Shuk semakin baik, hubungan kembali padanya masih dalam perbincangan keluarga – Rossa Sera. Pasti ramai mengikuti kisah rumahtangga pelawak Shuk Sahar dan bekas isteri, Rossa Sera.

Dikhianati dan dicurangi ketika dirinya di puncak populariti membuatkan ramai mengecam diri Shuk kerana lupa diri juga daratan. Ditambah ramai tidak boleh menerima kecurangan dilakukan sehinggakan nama Shuk “cukup panas”.

Ujian demi ujian dilaluinya termasuk ditamatkan kerja sebagai juruhebah, terpaksa menjual rumah diduduki kerana masalah kewangan bahkan dianggap itulah kafarah hidupnya kerana menganiayai anak isteri.

Tapi manusia itu boleh berubah jika Allah menjentik hati dan itulah yang dilihat oleh Ross Sera apabila memaklumkan bahawa bekas suaminya itu semakin berubah ke arah kebaikan. Bahkan Shuk kini berada di Tanah Suci Makkah menunaikan umrah. Pastinya isu adakah pasangan ini akan kembali bersama menjadi tumpuan.

Komen follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- Rossa Dedah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Shuk, Kini Dalam Proses Failkan Perceraian

Shuk Sahar ‘Gimik’ Bawa Rombongan Pinang Isteri “Harap Awak Boleh Terima Saya Balik”

Bukan Mudah Jernihkan Keadaan “Apa Pun Saya Sanggup Demi Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan” Shuk

“Hidup Perlu Diteruskan, Ada Dua Anak Sera Nak Kena Tanggung” Isteri Shuk Sahar

Adakah mereka akan bersatu kembali sebagai suami isteri?

Memetik Harian Metro, isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjelaskan keputusan untuk mereka kembali bersama atau tidak masih dalam perbincangan.

IKLAN

Mengakui perubahan Shuk yang lebih baik, Sera atau nama sebenarnya, Rossalenah Natassyaih Asshaferah berkata, dia juga ada mengirim doa kepada suaminya yang berada di Makkah mengerjakan umrah ketika ini.

“Nak cakap soal terima Shuk semula tu, saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga.

“Banyak pihak terbabit dalam proses perbincangan. Setakat ini tak ada komen untuk saya terima dia balik atau sebaliknya.

“Sudah tentu saya ada minta doa yang baik-baik, bukan saja dari segi rumah tangga kami, tapi daripada Shuk sendiri mesti dia pun nak yang baik-baik dalam hidupnya.

“Saya pun gembira dengan keadaan sekarang. Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu,” katanya.

Walaupun status rumah tangga masih menjadi tanda tanya, namun hubungan Sera dan Shuk dilihat semakin baik selepas Sera berkongsi video di Insta Story.

IKLAN

Menerusi video itu, Sera merakamkan detik Shuk bersama anak-anak semasa menghantarnya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Terdahulu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada awal Julai lalu.

Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL


Shuk Semakin Baik, Hubungan Kembali Padanya Masih Dalam Perbincangan Keluarga – Rossa Sera
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

IKLAN

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI