Hentikan politik menghasut, jangan usik isu perpaduan di Tik Tok. Negara boleh rosak – YB Fahmi Fadzil. Setiap orang mempunyai perbezaan pendapat dan ia harus diraikan. Walau berbeza pendapat ia tidak harus sampai perpaduan negara tergugat.
Kala ini, kelihatan ramai anak-anak muda yang memilih medium Tik Tok untuk menyuarakan pandangan mereka tentang sesuatu isu khususnya lanskap politik negara tanpa menyedari ia menyentuh isu sangat sensitif iaitu perpaduan yang dikekalkan selama kita merdeka ini.
Sebelum bermulalah pilihanraya Sabtu lepas, bertebaran di Tik Tok, barang siapa yang mengundi Pakatan Harapan, negara akan kembali di perintah oleh golongan anti islam termasuk anak-anak gadis akan kembali memakai skrit di sekolah “pinafore tunic” jika mereka menang.
Jelas pemikiran sebegini sangat bahaya kerana anak-anak muda tidak mengetahui undang-undang negara dan tidak dapat membezakan antara fakta dan realiti.
Mingguan Wanita menembual YB Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai yang berjaya mengekalkan kemenangannya di kawasan tersebut untuk penggal ke dua.
Menurut YB Fahmi, secara jujurnya dia risau. Risau kerana fakta yang diwar-warkan di media sosial itu tidak tepat sama sekali.
Ads
Katanya kita adalah negara berpelembagaan dan semuanya sudah termaktub dalam undang-undang yang tidak boleh disentuh.
“Masa yang sama saya risau kerana anak-anak muda ini tidak tahu apa implikasi bila mereka membuat naik konten begini. Negara ada undang-undang.
“Sesiapa yang bertindak sebagai penghasut berdasarkan pengucapan awam atau memuat naik konten yang mampu menganggu gugat keamanan boleh disiasat dan di dakwa mengikut subseksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) kerana menghasut dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana sengaja mengaibkan dengan niat mahu membangkitkan pecah keamanan.
Masa yang sama jelas Yb Fahmi, siasatan dan dakwaan boleh dibuat mengikut Seksyen 505 dan Seksyen 506 Akta 574, masing-masing kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam serta menakutkan secara jenayah.
“Inilah yang saya risaukan kerana anak-anak muda ini memuat naik konten menghasut tanpa tahu implikasinya. Boleh dipenjara tak lebih dua tahun. Mereka tak faham undang-undang dan hanya mengikut sahaja.
Ads
“Jujur saya sangat kesal dan kecewa membaca apa yang sedang berlaku ini. Boleh jahanam masa depan negara akibat fitnah politik yang mencemari pemikiran anak-anak. Hentilahlah isu begini,”katanya.
Mahu pihak Tik Tok kawal konten menghasut demi perpaduan negara
Dalam pada itu, Fahmi mendesak pihak Tik Tok untuk mengawal konten khusus melibatkan isu perpaduan.
“Sebagai mana mereka menyekat isu lucah, isu perpaduan juga mesti dihentikan segera. Saya sangat takut kerana banyak isu seperti peristiwa 13 Mei dibangkitkan semula, hal bangsa diperkatakan dan kita harus tolak pemikiran extremis begini. Malaysia terkenal kerana keamananya yang dicapai sebelum ini.
Ads
“Tapi kalau isu perkauman sentiasa dimainkan, ia umpama nanah. Duduk diam dan sakitnya terasa sedangkan perpaduan tidak boleh diganggu gugat. Saya juga meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi memantau hal ini sebaik mungkin agar perpaduan kita tak terjejas dengan hasutan begini.
“Semalam pun, ketua polis negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan beberapa kandungan sensitif dan menyentuh sentimen perkauman dimuat naik di beberapa platform media sosial, susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), pada Ahad.
"PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh menyebabkan kegusaran awam.
“Sebab itu saya risau kerana kejahilan memuatnaik konten berbaur perkauman ini mengakibatkan masa depan negara musnah dan masa depan pelakunya juga musnah kalau di penjarakan.
“Hentikan hal ini, fikir dahulu sebelum post. Itu saya minta,”katanya mengakhiri perbualan.
Jeli Kelapa buah-buahan dan Jeli Oren ini bukan sahaja cantik malah sangat sesuai mak-mak sediakan sebagai pemanis mulut ketika ada majlis tertentu, seperti Birthday Party anak nanti. Malah boleh ‘pancing’ anak-anak yang tak suka makan buah-buahan dengan jeli berwarna-warni ini. Cara buat jeli ni pun mudah sangat, boleh libatkan anak-anak tolong buat sekali bersama-sama.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Puan Yasmin Karim sebagai rujukan;
Jeli Kelapa + Buah-Buahan Campuran
Bahan-Bahan:
1 peket serbuk konyaku
100 gram atau 1/2 cawan gula tebu organik
900ml air kelapa muda (air dari 1 kelapa setengah)
Buah-buahan ikut suka berapa banyak nak letak
p/s: Min guna gula tebu organik bukan sebab hipster tau, tapi sebab sedap. Bila buat sirap dengan gula tebu organik rasa dia macam air tebu dan tak terlalu manis potong kaki.
Cara Membuat:
1. Boleh kerah anak-anak tolong susun buah-buahan dalam acuan. Min suka guna silikon senang keluarkan. Beli dekat mr diy je.
2. Gaul dulu serbuk konyaku dengan gula tebu. Kalau tuang terus dalam air mendidih dia akan jadi berketul.
3. Dah gaul tuang serbuk konyaku dalam air kelapa yang dah dididihkan. Tuang sikit-sikit dan whisk sampai habis.
4. Dah larut semua gula cepat-cepat tuang bancuhan dalam acuan.
Min suka guna buah-buahan yang firm macam blueberry, strawberry dan kiwi sebab bila nak keluarkan dari acuan senang dan cantik.
1. Perah jus oren.
2. Keluarkan serat-serat oren daripada kulit oren.
3. Didihkan air dan jus oren.
4. Masukkan gula dan serbuk konyaku.
5. Bila gula dah larut sendukkan bancuhan tu dalam kulit oren.
6. Masukkan dalam peti ais lebih kurang sejam dan bila dah keras boleh potong dan serve.
Baru-baru ini Kuih Kuba Guling yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan agak glamour selepas ditularkan oleh pihak media disebabkan namanya yang unik dan kemudian ramai yang berkongsi resepi macam mana nak buat kuih ini.
Namun disebalik keunikannya, ada sesetengah orang sedikit pelik apabila dalam bahannya terselit air tempurung yang dibakar untuk menghasilkan warna hitam. Adakah air tempurung ini tidak memberikan kesan sampingan kepada tubuh badan?
Hari ini saya terbaca status kawan lama saya yang menasihati org ramai untuk tidak makan kuih Kuba Guling ini kerana kandungan carcinogenic di dalam kuih itu dari tempurung yang dibakar seperti dalam resepi yang viral di bawah.
Banyak persoalan di statusnya yang menanyakan kenapa kita boleh makan charcoal terutama dalam kes cirit birit dan keracunan bila doktor-doktor beri activated charcoal pada pesakit. Jadi kenapa tak boleh makan kuih ini?
Beza Charcoal, Ash Dan Soot
Ada perbezaan ye antara soot, ash dan charcoal. Cara dia bakar tempurung ni menghasilkan soot & ash = jelaga dan abu yang tinggi kandungan karbon terutamanya semasa pembakaran tempurung itu ianya mengeluarkan karbon monoxide yang carcinogenic pada paru-paru yang menyedut asap itu. Tapi charcoal = arang yang sebenar adalah penghasilan pembakaran tanpa oxygen, iaitu pembakaran yang bukan terus pada api, boleh guna cara pemanasan tidak direct atau stim. Jadi kalau kita nak makanan ini selamat kita boleh ajar pembuat kuih ni untuk buat charcoal. Macam mana nak buat charcoal?
Masukkan tempurung atau buluh ke dalam periuk, tutup dan letak atas api sehingga menjadi charcoal. Itu charcoal, kalau nak activatedkan pula charcoal ni, basuh, keringkan, blend & letak calcium chloride atau lime juice/lemon juice, jadilah activated charcoal. Kalau malas kat kedai pun ada jual charcoal.
Walau bagaimana pun, charcoal ni ada limit kuantiti yang tertentu. Pengambilan charcoal berterusan boleh menyebabkan sembelit, usus yang tersumbat dan dehidrasi. Apa-apa yang menyebabkan dehidrasi, tidaklah sesuai untuk bulan puasa sebenarnya.
Activated charcoal adalah universal antidote maknanya ianya digunakan dalam banyak kes keracunan kerana sifatnya yang besar kadar permukaannya (big surface area). Jadi ia berupaya menyerap racun dengan cepat dan banyak di dalam perut dan usus sebelum racun itu diserap ke dalam darah. Walau bagaimana pun, kerana kriteria itulah juga ianya boleh mengganggu serapan ubat darah tinggi, kencing manis & ubat sawan. Dahlah kuih manis, ubat kencing manis pula tak terserap untuk mengawal gula, maka hasilnya kencing manis yang tidak terkawal.
Ianya juga boleh mengganggu serapan vitamin-vitamin oleh itu tak digalakkan pada ibu mengandung.
Jadi secara mudahnya pembakaran tempurung dalam resepi ini amat bahaya, tetapi ianya boleh diganti dengan charcoal, namun charcoal ada juga side effectnya dan bukan semua orang yang boleh mengambil activated charcoal ini sesuka hati.
Jadi tepuk dada tanya selera, tepuk dahi fikirlah sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Mana kaki dan tangan Bella, siapa boleh carikan untuk saya…, kakak terima jasad tak sempurna. Tidak mudah menerima hakikat kehilangan seorang adik tambah lagi jika hubungan itu agak rapat semasa hayat.
Inilah yang dirasai oleh kakak arwah, Norhisham Samsusah, 36 yang sejak dari awal kehilangan Bella sudah berusaha mencari adiknya. Namun pencariannya berakhir dengan kesedihan kerana hanya jasad tidak sempurna adiknya, Mila Sharmilah Samsusah ditemui. Masa yang sama, tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 yang juga teman lelaki Bella kini menghadapi pertuduhan membunuh wanita tersebut.
“Mana Kaki & Tangan Bella, Siapa Boleh Carikan Untuk Saya…
Di sebalik pertemuan rangka adiknya, semalam di fb, kakaknya mendedahkan pertemuan rangka adiknya tidak sempurna.Hilang kedua belah kaki dan tangan dan yang ada hanyalah tengkorak dan beberapa angggota lain.
“Mana kaki dan tangan Bella,” luahnya sambil menangis.
Jelasnya, pendedahan ini dilakukan demi menuntut keadilan untuk Bella.
“Allahuakabar besarnya dugaan saya dan keluarga. Mak saya kehilangan bella masih ada sy.Tapi saya hilang adik. Siapa lagi yang ada untuk saya Kosong! Perjuangan saya berakhir selepas 36hari adalah dengan penemuan rangka bella. Urusan pgembumian bella di permudahkan.
“Selepas perbicaraan dimahkamah ada yang pertikai kenapa lebih-lebih nak ada rusuhan. Perasaan mendidih marah tu datang tiba-tiba bila tengok tertuduh. Bersusah payah saya siang malam cari bella. Tanya sana sini..ceruk-ceruk tempat masuk.
Rupanya dia tahu sesuatu tapi disorok.Terbayang muka penipuan dia..
“Sy tak tahu kak saya dah tinggal dia tepi jalan ada orang ambil”.
Sebenarnya ko dah bunuh dia. Keadaan sgt emosi. Keadaan hancur terluka marah semua ada. Saya dah bagitahu awal2-awal BF tahu sesuatu.
Kakak Terima Jasad Tak Sempurna
Selesai urusan, tiba masa tuntut jenazah di Forensik HIS. Allahuakbar..Allahuakbar… Terkejut saya bila tengok rangka Bella hanya tinggal beberapa je macam secoet tu je.. Hancur hati sehancur-hancurnya bila terima bella keadaan macam ni. Kenapa buat adik saya macam ni.
“Hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata ada satu, tulang rusuk, punggung, Itu shaja..
Mana kedua kaki dan tangan bella??
Rasa macam nak memberontak nak mengamuk. Rasa nak mjerit sekuat hati bagitahu semua tahu betapa hancur hati saya. Tapi apa daya saya. Saya hanya seorang kakak yang perjuangkan pencarian adik saya tapi saya dapat rangka yang tak sempurna..
Saya, mak dan ustazah mandikan rangka ni. Berderai air mata kami. Korek2-korek ada benda-benda kotoran dalam tengkorak.
“Kenapa perlaku sangat kejam. Sangat zalim. Kenapa buat Bella sehingga begitu tragik. Kami tersanggggattt rapuh dalam situasi ni.
Kenapa pengakhiran pencarian saya macam ni??
Mana kedua kaki dan tangan Bella tak ada. Siapa boleh carikan untuk saya selepas 36hari.
Saya nak Bella complete. Tolonglaaaa faham apa saya rasa.
Poligami; Suami Happy, Isteri dan Anak Yang Depresi
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...