Sebaknya, Abby Abadi Kongsi Detik Cemas Lahirkan Baby Danial Secara Pembedahan

Di sebalik kelahiran anak bongsu pelakon, Abby Abadi dan suaminya, Jai Ezzany yang digelar Baby Danial ini, rupanya ibu ini melalui detik cemas bertarung nyawa antara hidup dan mati.

Berdebar baca luahan hati Abby dalam instagramnya ini. Sebak sama pun iya. Katanya ini baru permulaan cerita, cuma yang buat jadi alert tu dalam kes Abby, alami bacaan darah tinggi yang tinggi semasa hamil, merisikokan nyawa bayi dan ibu.

 

 

Abby, Emergency Caeser & Baby D
(Part 1 )

Cerita throwback waktu melahirkan Baby Danial

Baby tepat-tepat 24 minggu.
Terpaksa keluarkan… sebab pagi Jumaat 27/9 – 2 kul 9 am, saya tumpah darah (video ni hilang kepala sebab nampak tangan kita. Baju hospital pendek)

Ikutkan hari Khamis & berterusan sampai malam Jumaat tu saya minta balik sebab dah 4 malam di ward. Saya sangat tertekan. Tidur wad luar berhari-hari dah buat saya takut (Saya ni pengecut sebenarnya takleh tidur camtu sebab tu mengelak masuk hospital)

1st time masuk hospital kerajaan. Bila masuk rupanya payah nak keluar. Dorang punya jaga pergh!

IKLAN

Kebetulan juga saya baru kenal Dr Yusrina.. bacaan BP pulak huru hara… memang payah betul beliau nak lepaskan saya.

Bayangkan malam ke-5, saya tidur wad biasa, berenam masa tu. Separuh nyawa dah.. saya rasa sebab terpaksa bertahan tidur tepi bilik air. Siang OK tidur sebab senang nak gi bilik air, bila malam..

 

Sebaknya, Abby Abadi Kongsi Detik Cemas Lahirkan Baby Danial, Secara Pembedahan

IKLAN

 

Masuk Hari Kelima, Tangan Dah Bengkak Kena Cucuk

Tangan saya masuk hari ke-5 tu pun bengkak-bengkak dah dua-dua sebab tak tahan sakit kena pam (sebab nak dapatkan bacaan BP) setiap 15 minit. Pastu bila ok, setiap 30 minit. Sudahnya kembung bengkak. Bukan tangan je bengkak, hatipun dah bengkek masa tu sampai takleh nak dapat bacaan dah malam Jumaat sebelum tumpah darah tu.

Tak lena tidur saya malam tu. Tapi tertidur juga. Subuh terbangun. Solat. Pastu tertidur balik. Tiba-tiba pukul 9 am Doc datang untuk cek, nurse minta urine. Saya pergi toilet, nak tadah urine sekali ada darah darah melimpah. Aduh.. terasa-rasa macam Baby dah takde.

Saya bagitau Doc yang bertugas waktu tu.. sekali dengan Dr Yusrina ada juga pagi tu. Tengah sibuk-sibuk dorang cek, saya sempat whatsapp suami. Bagitau tumpah darah, suruh suami @jaiezzany datang sebab tiba-tiba doc kata kena terus operate.

IKLAN

 

 

Dibedah Secara Mengejut, Uri Dah Terpisah Dari Bayi

Terus saya dibawa turun ke bilik operation. Tak tunggu-tunggu dah sebab uri dah terpisah dari baby Doc kata. Sampai bawah suami tak sampai lagi sebab saya tahu jalan jem pagi tu. Saya dah lama tak nangisss, terrrnangisss sedihhhh.

Macam-macam ada dalam kepala. Paling worst, saya takut saya padam terus sebab doc ada bagitau salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sangat adalah kalau baby tak meninggal, maknya yang meninggal.

Sempat whatsapp pesan pada suami mcam-macam, suami nangis-nangis dah. Jam 10.15/10.30 am camtu operation bermula.. 10.45 am keluar Baby dah. Saya pukul 1 pm baru dibawa naik ke wad 6B. #bersambung

MW : Bahagia tengok cara Abby Abadi menyantuni dan menghargai petugas hospital di wad 6B yang mengendalikan urusannya melahirkan bayi pramatangnya, Baby Danial. Dan semoga Baby Danial terus sihat membesar. Sama-sama kita nantikan sambungan kisah Abby Abadi dan kelahiran Baby Danial ini ya.

Sumber/Foto : Abby Abadi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI