Allah itu Maha Adil. Biar pun seseorang itu dilahirkan cacat, pasti Allah berkehendakkan sesuatu daripadanya. Jika seseorang itu memiliki kecacatan pada penglihatan, pasti Allah anugerahkan dia kelebihan pada sesuatu yang tidak kita jangkakan.

Penulis buku motivasi islamik, Nora Yusof, 32 tahun, membuktikan kekurangan diri yang ada pada dirinya tidak langsung mematahkan semangatnya untuk menempa nama dalam bidang penulisan.

Dirinya mengalami cacat pendengaran sejak berusia sembilan tahun akibat demam panas, anak kelahiran Terengganu akui diuji hebat sebelum berada di puncak karier.

Bermula dengan penjualan buku melalui eBook, ibu kepada seorang puteri ini turut berkongsi pernah dalam situasi berselisih faham dengan rakan, buku tidak  terjual dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan.

Namun, semangatnya yang tidak pernah kenal erti putus asa dan dikelilingi orang yang memberikan sokongan mendorongnya meniti dari satu tangga ke satu tangga.

Sebaik Ubah Niat Cari Rezeki, Doanya Makbul Bawa 19 Ahli Keluarga Tunai Umrah
Salah sebuah buku Nora, paling terharu dia mampu menaja ahli keluarga menunaikan umrah melalui hasil penjualan buku.

“Saya berasal dari Terengganu, anak ketujuh dari lapan beradik. Ayah saya penoreh getah dan ibu saya suri rumah. Saya dilahirkan normal, ketika darjah tiga saya demam panas dan kesempitan hidup menyebabkan saya tidak menerima rawatan sewajarnya.

“Kesan daripada demam panas itu saya hilang pendengaran di kedua belah telinga, rosak buah pinggang dan hampir bisu. Sejak daripada itu, kehidupan saya terus berubah, tipulah kalau saya kata tak sedih.

“Dari fasa lahir normal kemudian menjadi orang kurang upaya (OKU) saya rasa kehidupan saya gelap, perlukan masa untuk bangkit. Saya dipulaukan kawan-kawan, diejek dan prestasi pelajaran saya merudum, dari cemerlang akedemik dengan duduk di kelas pertama, ditukarkan ke kelas hujung. Pernah juga dibuang sekolah,” ungkap isteri kepada Muhammad Syairazi Jaafar Sidik, 33.

Memilih Untuk Berubah

Menurut Nora, dirinya mengambil masa dua tahun untuk memperbaiki diri, memotivasi diri sendiri semata-mata untuk berjaya dalam hidup. Bayangkan dalam usia yang muda, ketika berusia 11 tahun, Nora cuba cekalkan diri untuk belajar bersungguh-sungguh dalam keadaan tanpa bantuan alat pendengaran, terpaksa usaha berganda berbanding rakan-rakan sebayanya.

Nora adalah wanita cekal yang perlu dijadikan inspirasi. Berkat usahanya yang tidak berbelah bahagi, akhirnya dia mampu membuktikan kemampuan diri. Jelas anak kelahiran Terengganu ini, bagi memohon bantuan kerajaan negeri Terengganu untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran berharga RM6, 000, dirinya perlu buktikan kemampuan diri terlebih dahulu.

“Saya berjaya masuk kelas pertama masa darjah enam dan permohonan itu diluluskan, saya gunakan alat bantuan pendengaran selama enam tahun. Meniti sekolah menengah, saya diuji pula kemalangan dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

IKLAN

“Ayah saya yang bawa motosikal untuk hantar saya pulang ke asrama tak sempat mengelak kambing melintas, ayah jatuh dijalan, saya pula masuk parit. Sudahnya saya tak boleh berjalan, terpaksa menjawab kertas peperiksaan selama sepuluh hari saya ditahan di wad.

“Mungkin disebabkan ‘ujian’ itu, saya tidak cemerlang dalam SPM, keputusan saya tidak melayakkan saya masuk ke universiti. Saya ambil keputusan untuk menyambung persekolahan di Tingkatan 6 kerana mahu masuk universiti seperti kakak saya, dan alhamdulillah saya berjaya menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia peringkat Ijazah dan Sarjana,” luahnya yang memiliki Sarjana Bahasa, Penulisan dan Terjemahan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebaik Ubah Niat Cari Rezeki, Doanya Makbul Bawa 19 Ahli Keluarga Tunai Umrah
Siapa sangka, walaupun Nora seorang OKU pendengaran, kini dia berjaya seperti penulis buku lain.

Terlibat Dalam Bidang Penulisan

Pada peringkat permulaan, Nora cuba menggilap bakat menulis dengan harapan dapat meringankan dan menampung kos pembelajaran ketika di universiti, memandangkan pinjaman  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kurang mencukupi kala itu.

Sebagai anak, dirinya tidak mahu membebankan keperluannyadan  bergantung harap kepada bapanya kerana dia sedar keluarganya memang susah. Oleh itu, dirinya cuba kuatkan semangat dan tak pernah lupa tujuan asalnya menyambung pengajian adalah bagi membuktikan OKU sepertinya juga mampu berjaya.

“Bertitik tolak dengan perlu menyiapkan  sebuah buku, task yang diberikan oleh pensyarah, saya berjaya menyiapkan buku bertajuk Platform Pemasaran Berganda pada 2009 tapi saya tak pernah siarkannya.

“Sehinggalah pada 2013, saya melihat seorang rakan berjaya menjual bahan bacaannya di eBook dengan pendapatan cecah enam angka menyuntik saya mencuba berbuat benda sama dengan niat mahu ‘survive’.

IKLAN

“Malangnya, buku saya tak mendapat sambutan seperti diharapkan, saya tambah baik kandungan dan juga tajuknya juga tidak berjaya. Namun, situasi itu berbeza dengan reaksi diterima melalui Facebook, ramai yang suka baca kisah saya namun untuk membelinya menerusi eBook tiada yang berminat.

“Sehinggalah ada beberapa individu tampil membuat ‘review’, hatinya tersentuh dan mengakui buku saya sebagai luar biasa. Selepas mendapat bimbingan daripada pensyarah yang mahu membantu menerbitkan buku itu barulah saya nampak jalan karier penulisan saya,”terang ibu kepada Nur Adelia Marissa Muhammad Syairazi, dua tahun.

Paling mengharukan, apabila bukan hanya orang Islam sahaja membaca bukunya, malah bukan Islam juga berminat. Ada yang sanggup membelinya dengan harga lebih mahal dari sepatutnya sebagai menghargai penulisan Nora.

Setelah kariernya makin berkembang, Nora mula mengubah niat asal daripada menampung kehidupan kepada berdakwah melalui penulisan. Kenangan paling indah apabila dia berjaya membawa ahli keluarganya seramai 19 orang menunaikan umrah hasil penjualan buku.

Terbitan buku : 
1. 111 FORMULA TARIK REZEKI

2. 15 RAHSIA ASAS REZEKI

IKLAN

3. 17 FORMULA TARIK REZEKI

4. JURNAL IMPIAN FTR

Terima kasih Sinar Harian

Webinar Bangkit Wanita PERCUMA

Sebaik Ubah Niat Cari Rezeki, Doanya Makbul Bawa 19 Ahli Keluarga Tunai Umrah

Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :

WEBINAR BANGKIT WANITA: SENANG-SENANG BUAT DUIT BISNES BAKERI DARI RUMAH 
- https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-senang-senang-buat-duit-bisnes-bakeri-dari-rumah/

WEBINAR BANGKIT WANITA: BUAT PART RIME BISNES AISKRIM JANA INCOME RM5K!
 – https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-buat-part-rime-bisnes-aiskrim-jana-income-rm5k/

WEBINAR BANGKIT WANITA: PADU… JANA INCOME BISNES TUDUNG TANPA KEDAI 
- http://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-padu-jana-income-bisnes-tudung-tanpa-kedai/

WEBINAR BANGKIT WANITA: CAPAI 4 ANGKA BISNES MOBILE SPA
 – https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/ 

WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI