“Saya Seorang Lelaki Setia, Apa Yang Berlaku Bukan Disebabkan Orang Ketiga”. Begitulah antara yang dinyatakan oleh Beego.
Akui sepanjang 11 tahun berkahwin dirinya tidak pernah ada skandal dan berpegang pada prinsip jika mahu dirinya akan cakap.
“Saya Seorang Lelaki Setia”
Seperti yang diketahui umum, Beego dan Linda Hashim sebelum ini mengesahkan mereka bercerai talak satu pada 27 Mac lalu. Namun, mereka rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah, iaitu pada 9 April lalu.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Seperti mana yang dikongsi menerusi Berita Harian Online, Beego memberitahu kemelut rumahtangga yang berlaku antara dirinya dan Linda bukan disebabkan ‘orang ketiga’.
“Saya seorang lelaki setia, Apa yang berlaku bukan disebabkan orang ketiga. Boleh selidik saya luar dalam, saya ‘mahal’, bukan ‘murah-murah’.
“Selama 11 tahun berkahwin dengan Linda, saya tidak pernah ada skandal. Saya pegang prinsip kalau mahu, saya akan cakap.
Ads
“Kalau tidak mampu, cukuplah satu. Buat apa hendak sembang kahwin dua. Lebih baik, pulihkan mana yang ada,” ujarnya.
Banyak Pengajaran Diperolehi
Selepas melalui detik sukar dalam rumahtangga, Beego akui kini banyak pengajaran yang diperoleh. Malah dia dan isteri berasakan terlalu banyak kebaikan, rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
“Kami belajar erti memaafkan dan melupakan. Tidak guna memaafkan tetapi tidak melupakan. Ada orang boleh memaafkan tetapi belum tentu melupakan.
“Dalam hal kami, masing-masing padam ego walaupun hendak mencapai titik persetujuan, itu bukan sesuatu yang mudah.
Ads
“Namun, kami berusaha untuk memaafkan dan melupakan apa yang berlaku selama ini. Kami juga mahu pastikan tidak ada episod ungkit-mengungkit pada kemudian hari,” sambungnya.
Tersentuh dengan perkongsian pelakon Diana Rafar ini. Rumahnya didatangi seorang wanita yang mahu memeluk Islam. Malah, sewaktu melafazkan syahadah, Diana Rafar sendiri yang mengajarkan wanita berkenaan.
Menerusi IG story Diana, beliau memanggil wanita yang sudah memeluk agama Islam itu sebagai Aisyah.
Sebagaimana yang dikongsikan di muftiwp.gov.my mengislamkan seseorang merupakan satu pekerjaan yang mulia. Malah, pekerjaan sebegini juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul.
Iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Ianya juga menunjukkan cara melaksanakan salah satu daripada sifat wajib bagi nabi atau rasul iaitu menyampaikan.
Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ingin Memeluk Islam
Tentunya apa yang dilalui Diana dan wanita itu hari ini, memberi kesan mendalam buat kedua-duanya. Lagi pula, hari ini merupakan hari Maal Hijrah iaitu satu detik pengakhiran dan permulaan tahun baru Islam.
Menurut Diana, “#bismillahirrahmanirrahim Mashaallah Jumaat Yang Berkat Allah hadir kan seorang Bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam..
subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah…. Amin ya Allah Amin
Menerusi perkongsian video instagramnya kelihatan Diana sedang mengajarkan wanita bernama Aisyah ini mengucap dua kalimah syahadah.
COVID-19 boleh menjangkiti sesiapa tanpa mengena usia.Dijangkiti virus COVID-19 bagaikan satu mimpi ngeri bagi yang pernah mengalaminya. Apabila satu keluarga disahkan positif COVID-19 baru-baru ini, dan baru sahaja pulih daripada virus yang boleh meragut nyawa ini, ia satu kesyukuran yang tidak terhingga.
Atas rasa kesyukuran dan menunaikan niat bernazar apa satu keluarga semua sembuh daripada COVID-19, pelakon Mawar Rashid, 26 telah berniat bersedekah menyumbangkan keperluan hospital untuk pesakit-pesakit COVID-19.Perkara ini ada dikongsikan dalam Instagramnya.
Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashi, 26, berkata, pengalaman dia bersama keluarga mengharungi musibah dijangkiti Covid-19 selama dua minggu cukup membuatkan dia trauma dan berharap tidak berlaku lagi dalam keluarganya.
Tunai Nazar
Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas Family Mawar & Mommy Mawar Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari Covid-19 dengan izin Allah Swt, Mawar berniat untuk sedekah keperluan-keperluan di hospital untuk pesakit-pesakit Covid di hospital.
Bila dah kena baru tahu betapa serious and scary sangat. Selama ni duk baca kat socmed je.
My brother @eddydatorashid called Hospital Selayang & Hospital Ampang untuk tanya apa yang diperlukan and within my donation budget. So Mawar mampu donate 15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider & 5 oximeter untuk Hospital Ampang.
Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital. Hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital.
Bantuan Kawan-Kawan Cukupkan Sumbangan
Alhamdulillah, thank you kepada kawan-kawan Mawar, @eyra.hazali @zoeyrahman @shahasan22 and @nurinafiqaaah @aleeyazailan @anjoulielavocah1 sebab sama-sama create awareness dalam Live Mawar. Together we have collected another RM74k++. Thank you jugak kepada semua followers yang dah donate di Live kitorg haritu. Tak lupa jugak yang donate dari IGS Mawar. We appreciate it so much. Murah rezeki korang semua. Rakyat Malaysia sangat pemurah.
For this, Mawar dah contact with hospital untuk order dan hantar 2 Lifting Trolleys, Tapi unfortunately Bila order stock yang beharga RM35k berada di luar negara and mengambil masa 8-10 minggu untuk sampai ke pihak Hospital, apa yang kami jumpa yang ready stock adalah RM 52,000.Pihak mawar tengah berbincang dengan Hospital untuk mencari supplier yang ready stock dan harga yang +-RM35k dan Pihak hospital telah suggestkan untuk kami membeli lifting Trolley 1 unit dan Baby Warmer 1 unit. Harga Baby warmer adalah RM35k, sama dengan Lifting trolley.
Baby Warmer adalah utk pihak hospital menjaga anak kepada patient covid. Nanti kami share dengan you all perkembangan. Dan kami akan upload resit-resit pembelian juga ya.
Kepada supplier-supplier Barang hospital. Boleh hubungi Manager Mawar juga tau.
Terdahulu, selain Mawar sekeluarga, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam turut ditimpa nasib sama apabila dia termasuk suami, enam orang anak serta tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 8 Julai lalu.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah Mawar sekeluarga dah kembali sembuh daripada COVID-19 ini dan memberi bantuan berbentuk keperluan hospital untuk pesakit-pesakit COVId-19 yang lain pula.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Berita yang cukup sedih dilaporkan oleh agensi berita Antara dan media tempatan lain di Indonesia, penyanyi popular dari negara itu, Glenn Fredly telah meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta.
Glenn, 44, yang juga terkenal di Malaysia menerusi lagu popular ‘Januari’, dilaporkan menghembus nafas terakhirnya pada 6 petang semalam. Punca kematian penyanyi kelahiran Jakarta itu masih belum diketahui.
Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Rakan Artis Glenn Fredly Turut Bersedih
Berita sedih itu turut disampaikan rakan baik Glenn iaitu Tompi melalui pesanan WhatsApp kepada Kompas.com.
“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.
“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Rakan artis lain turut berkongsi rasa sedih dengan pemergiaan sebutir mutiara dari negara seberang itu antaranya Ariel Noah dan Rossa menerusi akaun instagram milik mereka.
Tinggalkan Isteri & Anak Perempuan Baru Berusia 2 Bulan
Glenn meninggalkan isterinya, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia dua bulan.
Dalam status terakhir di Instagramnya, Mutia Ayu memuatnaik potret kebahagiaan sambil memeluk Glenn.
“Ketika Gewa dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata ‘Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah’ Tuhan selalu jaga kami,” tulis Mutia Ayu pada kapsyen foto itu.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.