Ada ketikanya sesuatu masakan mempunyai cerita tersendiri dan memori manis untuk dikenang. Lebih-lebih lagi masakan air tangan daripada mak ayah sendiri.
Nampak sungguh sedap dan menyelerakan lauk kegemaran arwah ayah Puan Norisma Miskan ini.Walaupun resipi simple seperti Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, nikmat kesedapannya tak dapat dinikmati di mana-mana. Ini kerana dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang buat anak tersayang.
Bahan-bahan yang digunakan tak banyak malah paling penting nak buat pun senang.
Alkisahnya..dah lama teringin nak makan sambal favourite arwah abah. Hari ni baru berkesempatan untuk masak Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera.
Bahan-Bahannya : (*Dihiris)
20 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin –
*Saye guna ikan kurau, kalau ade ikan pari masin lagi best.
1. Mula-mula goreng ikan masin sampai masak.Selepas tu angkat.
2. Guna minyak yang sama, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
3. Masukkan petai, tumis sekejap.
Ads
4. Lepas tu masukkan daun kunyit dan serai hiris…tumis sampai layu.
5. Masukkan ikan masin dan asam keping…gaul bagi rata.
6. Masukkan air sikit, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Bagi mendidih jap. Time ni kalau nak letak tempoyak pun boleh, letak dalam 2 sudu besar. Memang meletups sedap!.
Mingguan Wanita : Boleh cuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai yang dikongsikan ini. Lauk simple tapi boleh buat makan bertambah-tambah.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan senang dibuat.
Nak buat sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama ada caranya. Sambal tumis ni memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.
Rahsia nak buat sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama ini merupakan perkongsian ilmu oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.
1.Warna Sambal Cantik
Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.
Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.
2.Sambal Sedap
Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.
3.Sambal Tahan Lama
Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis. Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Selain itu, antara petua lain yang boleh dicuba:
Kisar Minyak
Cili kering yang direbus dengan air panas hendaklah dikisar dengan minyak masak. Ini menjadikan sambal lebih cepat ditumis dan rasanya juga lebih enak.Malah tekstur sambal juga menjadi lebih halus dan sempurna.
Elak Air Banyak
Ketika menumis sambal, elak memasukkan air yang banyak kerana ia akan hanya membuatkan sambal lambat masak. Malah sambal juga dikatakan tidak tahan lama. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jika inginkan kuah berlebihan, tambahlah kemudiannya.
Guna Gula Melaka
Mungkin resipi ini sudah biasa bagi masyarakat sebelah pantai timur. Memasukkan nisan atau gula melaka juga gula kabung adalah cara untuk menaikkan rasa lebih lemak pada sambal.
Buat Sendiri Pes Cili Kisar
Asas membuat sambal yang enak haruslah menggunakan cili kering yang dikisar sendiri.Elakkan sama sekali cili pes segera yang dijual di kedai. Pes segera biasanya sudah ditambal dengan beraneka bahan lain sehingga hilang keasliannnya. Jadi pastikan cili kering sentiasa ada dalam stok di rumah.
Selamat Mencuba!
Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah sahaja hendak buat sandwich telur. Paling penting kena ada roti dan bahan-bahan isinya. Setelah siap, bolehlah hidangkan sandwich telur ini untuk keluarga.
Kalau nak jual dan buat berniaga pun boleh. Laris jualan.
Banyak versi resipi dan cara buat sandwich telur ini. Kalau ada yang teringin nak buat sandwich telur yang dicampur dengan sosej bolehlah buat ikut resipi berikut.
Boleh Cuba Buat Sandwich Telur Yang Dikongsikan Oleh Zaky Mat Ali ini.
Resipi Sandwich Telur
“Saya ikhlas berkongsi resipi ni. Nak buat makan sendiri boleh, nak buat berniaga pon boleh.Ramai yang jual sandwich ni laris jualan.Boleh tambah pendapatan musim pkp ni.
“Scroll ke bawah Facebook saya Zaky Mat Ali untuk banyak lagi resipi sedap dan mudah.”
Bahan-Bahan
Roti
Telur
Salad
Tomato
Sosej
Mayonis
Sos cili
Serbuk lada hitam
Mentega
Cara Buat (Boleh Ikut Langkah Demi Langkah Seperti Yang Ditunjukkan Pada Gambar)
1-Sosej yang telah digoreng + mayonis + sos cili + serbuk lada hitam. Telur yang telah dihancur + mayonis
2-Roti kepingan pertama disapu mentega. Bubuh telur hancur. Kemudian bubuh hirisan tomato.
3-Kepingan kedua. Bubuh Salad + sosej + telur hancur. Ambil kepingan ketiga roti. Letak atas kepingan kedua roti tadi. Setelah siap, hiris setiap bahagian tepi roti.
4-Siap Sandwich Telur.
MW: Bolehlah cuba buat sandwich telur ini. Kalau rasa sedap dan sesuai untuk dibuat berniaga, bolehlah mula menjualnya. Dapat juga tambah pendapatan sampingan.
RESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang! Ada pelbagai jenis resipi dan variasi untuk membuat aiskrim Malaysia.
Namun jika inginkan kelainan untuk dibuat jualan mak-mak boleh cuba resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese ini pula. Memang sedap, lembut, berbaloi boleh dapat banyak malah cukup laris. Boleh juga dapat pendapatan sampingan di rumah nanti.
Ikut resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese yang dibuat jualan oleh Puan Nurul Zainuddin ini sebagai panduan.
Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha
Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling. Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.
Bahan-Bahan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula Emulco(apa jenis perisa yang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese) Boleh beli di kedai bakery.
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa.
Cara Membuat:
1. Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair.
2. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang suka.
4. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
5. Satukan cream cheese bersama susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu. Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Susun begini untuk mendapat pembekuan yang sekata.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang guna. Banyak tau. Hehe
Doakan Nurul dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan.
Mingguan Wanita: Nak cuba kelainan dan variasi buat aiskrim Malaysia, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap, boleh buat untuk makan sendiri seisi keluarga atau buat jualan pun boleh sangat.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...