Susu ibu sangat banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi, buat tumbesaran bayi yang baru lahir dan dalam tempoh enam bulan pertama. Namun, bukan semua bayi bertuah dapat merasai air susu ibunya sendiri, atas pelbagai faktor tersendiri.
Doktor Aqilah Jadi Ibu Susuan
Atas rasa keibuan, seorang doktor mengambil keputusan untuk menjadi ibu susuan kepada bayi ajaib, Farah Hanis Fairol Haziri yang tidak pernah merasa setitik air susu ibu. Bayi itu kini yang berusia lebih tiga bulan sudah dua minggu menerima susu ibu oleh Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32, sekali gus menjadi ibu susuan bayi istimewa itu.
Dr Siti Nur Aqilah yang bertugas di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, di sini, berkata beliau tergerak hati untuk membantu Farah Hanis selepas mengetahui kisah bayi itu yang tidak sempat merasa susu ibu berikutan ibunya, Kamareeah Arwae, 36, yang koma sejak dari tempoh kehamilan lagi melalui akhbar.
“Saya menyuarakan hasrat itu kepada suami namun dia meminta saya bersabar seketika dan dalam masa yang sama saya turut berhubung dengan bapa Farah Hanis untuk meminta kebenarannya (memberi susu).
“Mengenangkan sudah dua bulan bayi itu hanya minum susu formula, hasrat saya dipersetujui dan bermula sejak dua minggu lalu, Farah Hanis sudah menjadi ‘anak perempuan’ saya,” katanya ketika ditemui selepas Program Hari Keluarga Penyusuan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 peringkat Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).
Ads
Beliau adalah antara 150 peserta yang menghadiri program berkenaan yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi HUSM, Prof Dr Mohd Imran Yusof.
Ibu Koma Ketika Hamil
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan melalui pembedahan selepas ibunya koma ketika hamil sejak Disember tahun lalu kerana menghidap ketumbuhan di kepala.
Dari seawal usia dua bulan dalam kandungan, bayi itu hanya bergantung pada susu dimasukkan melalui tiub dari leher ibu, Kamareeah yang koma selepas mengalami kejang dan sawan berikutan tumor semakin membesar.
Ads
Justeru, kelahiran Farah Hanis disifatkan satu ‘keajaiban’ kerana bayi berkenaan pada awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan susulan keadaan Kamareeah menjalani banyak proses rawatan ketika koma, termasuk imbasan yang boleh memberi kesan terhadap janin ketika itu.
Stok Susu Diberi Setiap Minggu
Dr Siti Nur Aqilah berkata, stok susu akan diberikan setiap minggu dan ahli keluarga bayi itu akan datang mengambilnya di rumah.
Beliau yang turut mempunyai seorang bayi berusia lima bulan berkata, Farah Hanis dapat menerima susu badannya dengan baik walaupun sudah dua bulan minum susu formula dan situasi itu dianggap kebetulan.
Ads
“Kulit Farah Hanis juga menunjukkan sedikit perubahan yang mana kini kelihatan lebih anjal dan gebu kerana khasiat susu badan itu sendiri memang sangat penting.
“Insya-Allah, saya akan terus membekalkan susu badan kepadanya sehingga mencapai satu usia yang sesuai untuk dilepaskan keperluan itu,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.
MW: Alhamdulillah, rezeki ‘bayi ajaib’ ini. Walaupun tidak pernah merasai setitik pun air susuan daripada ibu kandungnya sendiri, namun rezeki Farah Hanis mendapat khasiat susu ibu daripada ibu susuan. Semoga bayi ini membesar dengan sihat hendaknya.
Satu demi satu ujian hebat penyanyi Nora Ariffin hadapi. Apabila diperkatakan netizen tentang video tular mirip anak perempuannya yang bercium dengan seorang remaja lelaki. Menjawab persoalan itu, Nora mengakui sememangnya itu adalah anak perempuannya, Putri Nor Dahlia.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan. I admit, it is her.”
Sebagai ibu, Nora sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk mendidik, membimbing dan mendidik anak perempuannya itu. Malah memberi apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
Namun, sebagai manusia akuinya, dia tetap tak dapat lari dari melakukan kesilapan.
“Dia masih muda.. dan ada banyak ruang untuknya memperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan.”
Doa Nora agar anaknya itu dapat belajar dari kesilapannya dan menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan.
“I pray that she learn her lessons, be a better person and move on. In Shaa Allah.”
“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan buat masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing.”
Ujian Demi Ujian..
Sebelum ini, pelantun suara Di Persimpangan Dilema ini diuji kehilangan ibu mertuanya, Nora Abdullah yang meninggal pada pagi Rabu. Dan umum sedia maklum, biarpun arwah suami, Johan Nawawi sudah lama meninggal dunia malah anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia secara mengejut sekitar Disember lalu, tetap tidak mudah untuk Nora melalui getir episod kehilangan insan tersayang.
Dalam pada berdepan ujian hebat seorang ibu ini, Nora tetap menerima kata-kata semangat dan doa yang baik-baik daripada followernya agar dia terus kuat.
Sementara Putri, menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dirinya dipaksa.
“Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak. Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa. Saya tak sanggup nak tumbuk dia, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.
Ramai sedia maklum, selebriti Farah Lee ini memang fasih berbahasa Korea. Memandangkan di negara K Pop itulah juga Farah melanjutkan pengajiannya dulu. Dekat 5 tahun Farah Lee sambung belajar di sana. Kefasihan berbahasa Korea turut diterapkan pada satu-satunya permata hatinya, Maream Esabel, 4 tahun.
Disebabkan minat berbahasa mula didedahkan pada anak seawal 9 bulan, dalam usia 4 tahun ini Maream mula menunjukkan minatnya terhadap pelbagai bahasa. Malah ketika usia 2 tahun, Maream boleh faham bila orang Korea tanya umurnya ketika itu.
Bijak kan? Jadi mak ayah, Farah Lee bermurah hati berkongsi pengalaman bagaimana dia memupuk minat berbahasa pada puteri kecilnya itu sehingga umurnya sekarang 4 tahun. Menarik sungguh tip yang dikongsikan dari laman instagramnya ini.
Mulakan Dari Umur 9 Bulan
O: 이거는 머야.? (what’s this?)
M: 치즈 (cheese in Korean)
O: 영어로.? (in English.?)
M: Cheese.
O: 말레이어로.? (in Malay.?)
M: Ceek.
Anyway pada yang selalu tanya;
Farah start ajar (not like proper ajar but more to converse in Korean) since Maream baby – even dia belum pandai cakap, Farah memang selalu banyak cakap dan cerita dengan dia pepoyo dalam bahasa Korea.
Bila dia dah 9 bulan camtu, Farah start ajar few words yang senang-senang dan basic in all 3 languages sekaligus (bila rajin la) – Malay, English, Korean. Contoh macam dalam video ni (object), or macam Farah akan bagitau dia “tak boleh, cannot, 안돼요”..
Alhamdulillah nampak Maream takde pun confuse bahasa ke, speech delay ke — dia start cakap pun before umur setahun.
Bila Masuk Umur 2 Tahun
Masa umur 2 tahun dia faham banyak bahasa Korea (even masa pergi Korea, dia faham orang Korea tu tanya umur dia berapa dan dia boleh jawab), 3 tahun dia tak berminat sangat bila Farah cakap Korea dia suruh jangan cakap, now 4 tahun nampak dia berminat balik, sometimes dia akan tanya “Omma, ni dalam bahasa Korea apa.?”
Nampak juga dia minat bahasa-bahasa lain. Contoh bila dia dengar mandarin, tamil, dia akan stare kat orang tu dan teka dia tengah cakap bahasa apa.
Masa Terbaik Adalah Dari 6 Tahun Pertama Usia Anak
Itu jelah kot.? Ni bukan tips ya, ni personal experience, boleh apply kalau nak try tapi taktau menjadi ke tak kat anak korang. Kang ada pulak cakap pepoyo bajet bagus #pangkang
Tapi kalau nak ajar anak banyak bahasa, first 6 years ni memang masa terbaik, brain dorang akan lebih mudah absorb. Even dorang lupa pun, nanti bila besar akan senang recall bila dorang belajar balik.
Multilingual pun salah satu cara untuk tinggikan self-esteem. Try la, just jangan paksa if anak tak berminat. But encourage.? Please do.
18 Tahun Cuba Dapat Lesen Memandu, Akhirnya Lulus Percubaan Kali Ke-960! Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, setiap usaha adalah tangga kejayaan. Paling penting tidak berputus asa dan mudah menyerah kalah.
Percubaan Kali Ke-960
Seorang wanita di Korea Selatan ini sewajarnya menjadi inspirasi ramai. Warga emas ini akhirnya lulus ujian memandu pada percubaan kali ke-960 selepas membayar lebih £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesennya, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama, dia terus mengambilnya semula pada setiap hari dalam lima hari seminggu selama tiga tahun.
Selepas 780 percubaan, Sa-soon mengambil hanya dua kali ujian bertulis dalam seminggu sehingga dia akhirnya lulus dan perlu meneruskan ujian praktikal latihan memandu.
Sa-soon lulus ujian memandu selepas mencuba 10 kali. In bermakna dia telah melalui 960 peperiksaan secara keseluruhan sebelum akhirnya mendapat lesen.
Lesen Kenderaan Untuk Perniagaan Sayuran
Wanita itu enggan berputus asa kerana dia memerlukan lesen kenderaan untuk memudahkan perniagaan sayur-sayurannya.
Menurut laporan, Sa-soon membelanjakan hampir £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesen memandu.
Guru memandunya di Sekolah Memandu Jeonbuk berkata, dia berasa lega apabila Sa-soon akhirnya mendapat lesen.
“Apabila dia akhirnya mendapat lesen, kami semua keluar sambil bersorak dan memeluknya serta memberinya bunga.
“Rasanya seperti beban besar dialihkan dari belakang kami. Kami tidak berani untuk menyuruhnya berhenti kerana dia terus muncul,” katanya.
Muncul Dalam Iklan Hyundai
Disebabkan beberapa percubaannya mengambil ujian memandu, Sa-soon menjadi selebriti negara dan muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai.
Hyundai malah menghadiahkan Sa-soon sebuah kenderaan baharu berharga hampir £11,640 (RM63,117).
Mingguan Wanita:Tahniah buat nenek ini atas kejayaan mendapat lesen memandu. Paling penting tak pernah berputus asa dan berusaha sehingga berjaya walaupun memakan tempoh masa yang lama hampir 18 tahun dan cubaan sebanyak 960 kali!.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...