Wanita kesayangan rakyat Malaysia, 32 calon wanita daripada 127 bertanding kerusi parlimen dapat mandat PRU-15. Seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.

Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia

Seperti mana yang dilaporkan BERNAMA, bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.

Daripada keseluruhan 127 calon Parlimen, 16 adalah calon Pakatan Harapan (PH), lima daripada Gerakan Parti Sarawak (GPS), tujuh daripadanya Perikatan Nasional (PN), tiga Barisan Nasional (BN) dan satu daripada Warisan, manakala bagi DUN, tujuh (PH),lima (PN) dan tiga (BN).

Kekal Menang Datuk Seri Dr Wan Azizah, Hannah Yeoh, Datuk Nancy Shukri, Datuk Seri Dr Noraini, Datuk Seri Azalina

Antara calon PH yang memenangi kerusi yang ditandingi ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 9,817 selain Teo Nie Ching, Teresa Kok Sim dan Hannah Yeoh masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kulai, Seputeh dan Segambut.

Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia, 32 Calon Wanita Daripada 127 Bertanding Kerusi Parlimen Dapat Mandat PRU-15

Sementara itu, bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri yang bertanding di kerusi Parlimen di Santubong memperoleh undi majoriti sebanyak 19,485 selain Datuk Rubiah Wang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Samarahan dan kedua-dua mereka antara calon wanita bagi GPS.

Calon muka baharu, Rodiyah Sapiee turut memberi kemenangan buat GPS di Parlimen Batang Sadong selepas menewaskan wakil PH, Cikgu Lahaji dengan majoriti 14,893 undi.

Dalam pada itu, antara calon wanita BN yang memenangi kerusi adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Parlimen Parit Sulong, dengan majoriti 11,474 undi, selepas memperoleh 25,740 undi.

IKLAN

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said juga terus mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang apabila berjaya meraih sebanyak 21,738 undi selain Datuk Siti Aminah Aching memenangi kerusi di Parlimen Beaufort.

Bagi calon wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah yang dimenangi dalam PRU-14 atas tiket BN selepas memperoleh 25,604 undi dengan majoriti 4,411 menewaskan calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.

Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia, 32 Calon Wanita Daripada 127 Bertanding Kerusi Parlimen Dapat Mandat PRU-15 Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia, 32 Calon Wanita Daripada 127 Bertanding Kerusi Parlimen Dapat Mandat PRU-15 Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia, 32 Calon Wanita Daripada 127 Bertanding Kerusi Parlimen Dapat Mandat PRU-15 Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia, 32 Calon Wanita Daripada 127 Bertanding Kerusi Parlimen Dapat Mandat PRU-15

Baca Disini : YB Nurul Izzah Temui Cinta Baru, Pilih Yin Shao Loong. Pasangan Ini Hanya Dating Beberapa Kali

IKLAN

Dr Wan Azizah Wanita Paling SABAR, SETIA Dengan Suami Hadapi 1001 Ujian

Namun Nurul Izzah Tewas

Selain itu, kubu kuat PH, Parlimen Permatang Pauh yang sinonim dengan legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbang di tangan parti lawan apabila Nurul Izzah tewas kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272.

Penyandang Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin juga gagal mempertahankan kerusinya selepas tewas dalam pertembungan sembilan penjuru di kawasan itu apabila hanya meraih 4,589 undi.

PRU-15 menyaksikan penurunan jumlah calon wanita iaitu 187 orang bertanding 251 orang sewaktu PRU-14 pada 2018.

Pilihan raya kali ini turut menyaksikan PH memenangi 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam),Warisan (tiga), PBM satu kerusi dan dua calon bebas.

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Kepada yang diberi mandat, tolonglah lakukan tugas agar dapat memperkasakan golongan wanita.

Sumber : BERNAMA

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI