
Usahawan terkenal, Rita Sosilawati berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila beliau ditahan seketika sebaik tiba di kaunter imigresen di London, United Kingdom.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi Threads dan menarik perhatian ramai. Malah, ramai netizen pada awalnya menyangka berlaku masalah terhadap dokumen perjalanan beliau.
Bagaimanapun, Rita Sosilawat menjelaskan kejadian itu bukan berpunca daripada sebarang kesalahan, sebaliknya melibatkan pasport Malaysia baharu yang digunakan ketika memasuki negara berkenaan.
“Saya Terus Kena Tahan”
View on Threads
Menurut Rita Sosilawati, sebaik sahaja menyerahkan pasport Malaysia baharu kepada pegawai imigresen, beliau diminta menunggu sementara mereka menjalankan pemeriksaan lanjut.
Katanya, beliau kemudian menjelaskan bahawa pasport tersebut baru sahaja diperkenalkan di Malaysia dan beliau merupakan antara individu terawal yang berjaya mendapatkannya.
“Bila terlalu advance dapat pasport baharu Malaysia. Sampai saja di London, terus kena tahan sekejap untuk pemeriksaan.
“Saya beritahu mereka, ‘Pasport ini baru sahaja dilancarkan. Saya mendapatkannya pada hari ketiga selepas ia diperkenalkan,'” katanya.
Menurut Rita, pegawai imigresen memaklumkan mereka perlu membuat semakan terlebih dahulu kerana itulah kali pertama mereka melihat pasport Malaysia baharu.
Dipuji Pegawai Imigresen
Walaupun perlu menunggu beberapa ketika, Rita Sosilawati berkata pengalaman itu menjadi sesuatu yang membanggakan.
Malah, pegawai imigresen turut memuji reka bentuk pasport Malaysia baharu yang disifatkan lebih moden berbanding versi terdahulu.
Menurutnya, antara perkara yang menarik perhatian mereka ialah gambar pemegang pasport yang kini dipaparkan dalam warna.
“Saya hanya tersenyum dan berkata, ‘Ya, saya juga sukakannya.’ Memang rasa bangga jadi rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak menyangka dokumen perjalanan Malaysia mendapat perhatian di luar negara.
Belum Dikemas Kini Dalam Sistem
Rita Sosilawati menjelaskan proses pemeriksaan mengambil sedikit masa kerana pasport Malaysia baharu itu masih belum dikemas kini dalam sistem imigresen mereka.
Anda mungkin berminat dengan
Walaupun terpaksa menunggu lebih lama, beliau menganggap pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang menarik kerana menjadi antara rakyat Malaysia terawal menggunakan pasport versi baharu di London.
“Memang ambil masa sedikit sebab mereka belum pernah nampak pasport baharu Malaysia dalam sistem mereka.
“Tapi seronok juga dapat menjadi antara orang terawal menggunakannya di sini,” ujarnya.
Sumber: Threads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

