Selain makanan, air yang sedap menyejukkan tekak juga sering menjadi perhatian sewaktu berbuka.Tengok video resipi air berbuka yang dikongsikan Sheila Rusly ni, nampak sedap terus rasa segar dan hilang dahaga puasa.

Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.

Sheila Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak di dapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 15 tahun menghiasi kaca tv.

Jadi buat Mak-mak yang inginkan kelainan untuk air berbuka puasa nanti boleh cuba resipi yang Sheila rusly ini kongsikan sempena kedatangan bulan ramadan.

Resipi 1
Air Kelapa Laut, Longan & Lemon

Bahan-Bahan:

2 biji lemon
1 tin longan
1 tin kelapa laut
Air secukupnya
2 biji lemon
Kiub Ais

Cara Membuat:

1. Masukkan longan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan pula kelapa laut.
3. Masukkan air dalam anggaran 2 gelas, ikut tahap kemanisan.
4. Perahkan sebiji lemon.(pastikan buang bijinya dulu) dan kacau rata.
5. Masukkan kiub ais dan hirisan lemon ke dalam mangkuk tadi.

Resipi 2
Air Nenas Soda

Bahan-Bahan:

1 tin nenas
1 tin limau mandarin
1.5 liter Ais krim Soda
Daun pudina
2 biji Limau Nipis
Kiub Ais

Cara Membuat:

1. Masukkan air nenas dalam tin ke dalam mangkuk.
2. Masukkan pula limau mandarin dalam tin.
3. Tuangkan ais krim soda dalam mangkuk tersebut.
4. Perahkan pula dengan limau nipis.
5. Siat-siatkan dengan daun pudina.
6. Masukkan kiub ais dan kacau rata.

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

MW: Nampak menarik dan cukup mudah nak buat air yang dikongsikan oleh sheila rusly ni. Jadi buat mak-mak yang inginkan kelainan dan nak rasai sendiri kesegaran air ini, boleh cuba resipi ini ketika berbuka puasa nanti.

Sumber:sheilarusly_jspictures

Jangan Lupa Komen

komen