus.Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.”
Ni saya sertakan resepi Solok Lada:
Bahan-Bahan:
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak-agak lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan.(Boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap..
Dah boleh makan dengan nasi.

Selamat Mencuba!
Sumber:Hazlina Nadie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sos Char Kuey Teow Homemade, Bila Nak Makan Sos Dah Ready!

Isi Kandungan
ToggleBagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je sos ini di rumah. Senang sangat bila rasa nak makan sos dah ready tinggal tumis dan masak je! Tak perlu nak beli lagi, lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sos Char Kuey Teow ini adalah olahan resipi, cara dan citarasa daripada Puan Fatin Nur Izzah sendiri. Boleh cuba untuk dijadikan panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Homemade sos Char Kuey Teow.Masak sepinggan-sepinggan lagi sedap.Bila rasa nak makan mudah je sos dah ready.Saya dah cuba guna kepala udang sahaja, tapi tak menjadi. Ni saya olah sendiri. Nak lagi lama simpan dalam freezer. Satu bekas macam dalam gambar tu boleh buat sampai 4 bungkus kueh teow”
Bahan-Bahan:
1kg kulit dan kepala udang sahaja
Air secukupnya
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Letak air dalam periuk sama paras dengan kulit dan kepala udang. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali, sampai mendidih dan kulit udang bertukar warna.
2. Dah sejuk air rebusan udang dan kisar sikit-sikit sampai habis.
3. Setelah kisar tapis dalam periuk, buang hampas kulit dan kepala udang tersebut.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat,sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh.Tambah bawang putih yang diketuk.
5. Kacau sebati, biar mendidih dan pelahankan api dalam 30 minit atau lebih. Masa ni bawang putih tadi pun dah hancur.
Siap!

Cara Memasak:
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang letak 1 senduk sos char kuey teow dan sedikit air. Tambah kuey teow, telur sebiji masukan taugeh dan daun kucai.siap!
Info Ekstra!
1. Hampas kulit udang juga boleh dibuat baja pokok campurkan dengan tanah tanaman.
2. Untuk buat sepinggan Char Kuey Tiaw boleh letak 2,3 sudu makan sos ini.
3. Simpan dalam chiller boleh tahan dalam semnggu, simpan dalam freezer lebih sebulan.
Baca Disini:Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!
MW: Buat mak-mak yang nak buat sendiri char kuey teow di rumah, boleh cuba resipi sos yang dikongsikan ini. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sumber: Fatin Nur Izzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Tengah Tengok Kembara Jejak Rasul” Perkongsian Travelog Azrinaz Di Palestin Dapat Pujian Ramai

Isi Kandungan
ToggleRamai mengetahui, selepas berkahwin bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 39, dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, memilih Palestin, sebagai lokasi pertama persinggahan mereka untuk bercuti bersama pada bulan Ramadan ini. Kembara selama hampir satu minggu di bumi para anbia ini, Azrinaz ada membuat travelogue, meluangkan masa mengambil pelbagai gambar-gambar menarik serta memuatnaik kenangan video bersejarah di setiap tempat yang dilawati.
Namun perkara yang mencuri tumpuan para pengikut instagramnya adalah, gaya penyampaian Azrinaz ketika melakukan ‘stand upper’ pada video yang dimuat naik.Pernah menjadi wartawan penyiaran dan pembaca berita, gaya penyampaian yang bersahaja namun perincian fakta-fakta yang dijelaskan Azrinaz ternyata mengundang rindu pada pengikutnya. Sehinggakan ada yang menyatakan bagi sedang menyaksikan ‘Kembara Jejak Rasul’ dan ‘Buletin Tv3’. Ternyata skil kewartawanan Azrinaz masih hebat dan tetap tersemat dalam dirinya.
Berikut antara perkongsian video yang dikongsikan Azrinaz:
A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on
A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on
Antara komen-komen daripada para pengikutnya di Instagram:
nadiaramli12 Teringat zaman kak azrinazmazharhakim time jadi reporter tv3 dulu…tak pernah berubah cara penyampaian..terbaik
umairafifahMacam tengok tv3.. Imbau kenangan betoi. Hihi tq for sharing
nurhjali86Aku macam tengah tengok kembara jejak rasul Goodsharing cp @azrinazmazharhakim
sufynasriHebat..rindu nak dengar wartawan hebat nih
linabrowniesGaya kewartawanan yang dirindui. Best sangat.
_izaziMacam tengok tv3..aura wartawan masih ada..
anuranasirRindu nya zaman @azrinazmazharhakim masa dekat tv3.
_ashhalim_@aj_azrilRindu nak tengok buletin 1.30 ..suka tengok @azrinazmazharhakim

fadzjafar Good info @azrinazmazharhakim, well done! And yes…you still have the skill…once a journalist always a journalist!
aan_lee56Macam tengok berita tv3 ,laporan dari luar negara Cik Puan Inaz @azrinazmazharhakim . 🙂
i_am_nuruleeMacam saya tengok jejak rasul @azrinazmazharhakim
jamrus_jamal Rindu tengok akak jadi wartawan dulu… skill ada lagi
Terdahulu, Azrinaz memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada tahun 1997 dan pernah menjadi penyampai berita bagi Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30. Azrinaz mengahwini Fairos Khan yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu, dengan sekali lafaz 1 Mei lalu.Mereka yang sama-sama bertugas di TV3 sebelum ini, mula menjalin hubungan rapat sejak setahun lalu.
Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Positif Covid-19, Bersyukur Dapat Jiran Baik, Sanggup Ambil Risiko Jaga Anak Buat Sementara

Isi Kandungan
TogglePasangan suami isteri yang positif Covid-19, bersyukur kerana dapat jiran yang baik kerana sanggup ambil risiko jaga anak mereka buat sementara waktu.
Buat masa sekarang pasangan ini perlu menjalani kuarantin, jadi anak-anak yang negatif dari virus ini sudah tentu perlu dijaga orang lain kerana masih kecil.
Tindakan jiran mereka harus dipuji kerana sanggup membantu biar pun tahu berisiko untuk mereka juga dijangkiti.
Bersyukur Dapat Jiran Yang Baik
“Bersyukur dapat jiran yang baik, biasanya orang lain pasti jauhkan diri tetapi mereka sanggup ambil risiko tolong jaga anak kami buat sementara waktu ini,” kata ibu dua anak, Nor Era Fadzirah Mahat.
Nor Era Fadzirah, 27, memberi reaksi itu selepas dia dan suaminya, Mohamad Ramzi Mohamed Yusof, 30, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Khamis lalu.
Menurutnya, dia tiada pilihan lain dan terpaksa membuat keputusan menyerahkan anaknya kepada jiran, tambahan pula kakaknya, Nor Fadzilah Mahat, 36, dan suaminya, Wan Mohamad Khairy Ahmad Harun, 35, turut disahkan positif Covid-19 kerana menetap di rumah yang sama di Setapak, Kuala Lumpur.
Jelasnya, hanya dua anaknya yang berusia 10 bulan dan tiga tahun, selain anak kepada kakaknya yang berusia lima tahun disahkan negatif daripada wabak itu.
“Keputusan (ujian calitan) keluar jam 11 malam pada hari sama dan klinik maklumkan semua orang dewasa positif, manakala keputusan kanak-kanak pula negatif.
“Pada waktu itu, kami semua buntu sebab anak kecil lagi, urusan penjagaan macam mana,” katanya ketika dihubungi.
Sanggup Ambil Risiko Jaga Anak Buat Sementara
Menurutnya, mujur jiran sebelah rumahnya yang sudah dikenalinya sejak tiga tahun menghulurkan bantuan secara sukarela menjaga dua orang anaknya dan anak buahnya itu.
“Agak sedih sebenarnya bila sebut pasal anak sebab tak pernah berenggang dan kami terpaksa berjauhan dalam masa yang lama.
“Kerana itu kami ingin nasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati kerana kanak-kanak tidak salah, kita sebenarnya pembawa virus itu apabila kita keluar bekerja dan sebagainya.
“Orang tua kita, anak dan golongan berisiko yang menjadi mangsa. Memanglah setengah kanak-kanak mempunyai antibodi lebih kuat tapi kita tidak tahu apa akan jadi nanti dan kami tidak mahu ambil risiko,” katanya.
Percaya Pada Jiran
Nor Era Fadzirah berkata, dia percaya jirannya dalam urusan penjagaan kerana sudah mengenali hati budi masing-masing selain turut mempunyai dua orang anak yang berusia tiga dan tujuh tahun.
“Semalam, jiran sendiri sudah menjalani ujian calitan dan keputusannya negatif. Saya harap sangat pada ujian kali kedua keputusan masih sama.
“Pada awalnya memang kami ingin bagi keluarga sendiri jaga iaitu mak cik saya tetapi jiran nasihat lebih baik duduk dengan mereka.
“Ini kerana mak cik saya menghidap asma dan kesihatannya mungkin berisiko jika dijangkiti Covid-19,” katanya.
Baca Juga Di sini:
Positif Covid “Sebaik-Baik Kita Menjaga SOP Tak Campur Orang Akhirnya Kecundang Jua” Puteri Sarah
Pakai Pelitup Muka, Sanitasi Tangan Sampai Lencun, Tetap 12 Hari Positif Covid-19
Mengemas Dengan Memakai PPE
Menurutnya, sebagai langkah berhati-hati dia mengemas barang keperluan anaknya itu dengan memakai set alat perlindungan peribadi (PPE) buatan sendiri.
Malah, katanya, dia turut mengurangkan sentuhan dan mengasingkan diri daripada anaknya sebaik keputusan keluar dan menyerahkan penjagaan anak kepada jiran pada pagi Jumaat lalu.
“Alhamdulillah, setakat ini mereka baik-baik saja. Anak saya yang bongsu juga sudah mula minum susu tepung jadi tiada masalah.
“Tiga kediaman di kawasan rumah kami juga ada keluarga positif dan kami masing-masing maklumkan di kumpulan WhatsApp supaya orang lain dapat berhati-hati.
“Dari segi barang basah dan keperluan lain, jiran serta ahli keluarga lain ada tolong belikan dan hantar sementara kami kuarantin di rumah sekarang,” katanya.
Berhubung Dengan PKD
Katanya, kini dia dan ahli keluarga yang positif Covid-19 sudah berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa dan bakal membuat pemeriksaan kesihatan di sana.
Terdahulu, perkongsian suaminya mengenai anaknya yang terpaksa diserahkan kepada jiran sebagai langkah pencegahan Covid-19 mendapat perhatian warganet di aplikasi TikTok dengan tontonan lebih 519,000 kali setakat ini.

Menerusi video berdurasi 1 minit 1 saat itu kelihatan anaknya yang seolah-olah keliru dengan situasi itu menangis kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapanya di pagar rumah sebelum diambil jirannya.
MW: Sesiapa pun tidak mahu dijangkiti Covid-19, apatah lagi anak-anak. Kasihan pada anak-anak apabila menjadi mangsa dan perlu berjauhan daripada mak, ayah terutamanya yang masih kecil. Semoga mak, ayah ini kembali sihat dan dapat bersatu dengan anak-anak secepat mungkin.
Sumber/ Foto: myMetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI