Sebaik anak masuk sekolah selepas raya, dah tentu ada hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengadakan jamuan raya. Masa ini, mulalah mak-mak pening nak masak apa ye.
Jamuan raya kat sekolah, memang akan diadakan tiap-tiap tahun bagi meraikan anak-anak sekolah sambut hari raya di sekolah pula. Dah tentu anak seronok dengan berpakaian lengkap hari raya dan dah tentu pelbagai makanan yang dibawa.
Keadaan sekarang mungkin agak mudah sebab ada grup watsap mak ayah dengan kelas, Sebut saja ada jamuan hari raya pasti ada senarai makanan yang anak-anak bawa nanti. Senarai ini supaya tidak ada bawa makanan yang sama.
Bukan saja elak pembaziran tapi juga anak-anak boleh merasa serba sedikit makanan yang berbeza dan macam-macam. Tapi yang pening, mak-maklah nak masak apa untuk anak bawa nanti ye.
Ads
Apa kata, buat resipi ini khas untuk kelas anak-anak. Paling senang, masukkan dalam bekas siap-siap. Tak adalah pembaziran. Anak tak sempat makan boleh ‘tapau’ bawa balik ke rumah nanti.
Ikuti perkongsian daripada Nurul Hawa Nadila Sari yang menyediakan sprila goreng, 4 bungkus untuk 40 murid.
Jamuan raya kelas anak semalam dlm 40org makan saya pakai spiral 4 bungkus dan code bekas SQ350.
Cara Membuat:
1. Tumis bawang holland, bawang putih dengan minyak zaitun sampai garing.
2. Kemudian masukkan ayam kisar, sosej & kiub ayam. Masak sehingga empuk
3. Akhir sekali masukkan spiral oregano, blackpepper, garam & serbuk perasa.
4. Kacau sebati dan siap.
Mingguan Wanita : idea yang bagus untuk mak-ak buat kat anak nanti. Tak adalah pening fikir nak masak apa kan.
Biasanya walau secanggih dan sehebat mana pun perkakasan dapur, ‘kuali legend’, kuali lama juga lah yang menjadi pilihan mak-mak untuk memasak. Mungkin ‘magisnya’ kuali lama, masakan simple pun menjadi lebih sedap bila masak menggunakan kuali ini.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali hebat dan gemar memasak di dapur. Pelbagai resipi kerap dikongsikan didalam instagram khas aitangan_tunkuazizah yang sering menjadi rujukan buat followersnya.
Baru-baru ini, tuanku ada kongsikan resipi simple, Nasi Goreng Mentega Berlada air tangan baginda sendiri. Namun perkara yang turut mencuri perhatian followers tuanku ialah, kesederhanaan baginda yang memasak menggunakan ‘kuali legend’ ini. Malah tidak membazir dengan menggunakan lebihan isi ikan goreng yang tak habis.
Menurut tuanku lagi, Nasi goreng ini biasa dimakan baginda sejak dari kecil. Begitu juga abang baginda, DYYM Sultan Johor, Sultan Ibrahim turut santap hidangan ini.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh baginda Raja Permaisuri Agong.
Bahan-Bahan:
Lada Hidup (Cili Merah) dikisar/tumbuk
4 Biji Telur
Mentega
Isi Ikan goreng (dipecah-pecahkan)
Nasi putih
Garam Halus
Cara Membuat:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan biarkan cair.
2. Masukkan cili hidup yang telah ditumbuk dengan garam kasar dan goreng sekejap sehingga garing.
3. Masukkan pula 4 biji telur biarkan berketul-ketul besar.
4. Tambah bahan rencah seperti lebihan ikan goreng.
5. Masukkan pula nasi putih, perlahankan api dan kacau sekata.
6. Perasakan dengan garam halus dan kacau lagi.
Siap!
Menurut tuanku lagi, sebarang rencah boleh dimasukkan dalam Nasi Goreng baik ikan goreng, ayam goreng, daging goreng, kambing dan sebagainya.
Namun demikian, jika tiada rencah pun tak mengapa, malah jika tak letak lada pun boleh.
MW: Walaupun simple je menu nasi goreng ni, kesederhanaan tuanku memasak sendiri menggunakan ‘kuali legend’ dan lebihan ikan goreng, menjadikan ia hidangan ini nampak luarbiasa sedapnya.
Peria goreng ranggup, boleh ralit bila makan sambil menonton televiyen. Satu botol pun boleh habis, rasa pahit sikit-sikit itulah ubatnya.
Rupanya nak buat ini tak susah pun. Biasa kalau nak goreng mesti ada tepujng khas atau tepung buat sendiri. Sekarang, nak mudah boleh saja guna tepung bestari.
Boleh dikatakan tepung bestari ini boleh goreng macam-macam bukan setakat ayam saja ye.
Kali ini perkongsian daripada Ruzie Gee untuk resipi peria goreng ranggup ini cukup mudah, hanya guna tepung bestari saja. (nak beli yang murah boleh cari kat sini: https://invol.co/clgz07i)
1. Sagat peria nipis-nipis. Bagi resipi ini sesuai guna peria katak. Kemudian rendam dengan air garam selama 15 minit untuk hilangkan rasa pahit. Selepas itu, toskan.
2. Selepas itu ambil peria yang sudah ditoskan dan gaul dalam tepung sehingga sekata.
3. Kemudian masukkan dalam tapisan, tapis lebihan tepung. Jangan terlalu tebal sangat tepung yang disalutkan dengan peria. Selepas itu, goreng dengan minyak yang betul-betul panas hingga garing.
4. Contoh peria ranggup tak pedas yang menggunakan tepung bestari original.
5. Ini pula, peria pedas guna tepung bestari spicy.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Sedap sangat ni, kalau nak buat jual pun boleh sangat. Buat duit tepi mak-mak.
Mak-mak yang dalam program diet lebih berhati-hati memilih jenis makanan yang sesuai. Bimbang salah ambil boleh sebabkan kegagalan usaha nak kuruskan badan. Resepi ini sesuai untuk anda, sebabnya ia tak perlu digoreng dengan minyak
Ini perkongsian dari FB Puan Liza Love Emran yang diambilnya dari youtube dan diolah dengan menambah daun bawang agar wangi.
Katanya, “Resepi ini sesuai untuk Diet Atkins, Lowcarb, carb-cycling dan Eat Clean Diet‘
Ayam Bakar Bersumbat Bayam Dan Keju
(Baked Chicken With Spinach And Cheese)
Bahan-bahan (Untuk Seketul Dada Ayam)
Secekak daun baby bayam
Sepokok kecil daun bawang
1 1/2 keping keju cheddar
1/2 sudu kecil mentega
Secubit garam dan lada sulah (sebagai perisa)
Nota: Opps lupa.. seketul dada ayam tanpa kulit
Cara Membuat
1. Celur daun bayam sekejap. Dah layu cepat-cepat angkat dan bilas dengan air sejuk. Perah airnya. Potong-potong supaya hancur.
2. Hiris kecil daun bawang.
3. Koyakkan keju kecil-kecil.
4. Gaul semua bahan kecuali ayam. Simpan di dalam peti sejuk 20 minit.
5. Dada ayam dibuat poket. Caranya ialah cucuk mata pisau di tepi sisi dada ayam gerakkan mata pisau di dalam isi ayam hingga membentuk poket. Kalau tak tahu boleh belah dada ayam menjadi bentuk butterfly (kena pin dengan chopstick lepas dah letak inti).
6. Ambil inti yang di dalam peti sejuk tadi dan sumbat ke dalam dada ayam.
7. Bahagian luar dada ayam bolehlah diperap sebentar dengan garam, lada sulah, atau serbuk kari, atau rempah cajun atau apa-apa perapan kesukaan anda.
8. Grill sebentar (hingga berwarna perang coklat) kedua-dua bahagian dada ayam di dalam grillpan beroles butter.
9. Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...