
Isi Kandungan
ToggleRoti Strawberry Yogurt Sedap Lembut, Resipi Viral Tiktok ‘Juicy’ Macam Puding!Sesekali nak ubah selera boleh cuba resipi roti yang viral di tiktok ini. Memang sangat mudah nak buatnya, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Boleh buat dengan anak-anak di rumah waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu nanti.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Linda Safar ini sebagai rujukan;
Resipi Strawberry Yogurt Bread menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu. Rasa masam-masam manis strawberry yogurt.
Bahan cuma perlu ada :
Roti
1 biji Telur
Yogurt perisa asli
Buah Strawberry
Esen Vanilla (optional)
Madu @Maple Syrup (tak nak manis boleh skip)
Cara Membuat:
1. Masukkan yogurt perisa asli ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan telur, madu atai maple syrup dan sedikit esen vanilla.
3. Gaul sebati semua bahan.
4. Kemudian, nipiskan bahagian tengah roti. Masukkan adunan tadi.
5. Boleh taburkan dengan hirisan buah strawberry dan bolehlah dibakar.
6. Bakar dalam airfryer selama 15 minit dengan suhu 200c (ikut kepananas air fryer masing-masing).
Siap!
Selamat mencuba!
Mesti Baca:Punca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap!
Baca Lagi Di Sini:ROTI SARDIN Rangup Tak Serap Minyak, Campur Air Panas, Sejuk & Limau Nipis!
Artikel Menarik:Resipi Roti Sosej Cheese Makan Tak Cukup Satu, Bekal Seisi Rumah!
Mingguan Wanita:Nampak sangat sedap Resipi Strawberry Yogurt Bread ni. Nak buat pun mudah, boleh cuba nanti buat sendiri di rumah untuk anak-anak.
Sumber: Linda Safar
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi ‘Confirm’ Jadi, Kuih NAGASARI Guna Pisang Nipah Lembik Lebih SEDAP!

Isi Kandungan
ToggleKuih Nagasari antara kuih lama yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup sedap, lemak manis dan masam-masam sikit terutamanya bila menggunakan pisang nipah yang lembik. Makan waktu sejuk-sejuk memang paling sedap. Jika beli kuih nagasari ni, susah nak dapat rasa yang sempurna ikut citarasa. Adakalanya tepungnya terkeras mahupun terlembik.
Rupanya mudah je nak buat sendiri kuih nagasari ni. Bahan-bahan pun tak banyak dan jika ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Suhaila Marsan ini insya allah ‘confirm’ jadi dan menepati citarasa.
Kuih NAGASARI febret abah dan arwah mak (Alfatiha). Pisang kalau dah lembik tak boleh goreng jangan buang arwah mak pernah cakap, kalau tak nak buat jemput-jemput pisang, buat kuih ni atau lempeng pisang.
Anak-anak tak berapa suka lempeng pisang. Kalau kuih ni laju memasing makan. Lemak-lemak manis ada masam-masam sikit, guna pisang nipah.
Saya share resepi hasil olahan banyak kali baru dapat puas hati dengan tekak. Kalau ikut resepi arwah mak campak-campak tu kekadang terkeras terlembik….hihi
Resepi NAGASARI Mami:
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
1 sudu kecik membukit tepung jagung
3 cawan Santan sederhana pekat (ikut la nak lemak guna Santan parut)
3 sudu besar gula pasir (ni pun ikut la, nak manis tambah lagi gula nak kurang manis kurangkan gula)
Secubit garam
Pisang nipah yang dah lembik-lembik tu (pisang apa-apa pun boleh sebenarnya)
Daun pisang jangan lupa pula.
Cara Membuat:
1. Campur tepung beras, tepung jagung, santan, gula dan garam, gaul sehingga sebati.
2. Tenggek atas api kejap bagi pekat atau naik wap api jangan besar.
3. Angkat, sedia untuk dibungkus.
4. Kukus dalam 15 hingga 20 minit.
Sedia untuk dimakan. Insya Allah memang sedap ‘confirm’ jadi.
Baca Lagi Di Sini :
Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’
Resipi Mudah NONA MANIS PANDAN, 1 Adunan Boleh Dapat 25-30 Biji
KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat sendiri kuih Nagasari ni. Sedap lembut rasanya lemak manis, masam-masam bila guna pisang nipah. Kena cuba resipi ni insya allah ‘confirm’ jadi.
Sumber: Suhaila Marsan
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti Nasi

Siapa yang suka tengok mukbang? Video yang memaparkan tentang orang-orang yang suka makan dan sekaligus membuatkan kita pun terliur bila melihat mereka makan. Rasa sedap saja.
Biasanya video mukbang ini cukup popular dan orang selalu membuat video makan-makan ini adalah di kalangan orang Korea, Thailand dan Jepun. Sampaikan kita pun fikir, makanan apa yang mereka makan ini.
Malah, makanan yang biasa kita tengok, sushi, salmon mentah, siput, udang yang digandingkan dengan sayuran atau makanan tradisional mereka, kimchi. Manakala bagi orang thailand, mereka gemar makana udang mentah, ulam-ulaman, mihun dan sebagainya.
Salah satu yang menjadi tarikan, selain ulaman dan kimchi, tteokbokki juga dijadikan salah satu hidangan yang cukup popular di Korea.
Tteokbokki ini diperbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Sesetengah orang ada yang panggil tteokbokki sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki dan dukboki.
Rupa-rupanya, kita pun boleh buat tteokbokki ini di rumah. Bila ras terliur dan ingin rasa macam mana keenakkan tteokbokki ini, bolehlah cuba di rumah. Bahan yang digunakan pun senang diperolehi. Seperti apa yang dikongsikan oleh Wawa Ariffin ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Karipap Sedap, Rangup! Cuba Ikut Resipi Buat Inti Kulitnya Ini!
Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!
Info Lebih Menarik DI SINI
Masukkan Lauk Tambahan
“Suami saya tak nak makan nasi malam-malam. Jadi, saya buatkan tteokbokki. Resipi paling senang dan bahan-bahan pun memang dah ada kat rumah. Letakkan fishball, fishcake dan telur lagi sedap.
“Sosnya pedas tak? Jawapannya pedas tapi pedas yang manis dan rasa nak makan dan nak makan lagi . So, sos cili tak perlu letak banyak sebab korean sos tu sudah pedas, brown sugar nak letak terpulang sebab saya suka manis.Rice cake ni tak rasa apa-apa sebab itu perasanya pada sos itu.
Bahan & Cara Membuat:
1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Garam dan air.
Bancuh semua sekali dalam bekas.
Uli sampai jadi doh.
Gelek dan uli tebal. Potong ikut kesesuaian.
Lepas potong tadi gelek kecil-kecil dan potong ikut saiz yang nak.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, apabila mendidih, masukkan semua yang dah dipotong tadi dalam periuk. Bila dah terapung tu maknanya dah masak. Angkat dan toskan.
Jadi gini kejadiannya !
Ini bahan sosnya.
Tumis bawang dulu
Masukkan semua sos tadi
Air rebusan tadi jangan di buang, masukkan sedikit dan bahan tadi.
Letak gula
Letak minyak bijan
Masukkan tteokbokki tadi.
Easy peasy lemon squeeze.
Siap.
MW: Sesiapa yang tak nak makan nasi, bolehlah gantikan dengan tteokbokki ini.
Sumber: Wawa Ariffin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Minum Petang Wajib Cuba Hujung Minggu Ini

Kalau Jumaat minggu lepas MW kongsikan resipi menarik untuk sarapan pagi hari minggu, kali ini MW tampil dengan empat resipi ideal untuk minum petang pula. Sesekali apa kata asah skil masakan anda, untung-untung bermula dengan menjamu anak-anak dan suami…boleh ambil tempahan untuk tambahkan sumber pendapatan. Jom cuba empat resipi yang MW kongsi kali ni.
Pulut Mangga
Bahan-bahan :
- 2 cawan beras pulut yang direndam semalaman
- 2 biji mangga
- secawan santan pekat
- secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
- 2 helai daun pisang / 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
Untuk kuah santan :
- secawan santan pekat
- sesudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- sehelai daun pandan (yang dicarik atau disimpulkan)
- garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
- Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
- Bilas pulut yang direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
- Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.
- Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
- Tuang bancuhan santan ke dalam adunan pulut yang masih panas tadi.
- Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
- Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, dengan menggunakan garpu gemburkan pulut tersebut. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah santan, panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
- Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair tambah sedikit lagi bancuhan tepung. Kepekatannya mengikut selera anda.
- Pastikan kuah mempunyai sedikit rasa masin supaya dapat menyeimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut ini bersama mangga yang telah masak ranum sebaiknya.
Bubur Pulut Hitam
Bahan-bahan :
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 6 cawan air } untuk merebus pulut
- 1/2 biji kelapa (anggaran dua cawan santan pekat dan dua cawan santan cair)
- 2 helai daun pandan } carik dan simpulkan
- 3/4 cawan gula putih
- 1/2 ketul gula melaka
- garam secukupnya
- sesudu besar tepung jagung
Cara membuatnya :
- Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan dengan lembut. Pulut hitam akan pecah kembang sebaik ia lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan pula satu cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Ketepikan.
- Untuk membuat kuah santan, masak baki secawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu kacau supaya santan tidak berketul.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
- Pulut hitam sedia untuk dihidangkan bersama kuah santan.
Pengat Pisang
Bahan-bahan :
- tujuh ke lapan biji pisang
- 2 mangkuk santan pekat
- 2 mangkuk santan cair (atau boleh digantikan dengan dua santan kotak dan dua cawan air.
- 1/2 cawan sagu (dibersihkan)
- 2-3 keping gula melaka
- 1/3 gula pasir
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
Cara penyediaannya :
- Buang kulit pisang. Cuci bersih pisang dan masukkan ke dalam periuk.
- Masuk pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
- Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Pulut nyior
Bahan-bahannya :
- 1//2 kg pulut
- secawan santan pekat (untuk bancuhan tepung)
- secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
- 2 helai daun pisang atau 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
- garam dan gula secukupnya.
- 2 cawan kelapa parut
- 2 ekor ikan kering atau ikan sardin kukus digoreng
- gula dan garam secukupnya
Cara membuatnya :
- Panaskan pengukus. Alas dulang pengukus dengan menggunakan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
- Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga ia lembut. Anggaran masa mengukus adalah sekitar 20 minit.
- Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut ke dalam satu mangkuk yang besar.
- Satukan santan pekat, santan cair, gula, garam dan kacau sebati.
- Tuangkan bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
- Balik-balikkan pulut dan biarkan seketika supaya kuah banchuan meresap ke dalam pulut.
- Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.
- Untuk membuat kelapa parut, masukkan garam dan gula ke dalam kelapa parut secukup rasa. Siap dan boleh dihidangkan bersama pulut.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI