Sarah Hildebrand bergelar ibu, selamat bersalin anak sulung. Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya.
Sarah Hildebrand Timang Anak Sulung, Kongsi Detik Indah Di Instagram
Perkhabaran manis itu disampaikan sendiri oleh Sarah menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.
Sarah atau nama penuh Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berkongsi foto bersama suami tersayang serta bayi mereka yang baru lahir di bilik bersalin, tidak lama selepas proses kelahiran berlangsung.
Kehadiran si kecil itu nyata mencuri perhatian ramai apabila ruang komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis serta peminat, yang mendoakan agar keluarga kecil ini terus dilimpahi rahmat.
Terdahulu, pada Ogos 2024, Sarah mendedahkan bahawa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat.
Ads
Ads
Kemudian pada Februari lalu, dia memuat naik foto kit ujian kehamilan di Instagram sekali gus mengesahkan dirinya sedang menantikan kelahiran zuriat sulung.
Untuk makluman, Sarah pernah bernikah dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019. Namun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah meskipun tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian.
Ads
Sekadar mengimbas, pelakon popular drama Pujaan Hati Kanda itu pada tahun 2022 pernah mengumumkan pengunduran dirinya daripada industri hiburan.
Selepas itu, Sarah membuat keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat dan menyertai pasukan beruniform Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
Anak Kedua LIZA HANIM Naik Pentas Terima Anugerah Pengetua MRSM Alor Gajah. Tiada yang lebih bermakna dan menggembirakan hati mak ayah apabila melihat kejayaan anak-anak.
Penyanyi bersuara lunak dan lantang, Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim,43, berkongsi kegembiraan dan meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya Marrisa Qaireen,14 naik ke pentas menerima anugerah cemerlang Anugerah Pengetua MRSM Alor Gajah.
“Tahniah Kak Ngah… Hari ni di MRSM Alor Gajah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Pengetua. Tahniah juga buat anak-anak Eunoia yang turut naik pentas hari ini,” ujarnya.
Harap Kejayaan Anak Jadi Pembakar Semangat
Ibu kepada 5 orang cahayamata ini yang juga Naib Juara Gegar Vaganza Musim ke-4 berharap semoga kejayaan anaknya ini mampu menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di masa hadapan.Serta turut mendoakan supaya anaknya terus cekal dalam menimba ilmu.
“Semoga menjadi pembakar semangat untuk buat lebih baik. Perjalanan baru bermula dan pelajar IGCSE memang cabaran sangat kuat. Mama doakan anak mama tabah dan dipermudahkan perjuangan mengejar ilmu , mama tumpang gembira dari jauh,”kata Liza Hanim.
Marissa merupakan pelajar MRSM program International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE). IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.
Untuk makluman, Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level.
Hasil perkongsian hidup dengan suami yang juga anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin, pasangan ini dikurniakan 4 anak lain iaitu Marsya Qistina, 20, Mohamed Salahuddin, 12; Mohamed Ibrahim, 8 dan Mohamed Al Fateh,4.
Nooryana Najwa janji jaga ibu & adik, doakan ayahnya sentiasa dalam lindungan Allah. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke- 6, Datuk Seri Najib hari ini didapati bersalah dalam kes menyeleweng dana SRC apabila wang RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadinya. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama barisan panel hakim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Difahamkan, Datuk Sri Najib atau mesra disapa Bossku di kalangan pengikutnya akan transit ke Penjara Kajang petang ini sebelum dibawa menuju ke Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman atas kesalahan dilakukannya.
Dalam pada itu, pastinya anak sulung beliau, Nooryana Najwa menjadi tumpuan apabila turut mengiringi ayahnya di mahkamah. Pastinya apabila dijatuhkan hukuman, dirinya amat sedih.
Menurut laporan Malaysia Gazatte, Nooryana Najwa Najib mendoakan ayahnya, Datuk Seri Najib Razak yang akan menjalani hukuman penjara petang ini terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.
Dalam luahan hatinya, Nooryana berkata, dia bangga dengan kekuatan ayahnya yang berjuang dalam perbicaraan di mahkamah.
”Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati dalam sebab dan tujuan kita sehingga kita menentangnya selama empat tahun ini.
”Namun anda tidak mendapat hari keadilan hari ini, kami juga tidak berpeluang bertempur,” luahnya yang percaya perjuangan Najib tidak berakhir di sini.
Dalam luahan itu, Nooryana turut berjanji akan menjaga ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya, Ashman dan ‘Abang Jaja’.
Dia juga berjanji akan terus berjuang bersama keluarga dan penyokong-penyokong ayahnya sehingga Najib kembali ke pangkuan keluarga dan menegakkan keadilan.
”Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan ayah dengan saya setiap hari, “mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.
”Tetap kuat, Allah bersamamu ayah. Sentiasa bersama anda, pada masa ini dan selamanya,” katanya.- MalaysiaGazette / Foto :- HAZROL ZAINAL
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini baru saja selamat melahirkan anak kedua. Malah menerusi entri terbaru di Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah dibenarkan pulang ke rumah dan menjalani proses berpantang.
Siti turut memaklumkan dia dan anak lelakinya itu berada dalam keadaan sihat. Siti turut mengharapkan untuk menikmati proses berpantang yang lancar.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga tidak sabar menunggu reaksi anak sulungnya, Siti Aafiyah saat pertama kali bertemu adiknya itu.
Anakanda Datuk Siti Jumpa Kakak Aafiyah
“Anakanda, mari kita pulang ke rumah, jumpa kakak Aafiyah ya”, tulis Datuk Siti.
Aafiyah seronok dapat berjumpa dengan adik kesayangan.
Siti yang melalui rawatan intra-uterine fertilization (IVF) untuk hamil anak keduanya ini selamat melahirkan melalui pembedahan caesarean pada 19 April lalu.
“Terima kasih buat seluruh pengurusan, kakitangan, doktor, jururawat, petugas di @thomsonhospitalkd yang telah membantu dan memberi khidmat terbaik sepanjang saya berada di sini,” sambung Siti.
Alhamdulillah Allah Melapangkan Nikmat
Bukan itu saja Siti juga berasa sangat bersyukur kerana Allah melapangkan pelbagai nikmat kepada dirinya dan keluarga.
“Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik.
“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
Sumber Foto: ctnurfarahaliza_sz
Mahu Fokus Pada Bayi
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” terang Siti.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.