Cukup menyayat hati menyaksikan rakaman video viral 2 minit yang memaparkan seorang anak perempuan menangis teresak-esak sambil merayu cuba menjelaskan pada ayahnya agar dia juga perlu rehat dan bermain. Bukan hanya asyik dibebankan untuk belajar berterusan tanpa henti.

Perlu Masa Berehat

Di samping itu, ‘keberanian’ budak perempuan ini dalam meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya cukup mengagumkan. Bijak memberikan penjelasan dan hujah yang bernas, atas rasional tindakan ayahnya yang hanya tahu menyuruhnya belajar.

“Saya nak tanya satu soalan. Boleh tak?”
“Adakah saya layan ayah dengan teruk?”
“Adakah saya ada buat salah?”

“Namun tak kiralah apa pun, boleh tak ayah bagitau saya. Jadi saya boleh berubah.”

“Saya perlukan masa untuk diri sendiri. Tapi saya tak boleh ada kebebasan sendiri. Saya tak boleh nak habiskan semua masa yang ada dengan hanya belajar.Malah nak belajar semua pun, saya perlukan masa untuk berehat. Ayah faham tak?” ujar kanak-kanak ini sambil menangis teresak-esak.

Anak Menangis Merayu Ayah Bagi Peluang Bermain, Bukan Hanya Asyik Disuruh Belajar

“Saya dah habiskan semua kerja sekolah, dan semua kerja-kerja lain pun dah siap. Jadi apakah alasan yang membuatkan saya tak boleh bermain? tambah kanak-kanak ini.

“Saya dah siap semua kerja sekolah. Jadi apa masalahnya untuk saya bermain?” tegasnya sekali lagi.

Anak Menangis Merayu Ayah Bagi Peluang Bermain, Bukan Hanya Asyik Disuruh Belajar

IKLAN

Faham Kehidupan Kanak-Kanak Zaman Ini

Namun ayah kanak-kanak ini menjelaskan bahawa anaknya boleh bermain namun dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Malah menjelaskan bahawa dirinya tidak memberikan tekanan pun pada anaknya.

Sebaliknya disangkal oleh anak bijak ini dengan menjelaskan bahawa dia selalu tidur pada pukul 9 malam, malah tak pernah pun bermain sehingga ke lewat malam.

“Apa yang ayah suruh, robot pun tak mampu lakukan. Walaupun saya ada 8 tangan, pun saya tak mampu buat. Ayah masih rasa tak terlalu beri tekanan pada saya?” ujarnya sambil mengesat tisu dan mengharapkan ayahnya memahami apa yang dilaluinya selama ini.

Anak Menangis Merayu Ayah Bagi Peluang Bermain, Bukan Hanya Asyik Disuruh Belajar

Di akhir sesi luahan hati ini, budak perempuan ini sempat menasihatkan ayahnya supaya lebih faham dan menerokai kehidupan kanak-kanak ketika zaman ini.

IKLAN

Anak Menangis Merayu Ayah Bagi Peluang Bermain, Bukan Hanya Asyik Disuruh Belajar

Anak Menangis Merayu Ayah Bagi Peluang Bermain, Bukan Hanya Asyik Disuruh Belajar

 

IKLAN

Mesti Baca:Teguran Buat Mak-Mak Jangan Sesekali Tanya Orang Lain “TAK AJAR ANAK KE?”
Baca Lagi Di Sini:Anak Sekolah ASRAMA Vs Harian, Dua-Dua Boleh Berjaya, Jangan Taksub Dengan Label Sekolah
Artikel Menarik:Mak Ayah Berhentilah ‘Micromanage’ Anak Sebelum Terlambat!

Mingguan Wanita: Kasihan sungguh.Pengajaran buat mak ayah, dengarlah luahan hati anak-anak iya. Mereka juga perlu ruang untuk bermain, selain hanya belajar semata-mata. Paling penting kena seimbangkan kedua-duanya.

Sumber:Today Online

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI