Ayam Geprek sedap dimakan bersama ulam-ulaman, nasi putih,sup kosong,tempe dan tauhu goreng.Namun paling penting bagi Nasi Ayam Geprek ini adalah sambalnya mestilah pedas, manis, masam dan secukup rasa.
Mak-mak boleh buat sendiri nasi ayam geprek ini di rumah, makan bersama-sama dengan anak-anak dan suami dalam talam mesti lagi seronok. Paling best sambal ini boleh dibuat stok, tahan lama berbulan-bulan bila disimpan dalam peti sejuk.
Boleh rujuk perkongsian resipi sambal ayam geprek ini daripada Puan Zara Zahara sebagai panduan;
“First time makan dalam talam dengan suami.Bukan bertalam dua muka noo.Best rupanya makan satu talam pastu berebut-rebut ni, alas daun pisang lagi.Ni antara nasi feberet hakak, nasi ayam geprek derhaka versi hakak.”
“Ada hantu sambal yang nak resepi sambal ni tak??? Hakak suka buat banyak terus sebab nak jadikan stok.Sambal ni kalau simpan dalam peti memang tahan sampai berbulan-bulan tau.”
Bahan-Bahan (Sambal Geprek):
Cili api merah dan hijau (kuantiti ikut tahap kepedasan masing-masing)
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Belacan
Gula
Garam
Ajinamoto (optional)
Ni antara bahan-bahannya. Hakak guna banyak cili api. Ni sekali untuk di jadikan stok ye.
Cara Membuat:
Jangan lupa patah-patahkan dulu cili api tu. Takut nanti meletup masa menggoreng. Taknak patahkan pun takpe. Atas keselesaan masing-masing.
Ads
2. Seeloknya goreng menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam. Nak guna minyak baru pun boleh. Goreng hingga layu.
3. Angkat dan kisar bahan tadi tanpa letak air hingga separa hancur. Jangan terlalu hancur ye. Nanti tak berapa best. Sepatutnya sambal ni lagi sedap tumbuk pakai lesung je, tapi memandangkan banyak sangat kuantiti bahan. Jadi hakak blend jelah. Tak daya weh hakak nak menumbuk.
4. Tumis pakai minyak tadi. Masukkan gula. Hakak suka sambal ni manis sikit. Jadi hakak lebihkan gula.
Ads
5. Masukkan garam kasar.
6. Masukkan ajinamoto, terpulang ye kalau suka. Kalau tak suka tak perlu letak. Tumis sampai sambal tu kering.Goreng dgn baki minyak bekas goreng tadi.
7. Yeayyy!!!! Dah siap sambal hakak. Lebihan minyak tu jangan buang ye. Untuk di jadikan stok, simpan sekali dengan minyak. Sambal ni boleh tahan hingga berbulan-bulan tau.Bila nak makan, minyak tu tak payah kaut, kaut sambal je.
Ads
Ayam Goreng
Ayam tu saya rebus kosong je dulu. Rebus sampai masak sepenuhnya ye. Dah masak, angkat dan toskan sekejap bagi kering airnya. Lepas tu saya cuma lumurkan garam dan kunyit je. Perap sekejap dan boleh di goreng.Air rebusan tu saya jadikan sup.
Ada jugak sesetengah orang dia rebus ayam tu letak bahan yang ditumbuk terlebih dulu iaitu lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia. Saya dah lupa apa lagi bahannya.Dia rebus sampai masak, angkat dan toskan ayam tu. Pastu digoreng tanpa lumur apa-apa bahan dah.
Info Ekstra!
Letak dalam peti bahagian bawah bukan freezer. Sebab kita dah tumis sambal tadi hingga masak kan. Pastu minyak yang banyak tu buatkan sambal tahan lama. Saya pernah simpan sambal ni nak cecah setahun tau, elok je.
MW: Nampak sungguh sedap sambal ayam geprek ni. Paling penting boleh buat stok banyak-banyak dan sambal boleh tahan lama berbulan-bulan bila simpan dalam peti sejuk. Cukup memudahkan.Bila nak makan tinggal panaskan je.
Ayam goreng boleh dikatakan menu kesukaan anak-anak yang cukup mudah disediakan. Kalau boleh, setiap hari anak nak makan ayam goreng. Jika selalu kita goreng dengan garam dan kunyit sahaja, mak-mak boleh cuba buat ayam goreng sempoi yang rangup, wangi, sedap dan isinya kekal ‘juicy’ ini. Makan dengan nasi putih, nasi lemak, atau ratah begitu sahaja pun dah sedap.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini sebagai panduan;
Pagi tadi anak request nak makan ayam goreng lepas balik sekolah. Senang saja tu, pejam mata Umi buat. Haha nampak nau nipu . Ayam goreng rempah sempoi siapppp! Makan dengan nasi panas pun sodap.
Resipi Ayam Goreng Sempoi
Bahan-Bahan:
Ayam
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
Cara Membuat:
1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Kakchik guna tangan je. Kalau nak guna bulu mata pun boleh. Takde hal lah.
Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Nanti boleh goreng bila-bila nak makan.
2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat Dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahu pun nasi berperisa macam nasi goreng tu.
Kakchik goreng peha ayam, senang semua dapat sama rasa.
Ini gambar selepas ngap. Juicy kan? Kalah ayam goreng kedai mamak tau.
Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.
Mingguan Wanita: Memang nampak sedap sungguh ayam goreng yang dikongsikan ini. Apatah lagi makan dengan nasi panas.Kulitnya rangup, isinya elok ‘juicy’. Mesti anak-anak suka.
Penggemar kentang goreng rangup, anda patut cuba! Ini kali pertama kali buat dan hasilnya menjadi, malah anak-anak cukup suka. Rasanya lebih kurang kerepek kentang Mister Potato yang dijual di kedai tu…
Nak cuba tak? Ok boleh godek bahan dan cara buat yang betul guna resepi Puan Nurafyfah Yacob ini.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ML air
Sedikit perencah manggi kari
Sedikit perencah pasti sedap KNORR
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara nak buat kentang goreng:
1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah.
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
4. Panaskan minyak. Goeng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.
5. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah pasti sedap KNORR atau apa-apa perencah yang anda suka.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Acar Buah antara pembangkit selera dan sedap dinikmati dengan berperisa seperti nasi minyak, nasi jagung, nasi hujan panas dan sebagainya. Namun makan dengan nasi putih pun dan cukup sedap. Rasa jeruk buah-buahan manis, pedas dan berempah secukup rasa.
Boleh cuba buat sendiri ikut resipi Acar Buah yang dibuat jualan oleh Puan Noor Mazni Mohd Noor ini sebagai panduan;
“Resepi jualan saya, Acar buah premium..Pastikan kuah pekat supaya acar tahan lama.Sekali masak ni 6.5kg”
Bahan-Bahan:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
segenggam kecil cili kering *blend dengan air masak dan sedikit minyak
Bawang merah kecil
bawang putih
halia potong sebesar mancis
*ikut suka nak letak banyak mana – masak dengan 1 cawan cuka makan
3/4 cawan Gula (kalau kurang manis boleh tambah)
sekeping Gula kerek
1 sudu teh Garam
1 sudu besar Serbuk kari (tak kisah kari daging atau ikan)
Jeruk ceri campur (saya guna jeruk pak Ali)
Limau jeruk
Kurma
Lobak masin
Limau kering
Kismis
Lain-lain jeruk/buah kering – ikut suka
Cili padi merah dan hijau
1 cawan Minyak
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, masuk bahan blend. Masak sekejap, masukkan serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.
2. Masukkan bahan yang dimasak dengan cuka tadi. Masukkan juga separuh daripada baki cuka tersebut. Biar mereneh sekejap.
3. Masukkan gula kerek dan gula pasir. Biar sehingga gula berkaramel. Biar mereneh sehingga kuah pekat.
4. Masukkan semua bahan untuk acar. Kacau sebati dan masak sehingga mendapat kepekatan yang diingini. Masuk garam jika perlu.
5. Tutup api, biarkan acar sejuk. Simpan dalam bekas bertutup.
MW: Boleh cuba resipi acar ni. Makan dengan nasi minyak sedap, nasi putih pun boleh membangkit selera. Terima kasih berkongsi resipi acar yang dibuat untuk jualan.
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...