Jadi mak-mak memang risau bila anak tak nak makan nasi yang menjadi salah satu sumber karbohidrat ni. Walaupun macam-macam dah masak lauk untuk pancing selera anak makan, tetap tak nak juga. Macam mana badan nak naik dan membesar dengan sihat. Buat mak-mak yang hadapi masalah sama macam ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Zana Anazana ini. Nasi diolah menjadi nugget, pasti anak suka dan tertarik untuk makan.Malah kalau nasi tak habis pun, selain buat nasi goreng boleh juga buat resipi ini.
Berikut antara perkongsian resipi oleh beliau;
Anak langsung tak nak makan nasi macam-macam dah mama ni masak tetap tak nak makan,hari ni buat macam ni Alhamdulillah selera makan.
Nugget Nasi
Bahan-Bahan:
200gram Isi ayam
1 biji telur
5 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi
sedikit minyak masak
Kiub perasa ayam tanpa MSG (pilihan) boleh gantikan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri.
Ads
Cara Membuat:
1. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan sedikit minyak masak.
2.Setelah hancur, masukkan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit.
Ads
3.Setelah sejuk, potongkan adunan tersebut berbentuk kiub/ ikut pilihan bentuk yang suka.
4.Celupkan dengan telur dan boleh digoreng sehingga warna keperangan.
Ads
Siap!
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.Mak-mak tak perlu risau anak tak makan nasi lagi. Boleh cuba resipi ini.
Macam-macam hal dunia sekarang ni.Kejadian yang berlaku di Jember, Indonesia baru-baru ini, seorang suami dikatakan ‘baru tersedar’ isteri yang dikahwini selama ini merupakan seorang lelaki.
“Saya benar-benar terkejut. Sebelum ini biasa sahaja tetapi kalau benar dia lelaki tulen, saya akan ceraikan dia,” demikian reaksi awal si suami yang malu dan kecewa selepas mengetahui ‘wanita’ yang dikahwininya sejak Julai lalu sebenarnya adalah seorang lelaki, lapor Tribun Jabar.
M Fadholi, 21, berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Ayu Puji Astutik, 23, dalam satu majlis yang meriah pada 19 Julai lalu.
Perkahwinan mereka itu juga turut didaftarkan di Pejabat Urusan Agama (KUA) di Ajun selepas pasangan berkenaan mengemukakan borang berkahwin dan dokumen pengenalan diri.
Difahamkan, pasangan itu tinggal bersama di Dusun Plalangan, Desa Glagahwero. Ayu juga sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk sering hadir ke program yang dianjurkan oleh pihak masjid.
Jiran Rasa Curiga
Pada awal pernikahan pasangan itu, tiada apa yang mencurigakan. Bagaimanapun setelah memasuki bulan ketiga, jiran-jiran mula berasa curiga dan bertanyakan status Ayu. Perasaan curiga itu mula timbul apabila jiran-jiran mendengar suara Ayu yang kedengaran seperti suara lelaki. Akan tetapi, Fadholi tampil menjelaskan bahawa isterinya adalah wanita yang tulen.
Enggan berdiam diri, salah seorang jiran tampil membuat aduan kepada pihak KUA mengenai perkara itu. Pihak KUA yang terkejut dengan aduan itu, lalu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Pasangan itu kemudian ditahan. Ketika disoal siasat, Ayu mendakwa dia sememangnya dilahirkan sebagai perempuan, namun jantinanya berubah selepas berkahwin.
“Sumpah encik. Saya wanita asli, saya boleh membuktikannya. Saya memang sudah lama difitnah,” katanya.
Malangnya, polis tidak percaya dengan dakwaannya itu menyebabkan Ayu kemudian memberi penjelasan yang seterusnya.
‘Alat Sulit Tertukar’
“Saya memang dilahirkan sebagai wanita, saya berani bersumpah. Tidak lama selepas berkahwin dengan Fadholi, saya bermimpi ada telur jatuh dan makhluk halus. Apabila saya terjaga, saya dapati alat sulit saya bertukar,” katanya.
Setelah puas didesak, Ayu akhirnya mengakui bahawa dia telah memalsukan kad pengenalan dirinya semata-mata untuk berkahwin dengan Fadholi. Nama sebenar Ayu adalah Syaiful Bahri.
Dalam pengakuannya, Syaiful mengakui dia memiliki keinginan untuk membuat operasi pertukaran jantina tetapi terbantut kerana kos pembedahan itu di luar kemampuannya.
“Setelah saya menjadi begini, saya ada keinginan untuk menukar jantina dan mahu menjadi wanita. Oleh kerana tidak berkemampuan, akhirnya saya pasrah menunggu keajaiban,” katanya.
Palsukan Dokumen Perkahwinan
Sementara itu dalam laporan Jatim Times, Ketua Polis Daerah Jember, AKBP Kusworo Wibowo, berkata, siasatan mendapati pasangan berkenaan terbukti sengaja memalsukan dokumen-dokumen perkahwinan. Malah pengantin perempuan mengaku dirinya anak yatim piatu sehingga menggunakan khidmat orang lain untuk menjadi wali pernikahannya.
“Suspek yang mengaku sebagai wanita pada awalnya mengaku tidak mempunyai keluarga, tetapi siasatan mendapati keluarganya masih ada dan masih dapat dihubungi,” katanya.
Ekoran pengakuan itu, Pejabat Urusan Agama kini dalam proses menyiapkan dokumen bagi membatalkan perkahwinan pasangan songsang berkenaan.
Fadholi dan Syaiful Bahri kemudian ditahan dan akan didakwa atas perbuatan sengaja memalsukan dokumen diri, yang memperuntukkan hukuman penjara selama enam tahun. Selain itu mereka juga akan didakwa kerana membuat keterangan palsu dan bakal menerima hukuman penjara selama tujuh tahun.
Wanita melakukan aktiviti riadah seperti keluar berjoging dan bersukan mungkin dianggap biasa di negara kita dan kebanyakan negara lain. Namun tidak bagi negara yang mempunyai undang-undang yang ketat seperti Arab Saudi.Larangan peraturan ini tidak lagi berlaku di negara tersebut.
Ini kerana baru-baru ini,sekumpulan wanita di bandar Jeddah kelmarin meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan melaksanakan kebebasan baru yang diberikan kepada mereka iaitu hak untuk keluar berjoging.
Dengan memakai jubah yang disesuaikan untuk bersukan, wanita berkenaan bersorak kegembiraan ketika berlari di sepanjang lorong sambil diperhatikan pemilik kedai yang kebingungan.
Revolusi Wanita Arab Saudi
Walaupun kerajaan sudah memperkenalkan pendidikan jasmani kepada remaja perempuan tahun lalu dan mula memberikan lesen untuk mewujudkan kelab sukan wanita, tetapi masih ada juga yang kehairanan melihat wanita berkenaan berjoging di tempat awam.
“Ini adalah permulaan revolusi untuk wanita di Arab Saudi. Semuanya akan berubah untuk kami termasuk dalam pekerjaan, kehidupan dan masyarakat,” kata seorang peserta acara itu yang juga pelajar universiti, Sama Kinsara.
Wanita di negara ini mengalami perubahan besar selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman menarik beberapa sekatan utama ke atas hak mereka.
Wanita kini boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium, mengambil bahagian dalam acara sukan dan akan dibenarkan memandu kereta menjelang Julai depan.
Namun, Arab Saudi masih antara negara yang mempunyai undang-undang paling ketat untuk wanita di dunia.
Ini kerana tiada wanita yang dilantik menjadi menteri dan masih mengekalkan sistem yang mengharuskan wanita mendapatkan kebenaran mahram untuk membuat keputusan penting.
Tahniah buat wanita Arab Saudi diatas kebebasan dan hak yang diberikan untuk melakukan aktiviti sihat ditempat terbuka seperti wanita dinegara-negara lain.
Women cheer during a running event marking International Women’s Day in Old Jeddah, Saudi Arabia March 8, 2018. REUTERS/Faisal Al Nasser
Ini kes wanita bulu mata jatuh sekelip mata, tular baru-baru ini apabila mangsa yang konon nak sambung tetapi padahnya mengakibatkan bulu mata gugur satu persatu. Berhati-hatilah memilih tempat salon penyambungan bulu mata kerana apa yang terjadi kepada seorang wanita di Australia ini amat mengerikan.
Wanita itu masuk ke sebuah salon kecantikan di Perth berjumpa pemilik salon bernama Emma Dhanjal kerana terdesak ingin membuat penyambungan bulu mata sebelum hari jadinya tiba.
Namun lain pula jadinya, Emma amat terkejut melihat bulu mata wanita itu yang luruh satu persatu apabila dia cuba menyentuhnya menggunakan penyepit.
Emma turut memuat naik gambar bulu mata wanita itu yang rosak dan tercabut dan menasihati wanita di luar sana agar berhati-hati memilih individu yang melakukan penyambungan bulu mata.
“Dia inginkan bulu mata ketika hari jadinya tetapi saya tak boleh lakukan kerana dia sudah tiada bulu mata lagi.
“Bulu mata aslinya rosak teruk hasil khidmat sambungan bulu mata di tempat yang dipergi sebelum ini, ”kata pakar kecantikan itu lagi.
Katanya lagi pelanggannya itu turut mengalami bengkak pada kelopak mata wanita itu dan dia perlu segera berjumpa doktor kerana risiko dijangkiti kuman.
“Bulu mata diamungkin tidak akan jadi sama seperti asal lagi. Ini bulu mata paling teruk saya pernah lihat selama tujuh tahun dalam bidang ini.
“Jangan takut untuk melakukan penyambungan bulu mata tetapi pastikan anda melakukan kajian dahulu dan cari pakar kecantikan yang berkelayakan nescaya bulu mata akan bertahan bertahun-tahun tanpa putus,” kata Emma.
Perkongsian Emma menerusi Facebook berkenaan hal itu mendapatt perkongsian ramai dan netizen lain turut meluahkan pengalaman ngeri masing-masing ketika menyambung bulu mata.
Kredit gambar: Emmaculate Beauty
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...