Penyanyi yang berasal dari Perlis, Khai Bahar akui dirinya begitu rindu untuk berkongsi sambutan Ramadan, berbuka puasa dan melakukan solat Terawih bersama keluarga tersayang.
Khai yang baru saja tampil dengan album zikir berjudul Damba Ketenangan, sempena bulan Ramadan sememangnya terpaksa menerima hakikat tahun ini merupakan kali kedua disambut dalam norma baharu.
Khai Bahar Rindu Mahu Pulang Ke Kampung Halaman
“Disebabkan kita semua masih belum dibenarkan untuk merentas negeri, saya menyambut Ramadan bersama abang dan kakak ipar sahaja di Kuala Lumpur, sama seperti tahun lalu.
“Rindu nak berbuka puasa dengan keluarga di kampung, pergi bazar Ramadan dan berterawih bersama-sama.
“Teringin nak merasa kembali suasana seperti itu kerana ia merupakan rutin yang kita lakukan sejak kecil dan terhenti disebabkan pandemik sejak setahun lalu,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.
Sibuk Dengan Album Baru
Walaupun di dalam hatinya hanya Allah yang tahu kerinduan pada keluarga namun aktiviti seninya berjalan seperti biasa pada bulan Ramadan mengikut jadual dan perancangan yang telah diatur syarikat pengurusannya.
“Selepas banyak benda tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, alhamdulillah sekarang kita dapat sambung kembali kerja.
Ads
“Sepanjang Ramadan ini, aktiviti seni diteruskan macam biasa kerana jadual sudah ditetapkan dari awal oleh pihak pengurusan. Selain aktiviti promosi album zikir, saya juga akan sibuk dengan beberapa program TV untuk siaran Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.
Tangguh Aktiviti Bersama Peminat
Akui Khai tahun ini dia sedikit ralat apabila tidak dapat mengadakan aktiviti sempena bulan Ramadan bersama para peminat sebagaimana kebiasaan.
“Walaupun ada kelonggaran mengadakan aktiviti sosial dengan prosedur operasi standard (SOP), saya rasa perlu untuk menangguhkan dulu aktiviti bersama peminat.
“Memanglah seronok kalau dalam jumpa dan buat aktiviti macam dulu, tetapi keadaan ketika ini tidak mengizinkan,” luahnya,
Sumber: Sinar Plus
Sumber Foto: Instagram Khai Bahar
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Lumrah dalam kehidupan rumahtangga pasti ada pasang surutnya.
Padam Gambar Berdua
Baru enam bulan bergelar suami isteri, situasi rumah tangga pelakon popular, Fatin Afeefa dengan usahawan muda, Aliff Awang kini menjadi tanda tanya ramai apabila dilihat bertindak memadam gambar berdua daripada akaun media sosial masing-masing.
Fatin yang kini semakin sopan dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah April lalu bagaimanapun masih mengikuti suami menerusi Instagram, begitu juga dengan suaminya.
Percanggahan Idea
Difahamkan, situasi pelik tersebut bermula akibat ‘percanggahan’ idea suami isteri itu tentang pilihan atau penggunaan kereta mewah atau supercar, baru-baru ini.
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, 29, bukan sahaja dilihat angkuh melampau menggelarkan kereta bukan ‘supercar’ sebagai najis bahkan menghalau seorang pemilik kereta ‘biasa-biasa’ agar tidak berada di sebuah acara pertunjukan, baru-baru ini.
Sindir Suami
Fatin kemudian bertindak menyindir suaminya itu dengan memberi komen berbunyi: “Okey baru-baru ini ada satu video viral, seorang lelaki ini (suami sendiri) menghina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang secara asasnya, bukan (berstatus) supercar.
“Bagi saya tak patutlah, memang sangat tak patut. Terutama merendah-rendahkan pemilik kereta lain,” kata Fatin sebuah video TikTok.
Sehingga hari ini, tiada lagi gambar mesra Fatin dan Opai dalam Instagram masing-masing, sekali gus menebarkan spekulasi sama ada rumah tangga mereka sedang bergolak atau apa yang dipaparkan hanyalah publisiti demi karier masing-masing.
Allahu sungguh malang tidak berbau, seorang wanita parah ditikam anak lelakinya yang berusia 14 tahun ketika mangsa sedang tidur di rumahnya di Bukit Yong, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam dengan wanita berusia 41 tahun kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat kecederaan parah.
Pisau Tertusuk Dada
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, berkata kejadian berlaku ketika mangsa tidur bersama suspek di sebuah bilik sama sebelum tiba-tiba terasa sakit.
“Sejurus tersedar mangsa mendapati sebilah pisau tertusuk pada dadanya lantas memanggil suaminya yang sedang tidur di ruang tamu.
“Mangsa kemudian tidak sedarkan diri selepas mencabut sendiri pisau terbabit pada dadanya sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh oleh suaminya,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Gambar hiasan
Paru-Paru Bocor
Mohd Nor berkata, doktor memaklumkan kesan tikaman mengakibatkan paru-paru mangsa bocor sebelum dia dirujuk ke HUSM susulan kehilangan darah yang banyak.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati, mangsa ditikam suspek menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur rumah.
“Suspek yang juga anak ketiga dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Putih dikatakan mengalami demam sejak dua hari lalu dan memerlukan pemantauan daripada mangsa.
“Susulan kejadian itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya mengesahkan motif kejadian masih dalam siasatan.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat mangsa. Semoga diberi kesembuhan. Pasti ada sebab tersendiri anak remaja ini sanggup lakukan sedemikian. Doakan sahaja yang terbaik buat keluarga ini.
Kalau anda jenis kurang selera nak makan waktu sahur bolehlah cuba buat Sambal Kentang Puan Famyra Omar ini, rasanya pedas dan rangup pembuka selera.
Apa yang menarik, mak-mak boleh letak ikan bilis, kacang atau tempe kalau suka tetapi kalau nak buat kentang saja pun boleh. Dan pastikan letak dalam bekas kedap udara untuk tahan lama, ya. Nak lagi sedap pilih bilis yang mahal sikit, barulah rangup kruk krak kruk kraaakkk!
Bahan-bahannya:
4 biji kentang size besar
10 tangkai cili kering (boleh tambah) buang biji dan rebus
8 ulas bawang putih
1 sudu mkn udang kering rendam air panas, bila dah kembang toskan airnya
1 batang serai
5 helai daun limau purut hiris halus
4 sudu mkn gula pasir
Garam
Bawang goreng
Cara membuat:
Kentang disagat halus kemudian basuh hingga air basuhan jernih supaya tak melekat bila digoreng.
Toskan hingga kering.
Panaskan minyak yang banyak hingga betul-betul panas kemudian goreng kentang hingga garing keperangan (kacau 2-3 kali). Angkat dan toskan.
Cili kering, bawang putih, udang kering dan serai diblender guna sedikit minyak (JANGAN guna air) kemudian ditumis hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam, kecilkan api.
Masak hingga gula larut, masukkan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat, rasa masinnya kalau kurang tambahkan garam. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
Masukkan kentang goreng dan bawang goreng dan gaulkan dengan sambal hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup rapat.
NOTA:
Boleh makan dengan nasi putih panas-panas dan bubur nasi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah pilu kemalangan jalan raya di Machang, Kelantan apabila isteri hamil maut di tempat kejadian dan suami pula meninggal dunia selepas discharge. Dua anak kecil kini yatim piatu dalam sekelip mata.