Sejak semalam kecoh di media sosial tentang Datuk Farid Kamil tampar polis dan turut menendang dua orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.
Malah isu penahanan Farid tambah ‘panas’ apabila rakaman video Bigo Live pelakon dan pengarah itu tersebar di laman sosial.
Tetapi melalui video itu, netizen menyifatkan aksi Farid sebagai ‘pelik’ hingga ada yang mendakwa dia seolah sedang khayal ketika siaran langsung itu dibuat.
Kenyataan Diana Danielle Tentang Datuk Farid Kamil
Datin Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Datuk Farid Kamil Zahari, yang ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, murung kerana dihalang berjumpa dua anak mereka.
Diana memberitahu tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Farid mendekati anak mereka.
“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu.
“Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” katanya.
Ads
Ridzuan Juga Ditampar
Sehari sebelum Datuk Farid Kamil ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara, pelakon Ridzuan Hashim, 53, terlebih dulu menjadi mangsa penampar pelakon dan pengarah terkenal itu.
Ridzuan ketika dihubungi mengaku tidak tahu mengapa Farid menamparnya ketika di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta, Rabu lalu.
“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah.
“Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran,” katanya kepada Harian Metro.
Kata Ridzuan, sebelum kejadian dia baru keluar dari tandas dan memakai stokin di bilik wardrobe.
Ads
“Tiba-tiba Farid masuk dan bertanya ada baju tak. Saya beritahu itu semua baju pelakon dan saya terus tunduk memakai stokin.
“Entah kenapa dia terus menampar saya. Apabila saya jerit tanya kenapa dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya.
“Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar.
Tak Buat Laporan Polis
“Bagaimanapun, saya tidak membuat laporan polis kerana kami sama-sama kawan. Saya maafkan dia dan tidak berdendam dengannya. Lagipun dia ada anak isteri, saya tak mahu mereka tertekan.
Ads
“Kalau saya buat laporan polis, perkara itu akan jadi besar dan berpanjangan,” katanya.
Mengulas kejadian Farid ditahan kemudian direman, Ridzuan mengaku terkejut dan berharap masyarakat tidak menjatuhkan hukum kepada Farid.
Katanya, Farid masih muda dan dia sayangkan masa depan pelakon dan pengarah itu.
“Itu antara sebab mengapa saya tidak buat laporan polis kerana tidak mahu kejadian itu dispekulasikan. Nanti orang ingat saya yang cari pasal.
“Saya juga bukan jenis yang suka mengadu dengan wartawan. Selepas kejadian itu, saya malas nak fikir lagi dan terus masuk ke set penggambaran sehinggalah semua babak saya selesai jam 4.30 pagi,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika ada simptom, hari ketiga bergejala paling sesuai buat RTK antigen di rumah untuk mengetahui sama ada mak, ayah positif atau negatif virus Covid19.
Sekiranya mak, ayah ingin melakukan RTK antigen pada hari pertama bergejala, tidak ada masalah. Tetapi ujian perlu diulang lagi pada hari ketiga. Tindakan ini adalah sebaik-baiknya mengikut Dr Arisman.
Jika Ada Simptom
Saya puji masyarakat kita kebanyakan sudah bijak mengambil inisiatif sendiri atau langkah paling berhati-hati dengan melakukan ujian kendiri RTK di rumah sebaik sahaja gejala muncul hari pertama.
Rata-ratanya datang ke klinik beritahu “Saya dah buat RTK pagi tadi di rumah, negatif doktor.”
Alhamdulillah. Tahniah untuk diri anda sendiri yang melakukannya. Ini step yang sangat membantu kami frontliner kesihatan khususnya dalam mengawal penularan wabak Covid musim Omicron khususnya.
Tetapi jika berjumpa saya di klinik, saya pasti akan selalu nasihatkan kepada pesakit-pesakit yang timbul gejala saluran pernafasan atau demam untuk periksa ulang ujian kendiri air liur atau swab pada hari KETIGA bergejala.
Jika ujian negatif dan demam masih tidak reda, maka datang semula berjumpa doktor. Perlu risau ada banyak lagi penyakit lain di luar sana, misalnya denggi, influenza, pneumonia dan lain-lain.
Buat RTK Antigen Di Rumah
Ada juga pesakit yang jawab “Saya dah buat RTK dah doktor, 5 hari lepas tapi negatif.”
Saya jawab semula, “tapi encik punya gejala baru mula kelmarin. Ujian 5 hari lepas dah tak boleh pakai dah. Encik kena buat ujian yang baru untuk lihat ada virus Covid atau tak pada sakit sekarang.”
Sekiranya anda kontak rapat, sama ada mempunyai simptom atau tidak, ikuti garis panduan ini. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia..
Mingguan Wanita : Pastikan stok RTK antigen sentiasa ada di rumah, jika tiada sekalipun, mudah dibeli di mana-mana farmasi berdekatan. Sama-sama kita jaga kita. Nak mudah beli sahaja ONLINE.
Kalau nak tahu madu asli katanya akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.
Seperti yang diketahui umum, madu mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Madu juga mudah untuk didapati di pasaran, namun banyak juga yang dijual itu tidak asli.
Dengan 5 tip ini, anda dapat membezakan madu asli mahupun tidak. Semoga entri ini membantu…
1. Uji dengan air
Madu asli tidak mengandungi air. Untuk melihat sama ada madu itu asli atau tidak, tuangkan sedikit di dalam air.
Jika asli, madu ini akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.
2. Melekit atau tak
Madu sifatnya melekit baik yang asli mahupun tiruan. Untuk mengujinya, letakkan madu pada hujung jari anda dan biarkan seketika.
Madu asli akan meleleh perlahan. Madu tiruan pula akan terus melekit dan menempel pad jari.
3. Guna kertas
Tuangkan madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas tersebut akan berlubang (terkoyak) kerana kandungan air di dalamnya.
Madu asli sebaliknya akan kekal atas kertas tanpa menjejaskannya.
4. Semut suka
Madu asli mempunyai aroma yang kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi pada madu asli tidak digemari oleh semut.
Namun begitu, madu tiruan lebih disukai semut kerana bau manis dan rasanya adalah kerana gula. Itulah sebabnya semut akan menghurung madu tiruan bukannya madu asli.
5. Tuang atas pasir
Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan ‘merebak’. Hal ini kerana madu asli sifatnya padat dan likat.
Madu tiruan pula akan ‘merebak’ kerana kandungan air di dalamnya.
Madu tiruan banyak mengandungi bahan pemanis, jadi kurang elok untuk kesihatan. Jadilah lebih bijak ketika memilih madu dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara ini. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang selebriti terkenal, perlu faham bahawa setiap perkara yang dikongsikan akan menjadi ikutan ramai. Kena mempertimbangkan sama ada perkara yang dikongsikan itu bermanfaat ataupun melibatan keselamatan yang boleh mengancam nyawa.
Ms Yeah merupakan bintang youtubers terkenal dari China dengan jumlah 7.49 juta Sunscribers. Selebriti ini gemar menghasilkan video, berkongsi cara memasak dan pelbagai jenis masakan dengan menggunakan perkakasan yang ada di pejabat. Cara yang agak kadang kala tak masuk akal.
Tiru Cara Masakan
Namun baru-baru ini, salah satu perkongsian video masakannya ‘ditiru’ oleh remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian.Perkara tersebut, mengakibatkan selebriti tersebut terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada keluarga remaja perempuan yang maut dalam letupan ketika cuba meniru masakannya yang dimuat naik di YouTube.
Kejadian berlaku pada 22 Ogos lalu ketika mangsa Zhezhe, 14, dan rakannya Xiaoyu, 12, membuat bertih jagung dalam tin minuman seperti dilakukan selebriti Ms Yeah dalam video yang tular di media sosial.
Yangtze Evening News melaporkan, letupan berlaku apabila mereka menuang alkohol industri pekat ke dalam dua tin yang dinyalakan api.Percikan api menyebabkan baldi berisi bahan mudah terbakar seberat satu kilogram itu yang terletak di sebelah mereka meletup.
Dua gadis terbabit dilaporkan melecur teruk dan Zhezhe meninggal dunia pada 5 September lalu.
Ms Yeah dalam kenyataannya di media sosial mempertahankan diri dengan menjelaskan dia menggunakan kaedah berbeza, menggunakan satu tin dan pelita alkohol yang dikatakan lebih selamat untuk membuat bertih jagung.
Selebriti berusia 25 tahun itu berkata akan menyemak semula semua videonya dan akan memadamkan video yang boleh mendatangkan bahaya.
Setuju Bayar Pampasan
Pada Isnin lalu, wakil Ms Yeah bertemu dengan keluarga Zhezhe dan bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan, tanpa mendedahkan jumlahnya, lapor The Beijing News. Malah wakilnya dilaporkan turut berbincang dengan keluarga Xiaoyu bagi menanggung bil perubatan mencecah 20,000 yuan (RM11,775).
Saudara Xiaoyu berkata budak itu perlu melakukan pembedahan kosmetik, namun keluarganya tidak mempunyai wang mencukupi.
MW: Semoga menjadi pengajaran juga kita. Tak kiralah apa juga perkara, setiap apa yang dikongsi pastikan benar-benar selamat dan bermanfaat. Risikonya mungkin pada anak-anak kita yang gemar melihat dan meniru sesuatu tanpa berfikir panjang.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.