Roti sardin celup tepung memang sedap dan mudah disediakan. Baik untuk menu sarapan pagi mahupun untuk minum petang. Namun selalunya jika tak tahu cara betul goreng roti sardin ni, ia akan serap minyak, tak rangup dan jadi lembik. Ikut resipi ini, tak guna telur pun namun tetap boleh rangup. Paling penting kena tahu cara bancuhan tepungnya.

Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Instafamous dalam bidang masakan Yatie Kitchen ini kongsikan

Roti Sardine Kantin Sekolah , tak serap minyak dan rangup bila dikunyah, tanpa letak Telur!

Tips : Campuran air panas & air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis!

Resipi Sambal Sardine:

Bahan-Bahan:

1 tin Sardine dalam Sos Tomato @adabi_consumer Tin Kecil
Hirisan Bawang Merah Besar
2 ulas bawang putih
1 biji Cili padi merah (hiris serong)
2 biji Cili padi hijau (hiris serong)
1/4 biji limau nipis
1/2 sudu kecil Gula merah
1 sudu besar Cili kisar
1/4 keping Asam keping

Cara Membuat:

1.Tumis bawang, bawang putih dan cili padi sehingga garing , masuk cili kisar, masukkan sardine ( sos jangan dibuang ), biarkan sampai pecah minyak.

2.Kemudian, perahkan limau nipis, perasakan dengan gula, garam & mushroom seasoning.

Bahan (Adunan Tepung)

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas
1/4 sudu serbuk kunyit @adabi_consumer
Garam
Mushroom seasoning
1/2 biji Limau nipis

IKLAN

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan-bahan di atas, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
2. Masukkan sardine ke dalam roti, lipat dua, celup dalam adunan tepung.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Pusing-pusingkan supaya sekata.
4. Agak-agak dah kekuningan toskan pada kitchen towel.

ROTI SARDIN Rangup Tak Serap Minyak, Campur Air Panas, Sejuk & Limau Nipis!

Siap! Cubalah !

IKLAN

ROTI SARDIN Rangup Tak Serap Minyak, Campur Air Panas, Sejuk & Limau Nipis!

 

ROTI SARDIN Rangup Tak Serap Minyak, Campur Air Panas, Sejuk & Limau Nipis!

IKLAN

Mesti Baca:ROTI GULUNG SARDIN Tak Serap Minyak, Goreng Cukup Sekali Balik Je!
Baca Lagi Di Sini:Masak Sambal Sardin Goreng Dulu Ikan, Kurangkan Bau Hanyir & Lebih Sedap!
Artikel Menarik: Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya

Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat roti sardin macam yang jual di kantin sekolah. Elok rangup dan tak serap minyak. Tak guna telur pun.

Sumber: Yatie Kitchen

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI