Tak dapat bayangkan bagaimana seorang anak perempuan berusia 5 tahun menahan kesakitan dan penderitaan yang dialami. Kita yang dewasa pun tak sanggup, inilah pula dia yang masih kecil.
Mungkin sudah tidak sanggup menahan kesakitan yang dialami, akhirnya anak perempuan yang berusia 5 tahun ‘mahu ke syurga’. Inilah tempat terbaik untuk dirinya. Video yang cukup menyayat hati buat sesiap saja yang melihatnya. Apatah lagi hati dan naluri yang bergelar seorang ibu, tentu tidak sanggup melihat penderitaan anaknya.
“Ibu, saya tidak mahu sakit lagi, saya mahu pergi ke Syurga.”
Julianna ialah seorang kanak-kanak perempuan kecil yang disahkan menghidap penyakit degeneratif yang teruk yang sedikit demi sedikit menyukarkan hidupnya.
Itulah sebabnya, selepas berada di hospital dan melalui keadaan yang menyukarkan, dia telah membuat keputusan dan memberitahu ibunya dia mahu pergi ke syurga.
Ads
Lebih menyedihkan, Julianna, anak perempuan yang berusia 5 tahun sudah tidak mahu berjuang dengan penyakit yang dihadapinya. Julianna, menghidap sejenis penyakit charcot-marie-tooth iaitu gangguan neurodegeneratif yang menjejaskan otak dan tulang belakang.
Tidak Seperti Anak Biasa
Segalanya bermula ketika ulianna berusia 9 bulan, ini disedari sendiri oleh ibunya ketika dia berusia 9 bulan. Dia tidak dapat duduk dengan elok, tidak seperti bayi yang boleh lakukan pergerakan apabila berusia 6 bulan.
Pada ulangtahun yang pertama, dia masih tidak dapat berdiri. Setelah melakukan beberapa ujian dan anlisis, barulah ketahui penyakitnya. Namun semakin lama, penyakitnya semakin teruk.
Ketika dia berusia 4 tahun, dia sudah tidak dapat menggunakan lengan atau kakinya. Otot-otot yang digunakan untuk menelan semakin lemah. Jadi dia terpaksa diberi makan melalui tiub di bahagian perutnya dan otot-otot pernafasannuya semakin teruk. Jadi setiap kali dia selsema doktor terpaksa memasukkan tiub melalui hidung dan tekaknya untuk mengeluarkan lendir dan hingus.
Ads
Kuatnya Dia
Ketika berada di hospital, sebelum ini, setiap kali doctor lakukan rawatan , dia akan menangis kerana tidak selesa. Tapi setelah beberapa kali dia tidak lagi menjerit atau menangis. Dia hanya menangis dalam diam.
Namun, satu malam segalanya berubah. Selepas perbualan antara dia dan ibunya ketika berada di hospital. Apa yang dikongsikan sendiri oleh ibunya di blog.
Antara perbualannya:
Ibu: Awak mahu tinggal di hospital atau nak balik ke rumah.
Julianna: Saya tidak mahu lagi tinggal di hospital. Saya mahu pergi ke syurga.
Ibu: Walaupun berada di rumah, awak tetap akan ke syurga. Tapi, ibu dan ayah tak akan ikut dan hanya awak pergi seorang diri.
Julianna: Jangan risaukan diri saya, Tuhan akan menjaga saya di sana nanti.
Selepas perbualan itu, Ibunya mengambil keputusan untuk menunaikan hajat Julianna dengan membawa pulang ke rumah.
Ads
Selepas setahun, Julianna mengalami sakit yang teruk dan sukar untuk dipulihkan. Akhirnya, Julianna meninggal di rumahnya dalam dakapan kasih ibunya.
Mingguan Wanita : Sebaknya. Betapa kuatnya kamu menahan kesakitan. Damailah di sana.
Kubur Zara Qairina akan digali semula untuk bedah siasat ikut peruntukan undang-undang. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan proses menggali semula kubur pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, dalam masa terdekat bagi tujuan bedah siasat. Tindakan ini dibuat mengikut peruntukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Untuk Bedah Siasat Ikut Peruntukan Undang-undang
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan langkah tersebut diambil selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti serta menilai laporan siasatan kes berkenaan. Penilaian itu mendapati prosedur ini penting untuk mendapatkan maklumat serta bukti tambahan bagi melengkapkan siasatan.
“Aturan bagi proses menggali semula kubur dan bedah siasat jenazah akan dilakukan segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
“Prosedur ini adalah langkah penting untuk memastikan semua bukti dapat dikumpulkan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau menegaskan, PDRM kekal komited menegakkan keadilan dan menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang, berpandukan fakta serta keterangan yang dikumpulkan.
“Siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC dalam tempoh terdekat,” ujarnya.
Sebelum ini, AGC turut mengesahkan keperluan menggali semula kubur remaja berusia 13 tahun itu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. Keputusan tersebut dibuat selepas laporan siasatan awal PDRM dikaji sepenuhnya oleh jabatan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, keluarga mangsa membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai di Balai Polis Sipitang, termasuk permohonan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan inkues diadakan. Ia berikutan tiada bedah siasat dilakukan selepas beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu, kata peguam keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.
Pada 6 Ogos lalu, AGC mengembalikan laporan siasatan awal kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes kematian pelajar itu.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai sebelum meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Meskipun usia masih muda, namun pasangan remaja ini mempunyai alasan yang tersendiri, memohon pendaftaran perkahwinan. Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.
Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.
Usia Minimum Berkahwin
Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.
“Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.
“Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.
“Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.
“Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.
Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pandemik Covid-19 boleh menjangkiti siapa saja, terbaru 10 anggota keluarga termasuk ibu dan ayah penyanyi popular Aiman Tino turut disahkan positif virus Covid-19.
10 Anggota Keluarga Aiman Tino Termasuk Ibu, Ayah Disahkan Positif Covid-19
Seperti mana yang dipetik menerusi Kosmo! ONLINE, ayah Aiman Tino iaitu Yusri Ishak memaklumkan 10 anggota keluarga termasuk dirinya dan isteri, Hazelina Mat Jalil disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari lalu.
Menurut Yusri lagi, isteri dan lima anak mereka menjalani kuarantin di rumah mereka yang terletak di Kuala Kubu Bharu manakala anak sulungnya dan suami serta anak mereka yang berusia sebulan lebih menjalani kuarantin secara berasing di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Yusri juga memberitahu, dia dah tujuh beranak akan tamat kuarantin hari ini. Malah Yusri juga reda dengan ujian yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Simptom kami alami seperti demam, batuk dan sakit tekak. Cuma yang teruk sedikit sekarang isteri sebab dia mengalami asma. Keadaan beransur pulih tapi saya nak ingatkan, Covid-19 bukan benda main-main.
“Tolong jaga diri semua sebab selagi belum berlaku kepada kalian dan orang tersayang, kalian ingat benda ini tak serius,” ungkapnya.
Difahamkan Aiman tidak dijangkiti ini kerana penyanyi itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.
Yusri juga menerangkan dia tidak tahu punca dijangkiti namun selepas pulang mengambil suntikan dos pertama vaksin dirinya demam.
“Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan keputusan positif untuk kebanyakan daripada kami.
“Menantu saya yang positif di Shah Alam dah selesai dua dos dan dia memang sihat sahaja. Betullah, kalau nak bebas dari semua ini, dapatkan suntikan vaksin,” sambung Yusri.
Sumber : Kosmo! Online Sumber Foto : Instagram Aiman Tino & Instagram Hazelina
Mingguan Wanita: Semoga semua ahli keluarga Aiman Tino diberikan kesembuhan dan dijauhkan wabak COvid-19.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!