Satay ayam, hidangan yang paling senang dan mudah bila ada tetamu datang. Tak perlu nak fikir, hanya order saja. Tapi harga untuk satu batang pun boleh tahan juga dengan kenaikan harga barang sekarang ini.
Biasanya kalau satay mesti ingat hari raya. Hidangan yang mesti ada sebagai salah satu pelengkap bersama nasi impit dan kuah kacang. Tapi, sekarang tak perlu tunggu hari raya, bila-bila saja boleh menikmatinya.
Harga untuk satay ayam pun boleh tahan juga. Nak senang, boleh cuba buat sendiri. Tak adalah susah pun, yang penting jangan derhaka pada resipinya. Lagi sedap dari yang dijual nanti.
Memang puas hati bila buat sendiri satay ayam. Makan macam tu pun dak ok dan tak perlu kuah kacang pun.
Nak mudah buat sendiri, satu ekor ayam dah dapat 40 cucuk. Saiznya pun besar-besar.
Bahan:
1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci dan toskan)
(kulit ayam jangan buang ye, potong kecil dan perapkan sekali isi ayam)
Ads
Bahan kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
(satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit air)
Bahan Perap:
2 keping gula melaka (potong kecil-kecil dan hiris)
1 1/2 cawan gula (kena manis, baru sedap)
2 sudu kecil garam
4 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk jintan manis
Cara membuat:
Ads
1. Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan kisar dan bahan perap.
2. Gaul sebati dan bolehlah tambah bahan perasa. Garam dan gula.
3. Perap semalaman untuk rasa lagi sedap dan simpan dalam bekas tertutup. (Jangan simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku)
4. Bila dah perap, barulah cucuk.
5. Nak sedap, selitkan dengan kulit ayam bahagian tengah. Lebihan perapan tadi. Ambil sedikit dan letak dalam mangkuk kecil. Tambahkan sedikit minyak masak. Renjiskan semasa bakar dengan guna 1 batang serai yang telah diketuk hujungnya.
6. Bakar 5 minit dah masak sebab perap semalaman.
Ads
7. Semasa membakar, renjiskan dengan bahan renjis supaya satay basah. Boleh makan tanpa kuah kacang pun dah sedap. Cukup rasa.
Mingguan Wanita: Bolehlah buat sendiri. Bahan digunakan pun bahan yang selalu mak-mak masak.
Sedapnya makan puding buah sejuk-sejuk. Inilah salah satu pencuci mulut yang sangat disukai oleh sesiapa saja. Cara nak buat? Tak adalah susah sangat.
Kali ini, Muhammad Ali berkongsi cara membuat puding buah. Katanya, ini adalah resipi dari emaknya sendiri. Paling penting, bahan nak buat pun senang nak cari dan caranya pun mudah sangat.
Satu adunan akan dapat loyang 8 x 8 inci petak tapi dalam gambar ni sebab tak ada loyang tersebut jadi pakai loyang 7 x 4 inci + 1 bekas sq1500
Bahan – Bahan
30 gm agar-agar tali (nak pakai jenis serbuk pun boleh. Sukatan sama sahaja)
1 + 1/4 cawan gula
1 tin buah campur
1 tin susu cair
2’sudu besar tepung kastad di bancuh dgn sedikit air
4 biji telur gred B
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla
.
Cara Membuatnya:
1. Agar-agar dibasuh dan masak dengan 7 cawan air . Bila dah cair masukkan gula dan masak hingga gula larut
2. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kepuk-kepuk manja dan curahkan ke dalam susu cair bersama-sama tepung kastad yang sudah dibancuh. Selepas dah curahkan dalam susu cair gaul dulu dalam seminit dan masukkan dalam periuk bersama air buah. Api sederhana
Kacau hingga mendidih tanpa gagal.
3. Selepas itu bila dah mendidih masukkan buah campur, esen vanila & garam.
4. Setelah 2-3 minit tutup api. Angkat dan tuang dalam loyang . Selepas 10-15 minit baru masukan dalam peti. Biarkan set dalam 2-3 jam sahaja dan terus boleh makan
Nak pakai buah potong ikut citarasa hampa pun boleh. Tak ade masalah.
Selamat Mencuba semua! Boleh buat sebagai pencuci mulut juga. Semoga bermanfaat resepi mak saya ini. Insya Allah
Bila air agar agar tali dah larut boleh masukan air buah dulu . Airnya sahaja dulu tau
Kacau sebati baru masukan atas api tadi
Dah mendidih masukan buah dia dulu. Kacau 2-3 minit atas api then off api
Terus masukan dalam Loyang
Lepas dah tuang biarkan kejap dalam 10-15 minit baru masukan dalam peti/ chiller selama 2-3 jam
Dah siap boleh makan! Selamat mencuba semua!
Mingguan Wanita : Makan sejuk-sejuk memang sedap. Boleh buat jual lagi.
Colek buah kantan ini hidangan unik. Ramai yang tak kenal buah kantan berbanding bunga kantan yang lebih laku keras dan glamor di kalangan penggemar laksa.
Rupanya pada pokok kantan ini, ada buah kantan yang sedap dinikmati jika tahu caranya. Mana hendak mencari buah kantan ini.
Pada bunga kantan yang tidak petik atau diambil, bunga kantan yang dibiarkan tadi akan menghasilkan buah. Dan buah kantan ini boleh dimakan mentah, tetapi perlu dikupas kulitnya untuk mendapatkan isi.
Rasanya sedikit masam, sebab itulah bila dibuat colek kesedapannya terserlah. Siti Khadijah Binti Mohammad berkongsi resepi colek buah kantan yang mudah untuk dibuat.
*Sukatannya ikut pada citarasa anda. Kata Siti Khadijah, sukatannya agak-agak saja. Kalau mak mentua saya, dia suka makan dengan budu.
Caranya
Satukan kesemua bahan di atas dan tumbuk dalam lesung batu sampai lumat.
Gaulkan dalam buah kantan yang telah siap dikupas.
Mengupas buah kantan ini pun mengambil masa satu jam. Kulit buah kantan ini agak keras. Jadi memang akan ambil masa untuk mengopeknya.
Buah Kantan Lebih Terkenal Di Sabah Dan Sarawak
Ketika Siti Khadijah berkongsikan gambar colek buah kantan ini, ramai juga yang tidak mengetahui kewujudannya. Malah, ada yang baru pertama kali melihatnya.
Bagaimana pun, hasil pencarian di internet mendapati buah kantan ini terkenal di pasar-pasar tamu Sabah dan Sarawak.
Malah, harga nya juga murah.
Penggemarnya menjadikan buah kantan ini sebagai ulam yang kemudian dimakan dengan nasi panas. Selain, dijadikan colek ada juga yang menjadikannya sambal.
Jika anda penggemar bunga kantan dalam laksa, insyaAllah buah kantan ini antara hidangan unik yang boleh dicuba.
Sesiapa yang mahu mencuba itu, boleh saja membeli secara online. Lainlah kalau ada pokok kantan yang berbunga. Bolehlah biarkan dan jadikan buah kantan di pokok.
Sedapnya dapat makan soto ayam kuah sup pekat yang siap ada bergedil ayam dan sambal kicap. Fuh! Mesti tak cukup makan sepinggan.
Resipi dan cara lengkap masak soto ayam beserta bergedil ayam dan sambal kicap ini tidak rugi untuk dipelajari.
Senang untuk buatnya kerana setiap langkah demi langkah disertakan dengan gambar-gambar cara memasaknya.
Boleh Cuba Buat Resipi Soto Ayam Dan Bergedil Ayam Siap Dengan Sambal Kicap Perkongsian Sharla Rose.
“Anak-anak request, ummi nak makan kuah sup yang letak nasi kotak kotak tu. Tanya punya tanya… owhhh soto ayam rupanya… Nak sebut soto tu lupa agaknya namanya. Sambil-sambil tu saya share sekali resipi soto kuah pekat ni ya.”
Resipi Dan Cara Buat Soto Ayam Bersama Bergedil Ayam
Bahan-Bahan Sup Soto Ayam
Bahan-bahan sup soto ayam
Bawang merah 1 biji + bawang holland 2 biji
Bawang putih 6 biji
Serai 2 batang
Akar daun sup (dibersihkan)
Halia 1 inci
Serbuk kurma 1 paket
Rempah sup 1 paket
Kiub pati ayam
Sup bunjut (sup tulang)
Bahagian isi ayam untuk isi ayam carik
Bahagian tulang diasingkan untuk sup
Bahan Untuk Kisar
Bawang merah 1 biji
Bawang holland 2 biji
Halia 1 inci
Bawang putih 5 biji
Rempah kurma + rempah sup (tumis)
Cara Buat Sup Soto Ayam
Cara buat sup ayam
1-Pertama sekali, tumis sup bunjut bersama kawan-kawannya. Masukkan bahan blend/ kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian, masukkan rempah kurma + rempah sup, serai yang diketuk, dan akar daun sup. Tumis hingga pecah minyak dan sedikit garing.
Cara buat sup ayam
2-Masukkan semua ayam. Kacau hingga ayam sebati dengan bahan tumis. Masukkan air setakat kuantiti yang kita nak. Biarkan ayam direbus bersama sup hingga masak. Dah mendidih, masukkan kiub ayam. Masukkan bahan perasa garam & cukup rasa.
Cara buat sup ayam
3-Bila ayam semua dah masak, keluarkan ayam yang untuk dicarik sahaja (yang isi sahaja )yang tulang dibiarkan dalam sup. Tabur kan sedikit daun sup + daun bawang.
4-Ayam isi yang dikeluarkan dari sup, saya suka goreng sikit sebab suka isinya garing garing sikit. Siap digoreng. biarkan sejuk, boleh la dicarik-carikkan.
Kicap
Cili padi
Bawang putih
Bawang goreng (goreng sendiri)
Cara Buat Sambal Kicap
1-Goreng sekejap cili padi dan bawang putih hingga layu. Dah siap goreng. Boleh blend/kisar semua bahan yang digoreng tadi, termasuk kicap. Boleh tambah sedikit perasa ikut citarasa.
Bahan-Bahan Bergedil Ayam
Bahan bergedil dan bahan hiasan lain
8 biji kentang (direbus dan dilenyek)
Isi ayam (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dicincang)
1 biji cili merah (dicincang)
Daun sup + daun bawang (dicincang)
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam/sedap rasa
Bahan Hiasan Lain.
Kacang digoreng hingga garing
Suhun digoreng (tak perlu basuh suhun)
Taugeh dicelur seketika
Cara Buat Bergedil Ayam
Cara buat bergedil ayam
1-Kentang untuk dilenyek halus. Gaul semua bahan. Tambah perasa secukup rasa. Dan
buat bulat-bulat.
Cara buat bergedil ayam
2- Pecahkan telur 2 biji untuk salut bergedil yang nak digoreng. Biarkan kuali betul-betul panas, minyak sedikit sahaja, agak-agak separuh dari bergedil sahaja. Goreng dalam api sederhana.
Bahan-Bahan Hiasan Soto Ayam
Nasi impit
Taugeh
Daun sup + daun bawang
Isi ayam yang dicarik
Suhun goreng
Kacang goreng
Bergedil ayam
Sambal kicap
Soto Ayam lengkap dengan bahan-bahan hiasan
MW: Bolehlah cuba buat hidangan makan tengah hari atau malam untuk keluarga. Siap semua cukup.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.