Somtam mangga antara menu pelengkap yang menjadi pembuka selera di samping dengan lauk pauk yang lain. Kalau anda ada banyak stok mangga dan tidak tahu hendak buat apa dengan mangga-mangga tersebut, bolehlah cuba buat somtam mangga.
Mudah sangat nak buatnya dan bahan yang diperlukan hanya lima bahan sahaja. Boleh cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Ameera ini. Pasti menjadi dan rasa pun macam makan di restoran tomyam.
Resipi Somtam Mangga, Cukup Rasa Masam & Manis
RESIPI SOMTAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
4 biji mangga
Sedikit udang kering (saiz kecil)
1 biji bawang merah
5 biji cili padi
Sos Thail (secukupnya)
Hanya Guna Lima Bahan
CARA MEMBUAT:
1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah.
Ads
2. Masukkan udang kecil.
3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.
Ads
4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut cita rasa masing-masing.
5. Masukkan sos Thai. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.
Ads
6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Resipi Asam Pedas Ikan Kerisi, Menu Kampung Yang Buat Kita Makan Bertambah-tambah
Asam pedas ikan kerisi memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan masin, sambal mangga dan ulam-ulaman. Memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh juga menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin.
Jika nak guna ikan kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.
Kunjungan ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak menikmati menu nasi kandar kuah banjir di restoran Hameediyah yang cukup popular di negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu. Nampaknya, anda tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk menikmati menu kegemaran anda apabila ia membuka cawangan terbaharu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lari dari konsep klasik, kali ini ia dinaik taraf kepada konsep bistro yang lebih elegan dan menarik.
Pembukaan cawangan kelima itu dilihat lebih premium dan dekorasi setiap tingkat juga mengetengahkan elemen berbeza. Menurut pemilik restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, konsep ini dibawa bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar dan dipenuhi dengan pengunjung terutamanya pelancong asing. Muhammad Riyaaz merupakan Pengarah Hameediyah Sdn Bhd yang juga adalah generasi ketujuh dari pelopor restoran ini. Ini sekaligus merupakan pelaburan bijak Kumpulan Hameediyah untuk memodenkan perniagaan nasi kandar yang merupakan makanan jalanan ke tahap yang lebih tinggi.
Rantaian restoran Hameediyah bermula pada tahun 1907. Konsep “Nasi Kandar” pertama kali diperkenalkan ke bahagian dunia ini oleh imigran Tamil-Muslim dari India, yang dikenali sebagai The Rawthers. Hari ini, Hameediyah merupakan jenama yang menyajikan pelbagai jenis kari dan hidangan berempah di seluruh Malaysia.
Rantaian Hameediyah mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Hameediyah Bistro di Ampang, Kuala Lumpur dan yang baru dilancarkan ini, Hameediyah Nasi Kandar – Multi Concept Dining, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sejak tahun 2015, pemilik generasi ke-7 Hameediyah Penang telah memutuskan untuk melibatkan syarikat konsultansi hospitaliti IDD a Atelier, untuk menyemai semula Hameediyah 1907 di Campbell Street Penang, kepada rupa asal dan rasa tahun 1907 untuk menampilkan rupa klasik tetapi dengan kemudahan moden untuk memenuhi tuntutan pelanggan masa kini.
Pada bulan Ogos 2018, Hameediyah Bistro telah ditubuhkan di Ampang, Kuala Lumpur. Nanoo, Penasihat IDD a Atelier telah mengangkat makanan jalanan ke tahap baru dalam Makanan Moden.
Konsep Bistro Diterima Pelanggan
Beliau mencipta satu lagi konsep untuk meningkatkan pengalaman makan Nasi Kandar dengan restoran bergaya Bistro, di mana seseorang dapat menikmati Café Latte atau Teh Tarik dengan sepinggan Nasi Kandar.
Restoran empat tingkat itu memberi pelanggan pilihan untuk duduk di mana-mana sahaja sama ada bistro di tingkat 1 dengan suasana mamak atau galeri yang berada di tingkat 2. Konsep Bistro menjadi kejayaan segera dengan mengekalkan rasa yang sama seperti di Penang. Semua rempah digiling di Georgetown, Penang dan dihantar ke Ampang, mengekalkan dan mencipta semula resipi yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan asing.
Ketika kunjungan penulis ke sini baru-baru ini, terasa seperti sedang makan dalam muzium kerana Hameediyah Bukit Bintang meletakkan koleksi barangan asal ketika jenama ini mula berniaga. Selain itu, dinding-dinding juga dihias cantik dengan lukisan kenangan mereka ketika berniaga dulu.
Selain itu, menu-menu di sini masih mengekalkan keaslian dari negeri Pulau Mutiara namun ada beberapa menu baharu diperkenalkan sebagai signature baharu buat Hameediyah.
Antaranya rendang ayam, kari itik, lamb shank dan ayam turki (piru). Tidak ketinggalan menu sotong viral, ayam bawang, ketam serta mi goreng antara menu yang sering mendapat perhatian ramai. Restoran Hameediyah Multi Concept Bukit Bintang turut dibuka untuk sebarang acara atau majlis keramaian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Agar-agar Milo Serbuk & Kotak, Mewah Betul Rasa Coklat
Milo cukup terkenal dengan tagline, ‘Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat.’ Bermacam-macam resipi boleh dihasilkan menggunakan Milo salah satunya ialah agar-agar Milo.
Resipi agar-agar Milo ini cukup menarik untuk dicuba kerana hanya dengan empat bahan sahaja, kita boleh hasilkan seloyang pencuci mulut yang lazat. Anak-anak mesti suka makan terutama apabila dihidangkan sejuk-sejuk.
Jom kita cuba resipi agar-agar Milo seperti yang dikongsikan oleh Ayu Mashrudin ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kotak air Milo (1 liter)
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar gula
3 sudu besar Milo
CARA MEMBUAT:
1. Masak semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Tuang dalam acuan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. Hidangkan.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan