Resipi pizza homemade. Selalunya hidangan ini menjadi kegemaran anak-anak. Mak kalau nak mudah pesan saja. Tapi kalau jenis rajin, boleh saja buat sendiri.
Rupanya, mak-mak boleh saja buat snediri resipi pizza homemade, tak perlu pun nak ke kedai makanan segera. Lagipun, kita ‘modified’ dari guna doh, kita pakai saja roti gardenia.
Rasanya pun tak adalah jauh beza dan mungkin juga resipi pizza homemade yang kita buat ini lebih sedap dari beli kat kedai.
Apa kata buat sendiri resipi ini di rumah. Jimat dan semestinya wajib cuba untuk hidangan keluarga.
Kalau masa raya, biskut mazola inilah yang dicari oleh tetamu. Sedap dan melting bila masuk mulut. Itu kalau membuatnya kena caranya.
Bukan emua orang boleh buat biskut mazola lagend ni. Tak tahu teknik, boleh jadi keras dan tak sedap. Sebolehnya, kalau nak makan, bila masuk mulut terus berderai. Barulah nikmat bila makannya.
Biasanya, kalau berderai itu, ada yang gunakan hanya kacang tumbuk sebagai bahan utama. Malah, mak-mak nak kena tumbuk atau mesin kacang itu sehingga betul-betul lumat, barulah menjadi.
Kali ini, Azlina Ina Fans berkongsi resipi biskut mazola sama dengan asalnya, sedap dan melting. Kalau biasa kita gunakan kacang tumbuk tapi sekarang tak perlu, hanya guna peanut butter sahaja. Itu sudah cukup dan rasnya sama seperti ori.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Air Nescafe yang sedap dan sempurna bancuhannya perlulah cukup rasa pahit, manis dan lemaknya.Hanya penggemar Nescafe tegar yang benar-benar dapat merasai kenikmatan minuman ini, serta tahu rasanya walaupun dengan hanya melihat pada warnanya!
Sebenarnya ada formula tertentu untuk mendapatkan Air Nescafe yang sedap warnanya bak warna Sungai Pahang yang sering menjadi idaman. Perkongsian oleh Wan LuQman yang pernah mempunyai pengalaman bekerja berbelas tahun di Cafe Starbucks boleh dijadikan panduan buat mak-mak yang suka minuman ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Salam 1 jemaah nescafe..saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku.
Kalau korang nak rasa macam Almond Latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap! Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum.Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya. Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu.kita benci 3 in 1.
Kepada ‘penagih’ sekalian alam.Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah. Jangan minum gelas besar, 280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih, sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis, yang disalahkan, nasi…kesian nasik.
Bahan-Bahan (1 gelas):
1 sudu nescafe
4-6 sudu kecil susu cair
1 1/2- 2 sudu kecil susu pekat manis
Air panas mendidih
Cara Membuat:
1.Masukkan sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.
2. Masukkan pula susu cair dalam 4 hingga 6 sudu kecil.
3.Setelah itu, masukkkan susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil.
4.Campurkan dan kacau sekali sehingga larut sebati.
5.Warna bila dicampur dan dikacau waktu ni, bau macam dekat starbucks kononnya.. hahaJangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6.Lepas dah kacau tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
Dah siap. memang sedap! Jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna sungai pahang ini lah yang kita nak.
Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara.
Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya…macam tu lah nescafe..hahaha
Dah terbiasa dengan etika budaya kerja starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.
Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga buat peminat nescafe tegar!
Dalam mematuhi perintah berkurung, bukan saja kaum ibu sibuk di dapur tapi kaum bapa juga tak kurang hebatnya. Bila dah bosan tu, kaum bapa pun sanggup turun ke dapur sediakan menu istimewa buat keluarga tercinta.
Tak perlu hidangan yang berat, buat pencuci mulut sudah memadai apatah lagi boleh dijamu pada waktu minum petang.
Memang Mudah
Seperti mana yang dipetik menerusi Facebook Fedtri Yahya pengacara popular ini telah berkongsi Resipi Bahulu ‘Segera’ Versi PKP yang hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Memang mudah dan bolehlah anda cuba di rumah ya.
“Saya kongsi di sini juga – bahulu ‘segera’ versi PKP 🤩 Secawan tepung gandum, 3/4 cawan gula – terpulang tahap kemanisan pilihan dan 3 biji telur. Kisar dan letakkan dalam bekas pemanas dan pantau dalam seminit dua. Letak dalam sandwich maker pun ok. Terubat rindu pada bahulu 🤗” Fedtri Yahya
Bahan-Bahan:
Secawan tepung gandum
3/4 cawan gula
3 biji telur
Cara Memasak:
Kisarkan kesemua bahan-bahan
Letakkan dalam bekas pemanas dan pantau dalam seminit dua.
Letak dalam sandwich maker pun ok.
Siap dan hidangkan.
Langlah 1 – Kisarkan semua bahan-bahan.Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam sandwich makerPantau seminit duaSedia untuk dihidangkan
Kredit Sumber: Terima kasih kepada Facebook Fedtri Yahya
Permata hati Fedtri Yahya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak istimewa kembali ke ramahtullah. Salam takziah diucapkan buat pelakon Ainina Ahmad B dan bekas suaminya Rahmad Tohak (Rahmad Mega) atas pemergian anak bongsu...