Tak salah pun isteri nak gedik dengan suami. Inilah cara nak pikat suami. Begitu juga suami layanlah seperti awal-awal bercinta dahulu.

Selalunya, baik isteri atau suami bila dah berkahwin, malu nak gedik dan sweet dengan pasangan. Tapi, tidak bagi pasangan ini, waima kahwin dah lama pun tetap sama dan sentiasa mencari titik fokus cinta pasangan.

Inilah yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadhli tentang sahabatnya yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Kisah yang boleh membuatkan suami isteri lain ambil panduan untuk hargai dan layan pasangan walaupun sudah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ciptalah Kenangan Sebanyak Mungkin, Layan Manja, ‘Gedik’ Pasangan, Inilah Paling Dirindui Bila Tiada

Hargai Selagi Masih Ada, Jangan Terlalu Taksub Bekerja Hingga Abai Masa Bersama Keluarga

Info Lebih Menarik DI SINI

 

Nak Gedik Dengan Suami, Tak Perlu Malu

Sehingga hari ini, aku cemburu dengan cara kematian sahabat, Kalsom Mahat. Selepas kehilangan suami pada bulan Oktober, 7 bulan selepas itu Kak Chom pula bertemu Ilahi.

Paling ‘sweet’ pusaranya berhampiran dengan pusara suaminya. Bahagian kepalanya berada betul-betul di kaki suami.

Tak ramai yang tahu kisah sweet Ustaz Hamizan dan Ustazah Kalsom ni. Mungkin ada kawan-kawan SK Jubli Intan Renggam yang lebih lama dengan Kak Chom. Aku cuma sempat 5 tahun sahaja menjadi rakan sekerja.

Sepanjang menjadi sahabat sekerja, arwah seorang yang paling sweet dan gediknya dengan suami. Aku sendiri cemburu dan berbulu je telinga ni.

IKLAN

Jadilah Isteri Paling ‘Sweet’, Gedik Dengan Suami, Jangan Sampai Orang Lain Penuhi Cinta Pasangan

Aku kongsikan:

1. Bila Kak Chom tiada kelas atau ada masa free dia akan main mesej dengan suaminya. Dia akan pastikan suaminya pun free tiada kelas.

Masa main mesej Kak Chom mesti tersengeh-sengeh. Mereka berdua saling bermesej sampailah salah seorang mereka ada kelas kembali.

Senang kata ketika bermesej sweet, mereka tak perlu tunggu masa yang lama untuk salah seorang nak reply. Macam zaman bercinta. Kejap kejap balas.

Cuba kita. Suami bagi mesej. Petang kan baru isteri ‘reply’. Begitulah sebaliknya.
Alasannya baru tengok ‘phone’, tak sempat tengok mesejlah. Semua itu alasan bodoh.
Tapi kalau ketua jabatan mesej atau bos mesej cepat pula perasan. Pelik !

Jadilah Isteri Paling ‘Sweet’, Gedik Dengan Suami, Jangan Sampai Orang Lain Penuhi Cinta Pasangan

2. Kak Chom dan Ustaz Mizan ni dia ada satu perangai pelik. Kalau tak cukup mesej dia akan video call. Bersayang-sayang dan ber ‘bee-bee’. Kami yang dengar ni geli geleman.

Berbual di video call macam orang tak jumpa sebulan. Rindu dan mengenyamnya mengalahkan si dara dan teruna sedang bercinta. Bila nak habis video call je masing-masing ucap ‘ i love u’

Padahal Kak Chom duduk bersembang dengan kami ni. Bukannya lari jauh-jauh berbual. Tak. Tengah-tengah berkumpul ni dia boleh ucapkan sayang.

IKLAN

3. Setiap kali Kak Chom dan Ustaz Mizan sampai sekolah, mereka selfie dan saling tukar gambar.

Nampak!

Masa cantik dan hensem, mereka berdua tukar gambar. Kita macam mana ? Puas bersiap berhias demi nak pergi kerja. Cantik hensem di mata ketua jabatan dan rakan sekerja.

Dalam galeri gambar phone kita banyak tak gambar pasangan kita yang cantik, ayu dan hensem ?

Cuba kita ?

Malulah, tak naklah, segan orang dengar lah. Pelikkan ?

Layan & Hargai Pasangan

Aku belajar sesuatu dari Kak Chom. Dia melayan pasangannya sangat-sangat padu. Melayan tu bukan maksud layan bersentuhan.

IKLAN

Tapi melayan melalui phone, mesej atau video call seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Kalau boleh telefon nak melekat di telinga. Semoga Allah mengurniakan syurga untuk mereka.

Mungkin itulah kekurangan kita. Kita kurang hargai pasangan. Pasangan ni ada banyak jenis. Ada yang sangat suka bersosial. Macam aku.

Bersosial ni macam suka lepak bersama, text dan video call bersama, gurau senda walaupun di hadapan orang atau dalam panggilan.

Sebab tu carilah titik fokus cinta pasangan. Dan penuhilah. Jangan orang lain penuhi titik fokus cinta pasangan kita.

Kak Chom terima kasih sebab ajar aku apa itu cinta.

Mingguan Wanita : Begitulah, jarang suami isteri nak sweet dan gedik dengan pasangan. Kenapa masa awal kahwin dulu boleh. Bila dah hidup bersama terus hilang ‘sweet-sweet’ dan gedik itu.

Sumber: Mohd Fadhli
Sahabat Arwah ketika di SK Jubli Intan

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI