Diari Zara Qairina – “Kita baca catatan tangan dia, kita tahu momen-momen terakhir dia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meyakinkan kepada Dewan Rakyat bahawa inkuiri berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir akan menjadi medan untuk merungkai punca sebenar tragedi berkenaan.
Diari Zara Qairina – “Kita Baca Catatan Tangan Dia, Kita Tahu Momen-momen Terakhir Dia”
Menurut beliau, keputusan mengadakan prosiding inkues ini adalah bukti keterbukaan kerajaan serta pihak berkuasa dalam memastikan siasatan dijalankan secara telus tanpa sebarang keraguan.
Saifuddin Nasution ketika hadir pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama
“Hakikat bahawa kita bersetuju inkuiri dibuat. Itu menunjukkan bahawa sikap kita adalah kita tak ada apa pun nak selindung. Okey ya. Jauh sekali bila saya sebut soal persetujuan ibu dalam menandatangani consent letter (surat pengizinan tidak melakukan bedah siasat)), saya langsung tak terlintas bahawa kenyataan fakta itu adalah untuk meletakkan ibu pula pada posisi bersalah, jauh sekali. Tak adalah.
“Saya cuma memaklumkan satu penyataan fakta apa berlaku pada 17 haribulan di antara pegawai penyiasat. Dia khilaf, ketidakpatuhan, sebab niat dia tu nak mempermudahkan ibu yang sudah pun kematian anak dan nak menyegerakan pengebumian.
Saya takkan pertahankan perkara itu, ya, kerana Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, telah pun mengambil satu pendirian, akan ada satu langkah susulan termasuk kemas kini semua sekali proses dan prosedur siasatan dalaman sebab ini adalah proses yang berterusan, ya. Apakah ibu tu telah diberi kefahaman dan sebagainya? Itu semua bila inkuiri nanti, perkara itu boleh sahaja dijelaskan. Ya.
“Apakah IO (pegawai penyiasat) berpuas hati tentang cause of death, COD (punca kematian), yang telah disebut oleh doktor? Kecederaan parah mengakibatkan oksigen tak sampai ke otak, kerana otak sudah mengalami kecederaan.
Hal itu semua akan diestablish (tetapkan) nanti. Apakah tiga hala tuju siasatan tu IO tak tahu? Hala tuju tu hanya kita tahu setelah kita menjalankan proses mengambil keterangan. Tapi pada momen itu 16 haribulan 3 pagi, 17 haribulan, cause of death yang doktor sebut, tak ada siapa tahu.
Ads
“Tak ada siapa tahu. Hanya setelah siasatan dibuat dengan memanggil saksi, kawan-kawannya di sekolah dan kawan di kampung, gurunya, warden, ibunya sendiri, ayahnya. Jadi saya nak tegaskan bahawa apabila Bukit Aman mengambil alih, ia tak mengubah hala tuju siasatan.
Jadi, itu yang saya sebut tadi bahawa ketidakpatuhan terhadap proses siasatan itu tidak sama sekali menjejaskan keseluruhan integriti siasatan kerana ia yang perlu kita tengok sekarang adalah apakah pernyataan cause of death oleh doktor pakar dengan apakah setelah mayat digali itu, cause of death itu sama.
“Yang itu biarlah Jabatan Peguam Negara yang meneliti hasil laporan daripada polis. Dia sangat structured (berstruktur) dalam memberikan penghujahan dia. Siasatan memang ada dua tahap. Sebab itu saya jelaskan tahap awal adalah permulaan yang menentukan landasan framing (kerangka), kerangka siasatan dan hala tuju.
Bila Bukit Aman teruskan, ia kekal atas landasan yang sama. Cuma bezanya adalah siasatan awal setakat 3 Ogos cuma menemui 38 saksi. Tapi bila Bukit Aman ambil, kita luaskan skop siasatan sehingga 195. Rakan-rakannya sahaja 100 orang lebih, ya.
“Setakat siasatan pertama, dia siasat di bawah sudden death (kematian mengejut). Kerana doktor kata punca kematian, kecederaan pada otak. So dia siasat kat situlah, pada sudden death, okay.
Tapi bila kita pergi lebih lanjut, terutama selepas mayat digali, and then ada yang sekarang dilengkapkan oleh Jabatan Patologi, pakar kimia, termasuk kita pakai pakar-pakar psikiatri kita daripada D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak), Bukit Aman yang menyiasat sebab kita buka diari dia (Zara Qairinia), kita baca catatan tangan dia, kita tahu momen-momen terakhir dia.
Pada jam 11 malam dia berada di mana, 10 malam apa berlaku di asrama. Ya, pada pukul 1 pagi dia berada di mana, sebelum dia ditemui.
Kesemuanya itu, ya, adalah merupakan corroborative evidence (keterangan sokongan) yang kita lengkapkan untuk mengetahui tentang catatan diari dia penting.
“Pakar psikiatri kita sebab itu establish (menentukan) dia punya tahap apa nama fikiran dia, mental dia pada ketika itu. Baik, dengan semua perkara persoalan yang dibangkitkan termasuk saranan bahawa kes buli harus dilihat dengan lebih serius, saya sambut baik.
Ads
Sebab itu, tak mudah untuk saya berdiri sini. Sebab itu saya sebut tadi dengan jelas tanpa basa-basi, isu buli termasuk di sekolah, sikap yang kena ambil adalah meminta para pentadbir supaya tidak mengambil pendekatan atau cuba untuk menutup. Bawa ke tengah sebab sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat.”
Sebelum ini, laporan menyebut bahawa Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama kira-kira jam 4 pagi, 16 Julai lalu.
Ads
Remaja berusia 13 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia selepas dirawat di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Dek kerana berasa tidak sedap badan, penyanyi Syafiq Farhain telah melakukan ujian calitan Covid-19. Anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu juga mendapati dia telah dijangkiti virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan dua hari lalu.
Berita tersebut dikongsi bersama pengikutnya di Instagram Story.
Sememangnya kebimbangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 terus dirasai, lebih-lebih lagi kebelakangan ini angka kes baharu beberapa kali mencecah rekod tertinggi. Malah Tidak kira di akhbar mahupun media sosial, ia penuh dengan berita dan coretan kebimbangan terhadap peningkatan kes ini.
Syafiq Farhain Didapati Positif Covid-19
Seperti yang dinyatakan Syafiq juga turut memohom maaf jika dia menyusahkan mana-mana pihak.
“Semalam pergi ujian calitan sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya. Saya didapati positif Covid-19.
“Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya, lebih baik buat ujian calitan juga,” ujarnya menerusi Insta Story miliknya pada petang Khamis.
Mohon Maaf
Antara perkongsian yang dibuat Syafiq menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang Big Stage musim pertama itu turut memohon maaf seandainya menyusahkan mana-mana pihak yang perlu membuat ujian calitan kerananya.
“Maafkan saya kerana menyusahkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut Syafiq tidak memaklumkan punca dia dijangkiti virus tersebut.
Masyarakat perlu jaga diri mereka, keluarga mereka dan juga komuniti sekeliling mereka bagi memastikan ianya bebas COVID-19.
Ikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya terus patuh kepada segala nasihat dan saranan yang sering ditekankan Kerajaan. Jadikanlah amalan-amalan berikut sebagai norma dan kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian, antaranya:
Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
Elak bersalaman / bersentuhan;
Amalkan etika batuk dan bersin;
Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Rupanya cuci kipas pun ada bahan-bahan tertentu untuk elak cuci setiap hari, ya!
Ok, biasanya kipas yang kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat. Lagi teruk kesannya angin kipas rasa kurang.
Kebanyakan kita bukanlah ada banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, tambah pula nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Mak-mak tak perlu risau sebab anda boleh guna cara mudah ini untuk elak habuk melekat sekaligus tak perlulah nak kena cuci kipas selalu.
Bahan-Bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara-Caranya:
1. Basuh kipas terlebih dahulu sehingga bersih dan tiada habuk.
2. Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
3. Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
4. Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
5. Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gara-gara Khairul Aming bantu promosi, gerai tepi jalan jual cendol RM1 laris kena serbu. Khairul Aming sememangnya layak bergelar pempengaruh media sosial sebenar. Ini kerana dirinya mempunyai aura tersendiri dan disukai ramai.
Sekali pun sudah punyai kesenangan, Khairul Aming tampil merendah diri termasuk menggunakan Bezza sebagai kenderaan rasminya. Baru ini, dirinya berkongsi resipi Mcming Properity Burger menggunakan omblong Ramly Burger dan imbalannya, produk keluaran muslim ini laku keras.
Gara-Gara Khairul Aming Bantu Promosi
Terkini, kesukaannya makan mee bandung dan bihun sup di gerai Nizam Cendol Goncang yang menjual cendol pada harga RM1 terletak di Taman Melati, Setapak mengakibatkan kedai ini laku keras diserbu hari ini selepas Khairul Aming memuat video gerai berkenaan semalam. Dapat dilihat orang ramai menyerbu gerai ini dan seawal pagi lagi, mee bandung sudah pun kehabisan kerana ramai terliur melihat keenakan makanan tersebut.
Semalam, dalam video berdurasi seminit setengah yang dikongsinya, Khairul Aming mengakui dirinya jarang mempromosikan kedai makan tapi kali ini dia ingin membantu Abang Nizam dan sudah pun mendapatkan keizinan dari tuan empunya kedai.
Selalu lepak makan sini, and i think they deserve a promo.
Korang try mee bandung dan bihun sup dia. memang sedap. cendol dia pun rm1 semangkuk
“Bahan-bahan mee bandungnya datang dari Muar, pedas, pekat, padu selain cendol yang dijual hanya RM1 saja. Memang Ikhlas nak tolong orang sebab yang datang makan pun ramai budak-budak sekolah. Santan dia fresh dan tak manis sangat. Lagi satu bihun sup. Aku biasanya akan minta lauk ekstra, sambal kicap dan telur goyang.
Dan gara-gara video itu, gerai Abang Nizam laku keras diserbu orang ramai. Antara komen netizen, Khairul Aming ialah influencer sebenar kerana pengaruh yang baik ditunjukkannya. Tak perlu gedik, tunjuk kaya dan sebagainya tetap kekal merendah diri.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita koma lepas lahirkan anak meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar. Kisah benar Mohd Saiful yang setia menjaga isterinya, Nor Fadila, hingga ke hujung nyawa.