Rossa Sera tunai umrah bersama Shuk, doakan kami berdua tulisnya. Pernah dicurangi dalam perkahwinan, pasti ramai yang masih ingat penderitaan dilalui oleh Rossa Sera apabila perkahwinan mereka musnah.

Walau pernah diberi peluang kedua, tetapi Shuk tidak mengambil dengan baik sehinggalah hati bekas isterinya itu terluka yang amat dalam.

Bahkan Shuk turut diuji apabila kontraknya sebagai penyampai radio ditamatkan ekoran kisah kecurangannya terdedah. Rumah mereka turut dijual oleh Shuk untuk meneruskan kehidupan selepas berpisah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Shuk Semakin Baik, Hubungan Kembali Padanya Masih Dalam Perbincangan Keluarga – Rossa Sera

IKLAN

Bukan Mudah Jernihkan Keadaan “Apa Pun Saya Sanggup Demi Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan” Shuk

Kini Allah memberikan peluang untuk keduanya bermuhasabah diri dan menjadi duyyufurahman apabila dilihat menunaikan umrah berdua. Dikongsi di instagramnya dilihat Shuk bersama Rossa dan menulis caption :- Alhamdulillah diberi peluang untuk jadi tetamu allah buat kali ke 2 @rossa.sera

IKLAN

Di Tik Tok Rossa Sera turut menulis, doakan kami berdua sambil membuat emoji hati mendapat umrah yang mabrur.

IKLAN
@rossa.sera Doakan kami berdua💜 #fyp #rossasera #shuksahar ♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevewuaten_

Semoga yang baik-baik buat pasangan ini dalam ibadah mereka. Atau mungkinkah jodoh keduanya “sudah tertulis” di masa akan datang. Semoga semuanya dipermudahkan.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI