Badan berbau? Itu  bermakna anda mengalami bromhidrosis. Bromhidrosis adalah bau busuk pada tubuh yang berkaitan dengan peluh. Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Hanya apabila peluh bertemu dengan bakteria pada kulit barulah bau akan muncul. Selain daripada bau badan, bromhidrosis juga boleh dikenali dengan nama lain termasuklah osmidrosis dan bromidrosis.

Penyebab

Apa sebab badan berbau? Tubuh mempunyai dua jenis kelenjar peluh yang dikenali sebagai apocrine dan eccrine. Bromhidrosis biasanya dikaitkan dengan perembesan melalui kelenjar apocrine. Tetapi kedua-dua jenis kelenjar peluh itu boleh membawa kepada bau tubuh yang abnormal atau badan berbau.

Kelenjar apocrine terletak pada bahagian ketiak, lipatan paha (groin) dan payudara.  Peluh daripada kelenjar apocrine cenderung lebih banyak daripada yang dihasilkan melalui kelenjar eccrine. Peluh apocrine turut mengandungi kimia yang dikenali sebagai feromon. Hormon feromon ini memberi kesan pada orang lain. Sebagai contohnya, manusia dan haiwan melepaskan feromon bagi menarik perhatian pasangan mereka. Apabila peluh apocrine dilepaskan, ia tidak berwarna dan tidak berbau. Apabila bakteria pada tubuh mula untuk memecahkan peluh kering, bau yang busuk boleh berlaku pada mereka yang mengalami bromhidrosis. Sebab itu badan berbau.

Kelenjar apocrine tidak menjadi aktif sehinggalah akil baligh. Sebab itu bau badan tidak menjadi isu besar di kalangan kanak-kanak. Kelenjar peluh eccrine terdapat pada seluruh tubuh. Peluh eccrine tidak berbau dan tidak berwarna pada mulanya walaupun ia mengandungi air masin. Badan berbau busuk boleh terbentuk apabila bakteria pada kulit memecahkan peluh eccrine. Bau peluh eccrine boleh juga diakibatkan kesan pengambilan makanan tertentu seperti bawang putih, alkohol atau ubatan yang dimakan.

Diagnosis

Bromhidrosis mudah untuk didiagnos. Doktor seharusnya boleh mengenal pasti keadaan  berasaskan bau. Mungkin tidak ada bau tertentu jika anda tidak berpeluh atau baru sahaja mandi. Doktor juga boleh  bertanya sama ada anda baru sahaja selesai bersenam sebelum temujanji dengan doktor itu.

Doktor juga akan melihat sejarah perubatan untuk melihat sebarang penyebab tersembunyi menyebabkan badan berbau. Masalah kesihatan seperti penyakit  diabetes, hati dan buah pinggang boleh menyumbang kepada badan berbau yang kuat dan abnormal.

Rawatan

Rawatan sepatutnya untuk badan berbau berasaskan kepada keterukan masalah tersebut. Dalam sesetengah kes, kaedah pencegahan sudah cukup. Dalam kes serius, mengeluarkan kelenjar peluh yang memberi kesan pada badan berbau itu adalah jawapannya. Pilihan rawatan termasuklah:

1-Botox

Botulinum toxin A (Botox), yang bertindak menghalang saraf dorongan pada otot boleh disuntik pada ketiak bagi menghalang saraf dorong kepada kelenjar peluh. Keburukan rawatan Botox adalah ia akan hilang selepas seketika. Sebab itu anda memerlukannya beberapa kali dalam setahun. Botox turut digunakan untuk perpeluhan pada tangan dan kaki.

2-Sedut lemak (liposuction)

Satu cara untuk mengurangkan peluh apocrine adalah mengeluarkan kelenjar peluh itu sendiri. Anda mungkin pernah mendengar mengenai sedut lemak yang digunakan untuk mengeluarkan lemak daripada bahagian perut atau pada bahagian tubuh lain. Tiub khas dimasukkan ke dalam tubuh dan lemak itu dikeluarkan.

Konsep sama digunakan kepada kelenjar peluh di bawah tangan. Tiub penyedut kecil yang dikenali sebagai cannula dimasukkan di bawah kulit. Ia kemudian digesel di sekitar bahagian bawah kulit untuk mengeluarkan kelenjar peluh. Proses ini boleh meninggalkan sesetengah kelenjar di kawasan yang boleh menyebabkan perpeluhan berterusan.

Dalam sesetengah kes, keputusan awal yang positif  pada perpeluhan dan bau yang kurang beri adalah kesan daripada saraf yang telah rosak. Apabila saraf yang telah dipegunkan semasa sedut lemak memperbaikinya sesama sendiri, masalah sama akan kembali.

3-Pembedahan

Cara invasif untuk mengeluarkan kelenjar peluh atau saraf yang mencetus perpeluhan adalah melalui pembedahan. Satu prosedur yang dikenali sebagai endoscopic sympathectomy menggunakan insisi kecul dan alat khas untuk memusnahkan saraf dalam dada yang membawa kepada kelenjar peluh di ketiak.  Procedure ini berkesan selama 5 hingga 10 tahun.

Rawatan invasif minimal lain dikenali sebagai electrosurgery. Ia dilakukan menggunakan jarum kecil yang ditebat. Dalam jangka masa beberapa rawatan, doktor boleh menggunakan jarum tersebut untuk mengeluarkan kelenjar peluh.

4-Rawatan sendiri di rumah.

Sebelum mencuba sebarang prosedur invasif, anda seharusnya mencuba strategi asas kebersihan diri.  Cara ini boleh mengurangkan sejumlah bakteria yang berinteraksi dengan peluh.

Anda boleh mencuci kulit dengan kerap untuk meneutralkan bakteria yang ada pada tubuh. Mencuci menggunakan sabuh dan air juga boleh membantu. Jika kawasan yang berbau itu terletak di ketiak, anda boleh fokus cuci di bahagian tersebut.

Sabun antiseptik dan sabun antibakteria mengandungi erythromycin dan clindamycin boleh juga membantu.Anda juga boleh menggunakan deodoran bagi meminimakan badan berbau.

 

 

Jangan Lupa Komen

komen