Dalam ramai adik beradik, mesti akan ada salah seorang yang Allah lorongkan dia untuk tinggal dengan mak ayah tanpa kita sedar.
Itulah rezeki yang mungkin kita terlepas pandang. Dalam kesibukan adik beradik yang lain menguruskan hidup di luar, kadang balik sebulan sekali, dua minggu sekali, Allah hadirkan seorang untuk bersama dengan mak ayah, menjaga ketika mereka perlukan pertolongan.
Allah Maha Adil, peluang menjaga mak ayah adalah nikmat yang tidak ternilai.
Namun anak bongsu daripada 13 orang beradik, Puan Izyan Izdihar Shaarani ada pandangan tersendiri dalam hal ini. Sepatutnya adik beradik yang Allah rezekikan untuk boleh berada dekat dengan mak ayah tu janganlah timbulkan situasi seolah-olah hanya dia sahaja yang bertanggungjawab, orang yang terpaksa duduk jauh itu tidak. Yang kurang duit itu tidak. Yang kerjanya sibuk itu tidak.
Rezeki Yang Allah Lorongkan Tak Sama
Saya selalu ingatkan diri sendiri dan adik beradik saya yang rezeki ni Allah beri dalam macam-macam bentuk.
Ada yang Allah rezekikan tempat kerjanya dekat dengan mak ayah.
Boleh ulang alik jenguk ibu ayah. Sentiasa boleh berada di sisi mak ayah bila mereka memerlukan. Boleh ada di rumah ibu ayah setiap minggu. Ada orang sejak dari mula kerja Allah dah letakkan dia merantau jauh dari keluarga.
Ada orang yang Allah rezekikan jodohnya orang dekat.
Ads
Dalam kampung yang sama, dalam negeri yang sama. Jadi bila balik kampung boleh sahaja lawat keduanya. Kenduri kendara pun situ situ je. Asal cuti memang boleh ada sentiasa. Ada orang jodohnya utara selatan. Seberang lautan. Cuti yang sikit tu lah nak dibahagi dua. Masing-masing ada tanggungjawab juga kepada keluarga.
Ada yang Allah rezekikan masa.
Mungkin dia tak ada banyak duit, tapi dia punya masa yang fleksibel untuk membolehkan dia menjaga ibu dan ayah sepenuhnya. Mungkin kerjanya berniaga yang boleh sahaja bawa ibu ayah ke klinik pada bila-bila masa tanpa perlu hulur borang dan merayu pada bos agar diberi pelepasan semasa waktu bekerja. Ada orang masa dia sangat terhad. Allah uji dia dengan kehidupan yang sibuk dan hiruk pikuk. Sering keluar outstation bermingu minggu tinggalkan anak isteri. Masa yang ada sikit tu lah bergelut bahagi untuk anak anak, suami/isteri, ibu ayah sendiri dan mentua juga.
Ada yang Allah rezekikan kudrat.
Mungkin dia tak selalu boleh cuti, tapi sekali sekala dia ada, dia boleh angkat ibu ayah usung dukung apabila ibu ayah sudah tidak lagi boleh berjalan. Mungkin dia lah calon yang paling sesuai yang boleh temankan ibu ayah pergi umrah atau haji. Atau bawa ibu ayah pergi berjalan. Kalau anak perempuan, memang payah nak dukung ayah.
Ads
Ada yang Allah rezekikan dengan wang.
Mungkin dia duduk jauh, susah nak balik kerap. Nak balik perlu apply cuti. Itupun kalau bos bagi. Tunggu public holiday baru boleh balik dengan senang hati. Tapi dia tak lupa kirimkan wang pada ibu ayah. Dengan duit dia itulah adik beradik yang lain boleh bantu uruskan ibu ayah dengan kehidupan yang lebih selesa.
Adik Beradik Ada Bahagian Masing-masing
Jadi, bertolak ansur lah dengan adik beradik kita. Untung sangatlah kita jika Allah rezekikan kita dengan semua sekali; rezeki jarak yang dekat, jodoh yang dekat, masa, kudrat dan wang.
Tapi kebiasaannya Allah tak beri kita semua rezeki yang sama. Setiap kita ada bahagian bahagian nya. Jangan sebab kita tidak diuji dengan ujian yang Allah beri pada adik beradik kita yang lain, kita dabik dada macam kita ajelah anak yang berguna. Orang lain tak buat apa.
Bersyukurlah jika kita Allah beri ruang untuk berbakti dengan ibu ayah melebihi adik beradik kita yang lain. Lebih pahala untuk kita. Jangan pula kita tuduh macam-macam pada adik beradik yang di mata kita tak berbuat baik sebaik kita untuk ibu bapa.
Ads
Lebih jangan lagi kita reka reka prasangka kita sendiri sebab kenapa kononnya adik beradik kita yang lain itu tak ingat ibu bapa, tak nak berkorban untuk ibu bapa, tak nak pindah dekat dengan ibu bapa dengan cerita-cerita kita sendiri.
Walhal kita tidak pernah pun diuji seperti mana adik beradik kita yang lain diuji.
Buat Baik Biar Sembunyi
Pesanan wanita ini kepada rakan-rakan yang diuji, doakan sahajalah semoga apa jua salah tanggapan orang terhadap kita tu akan Allah tunjukkan kebenarannya suatu hari nanti.
Kalau susah sangat, beritahu aje lah depan depan, aah moga Allah uji dia pula dengan ujian yang sedang kita hadapi. Masa tu nanti baru dia faham semua ini.
Di penghujung patah perkataan, berbuat baik lah kepada ibu bapa sehabisnya dengan kemampuan masing-masing.
“Buat baik jangan sampai berbunyi.”
(Ini pesan mak yang memang akan ku ingat sampai mati)
Buat baik jangan sampai kata orang lain yang tak mampu buat macam kitatu tak baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan hanya memuji kejayaan, mak ayah kena lihat juga nilai diri anak sama ada mereka seorang yang rajin, mudah mendengar kata atau menghormati orang tua.
Nilai diri anak adalah lebih hebat daripada segalanya. Hargai dan sayangilah diri anak-anak seadanya.
Jangan Hanya Memuji Kejayaan
Kongsi Mohd Fhais Salim, pada anak jangan hanya memuji pada,
– kepandaian
– kehebatan
– kejayaan
– kekuatan
– kepetahan
Mak Ayah Kena Lihat Juga Nilai Diri Anak
Dia semata-mata. Tetapi lihat juga pada,
– kerajinan
– peramah
– tolak ansur
– budi bahasa
– ketekunan
– usaha
Sesungguhnya itulah nilai sebenar anak kita.
Nilai Anak Sebaiknya
Yang kita nampak dan puji selalu itu adalah result yang tercipta daripada nilai.
Risau, jika kita asyik puji pada result lama-kelamaan anak kita akan terpedaya.
Anak akan jadi attention seeker!
Puji result anak akan jadi taksub pada pujian tapi jika kita puji nilai, anak akan rasa dirinya sangat bernilai.
Nilai diri = self esteem
Self esteem yang tinggi akan buat anak jadi sangat pandai menghargai diri sendiri.
Orang cakap ayah kena tunjuk contoh yang baik terutamanya dalam ayah didik anak lelaki. Sebabnya, bila deasa nanti, anak akan ikut apa yang ayahnya buat pada mak dan dia pun akan sama lakukan pada bakal pasangannya nanti.
Sebenarnya ia memainkan peranan penting dalam memastikan ayah didik anak lelaki. Dari situlah anak akan melihat segala apa yang ayah buat pada ibunya dan segala baik buruk akan turut dilakukan oleh anaknya kelak.
Ini dari segi didikan untuk anak lelaki dan belum lagi tentang anak perempuan. Kelak, anak lelaki akan turut menjadi keluarga dan bakal memimpin keluarga sendiri.
Daripada perkongsian Dr. Redza Zainol, boleh dijadikan panduan buat bakal yang bergelar ayah terutamanya dalam ayah didik anak lelaki sebelum mereka meningkat dewasa. Dalam usia begini, anak mampu menerima, ingat dan meniru apa yang telah ayahnya lakukan. Paling penting kena tunjukkan kasih sayang pada setiap ahli keluarga.
5 Perkara Ayah Didik Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja
1. Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
2. Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya. Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
Kanak-kanak usia 2-5 tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”. Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tak menyakitkan.
Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tak selamat.
3. Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya. Walaupun tak sependapat, hujahnya tak menghina sesiapa.
Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita. Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.
4. Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
Kesilapan si ayah ialah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.
5. Anak lelaki belajar buat kerja rumah dari ayahnya.
Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.
Sejak 30 tahun yang lepas, semakin ramai ayah yang rapat dengan anaknya.
Hubungan anak lelaki dengan ayah sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan di isi dengan ketakutan.
MW: Walaupun ayah garang. Tapi cara yang dia didik itu membuatkan kita ingat, bukan saja tunjuk kasih sayang tapi turut mengajar berdisiplin dan menjadi anak yang berguna bila besar kelak.
Pihak polis terima aduan daripada penduduk bahawa ada bau kurang menyenangkan, wanita oku ditemui sebelah mayat ibu.
Sebelum menemui mayat warga emas ini, pihak berkuasa telah menerima aduan daripada penduduk setempat.
Terima Aduan Bau Kurang Menyenangkan
Polis menemui mayat seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Berjaya Kuala Pegang, Baling, kedah, semalam manakala seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dipercayai anaknya pula didapati lemah di sebelah jenazah itu.
Polis menerima aduan penduduk berhubung bau tidak menyenangkan pada jam 12.40 tengah hari dan menghantar anggota membuat pemeriksaan.
Wanita OKU Ditemui Sebelah Mayat Ibu
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, pihak polis menemui mayat warga emas itu yang dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61 manakala wanita OKU berusia 21 tahun itu didapati dalam keadaan lemah di sebelah jenazah.
Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai meninggal dunia lima hari lalu.
Polis juga menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Baling untuk tindakan lanjut berkaitan COVID-19.
Dihantar Ke Hospital
Shamsudin berkata, punca kematian belum diketahui dan remaja OKU itu juga dibawa ke Hospital Baling (HB) untuk rawatan lanjut.
“Jenazah telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk ujian COVID-19 dan mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang disebabkan terdapat sekatan merentas negeri, ramai anak-anak yang tidak dapat berjumpa mak ayah mereka di kampung. Sebenarnya bimbang berlaku di luar dugaan terutamanya mak ayah yang sudah uzur.
Pilih tema gothic vampire di hari sanding, pengantin akui peminat muzik metal. Sepasang pengantin menjadi tular di media sosial gara-gara memilih tema gothic vampire...