Ayam Geprek sedap dimakan bersama ulam-ulaman, nasi putih,sup kosong,tempe dan tauhu goreng.Namun paling penting bagi Nasi Ayam Geprek ini adalah sambalnya mestilah pedas, manis, masam dan secukup rasa.
Mak-mak boleh buat sendiri nasi ayam geprek ini di rumah, makan bersama-sama dengan anak-anak dan suami dalam talam mesti lagi seronok. Paling best sambal ini boleh dibuat stok, tahan lama berbulan-bulan bila disimpan dalam peti sejuk.
Boleh rujuk perkongsian resipi sambal ayam geprek ini daripada Puan Zara Zahara sebagai panduan;
“First time makan dalam talam dengan suami.Bukan bertalam dua muka noo.Best rupanya makan satu talam pastu berebut-rebut ni, alas daun pisang lagi.Ni antara nasi feberet hakak, nasi ayam geprek derhaka versi hakak.”
“Ada hantu sambal yang nak resepi sambal ni tak??? Hakak suka buat banyak terus sebab nak jadikan stok.Sambal ni kalau simpan dalam peti memang tahan sampai berbulan-bulan tau.”
Bahan-Bahan (Sambal Geprek):
Cili api merah dan hijau (kuantiti ikut tahap kepedasan masing-masing)
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Belacan
Gula
Garam
Ajinamoto (optional)
Ni antara bahan-bahannya. Hakak guna banyak cili api. Ni sekali untuk di jadikan stok ye.
Cara Membuat:
- Jangan lupa patah-patahkan dulu cili api tu. Takut nanti meletup masa menggoreng. Taknak patahkan pun takpe. Atas keselesaan masing-masing.
2. Seeloknya goreng menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam. Nak guna minyak baru pun boleh. Goreng hingga layu.
3. Angkat dan kisar bahan tadi tanpa letak air hingga separa hancur. Jangan terlalu hancur ye. Nanti tak berapa best. Sepatutnya sambal ni lagi sedap tumbuk pakai lesung je, tapi memandangkan banyak sangat kuantiti bahan. Jadi hakak blend jelah. Tak daya weh hakak nak menumbuk.
4. Tumis pakai minyak tadi. Masukkan gula. Hakak suka sambal ni manis sikit. Jadi hakak lebihkan gula.
5. Masukkan garam kasar.
6. Masukkan ajinamoto, terpulang ye kalau suka. Kalau tak suka tak perlu letak. Tumis sampai sambal tu kering.Goreng dgn baki minyak bekas goreng tadi.
7. Yeayyy!!!! Dah siap sambal hakak. Lebihan minyak tu jangan buang ye. Untuk di jadikan stok, simpan sekali dengan minyak. Sambal ni boleh tahan hingga berbulan-bulan tau.Bila nak makan, minyak tu tak payah kaut, kaut sambal je.
Ayam Goreng
Ayam tu saya rebus kosong je dulu. Rebus sampai masak sepenuhnya ye. Dah masak, angkat dan toskan sekejap bagi kering airnya. Lepas tu saya cuma lumurkan garam dan kunyit je. Perap sekejap dan boleh di goreng.Air rebusan tu saya jadikan sup.
Ada jugak sesetengah orang dia rebus ayam tu letak bahan yang ditumbuk terlebih dulu iaitu lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia. Saya dah lupa apa lagi bahannya.Dia rebus sampai masak, angkat dan toskan ayam tu. Pastu digoreng tanpa lumur apa-apa bahan dah.
Info Ekstra!
Letak dalam peti bahagian bawah bukan freezer. Sebab kita dah tumis sambal tadi hingga masak kan. Pastu minyak yang banyak tu buatkan sambal tahan lama. Saya pernah simpan sambal ni nak cecah setahun tau, elok je.
Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!
MW: Nampak sungguh sedap sambal ayam geprek ni. Paling penting boleh buat stok banyak-banyak dan sambal boleh tahan lama berbulan-bulan bila simpan dalam peti sejuk. Cukup memudahkan.Bila nak makan tinggal panaskan je.
Sumber: Zara Zahara
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI