Sekarang ini, bila teringin nak makan roti, tak perlu bersusah payah ke kedai roti sebab bread maker yang ada kat rumah boleh tolong ulikan. Letak bahan dan bakar terus siap.
Mudahnya kerja-kerja mak ni. Tak perlu nak pening-pening kepala. Semuanya hanya sediakan bahan saja. Berbanding dengan dulu peralatan moden ini belum lagi wujud dan klau teringin nak makan uli dengan tangan saja.
Bagi yang berkemampuan tentu tiada masalah untuk membelinya. Walaupun harga bread maker tidaklah terlalu mahal, tapi bagi mak-mak yang sederhana merasakan peralatan uli roti bukan keperluan buat masa sekarang.
Lagipun ada juga mak-mak pada awalnya rajin terutama bila ada bread maker. Bila dah bosan takuntya kat tepi dinding juga sebagai hiasan.
Buat mak-mak yang tak ada bread maker, masih ada cara untuk buat roti dengan hanya guna tangan saja. Ia tetap gebu dan lembut di makan, mungkin tenaga lebih diperlukan.
Jadi, Mar Angah berkongsi resipi mudah buat roti tanpa bread maker untuk mak dan ahli keluarga yang teringin nak makan roti.
1. Gunakan jug sederhana, air suam + 3sudu gula + yis sepaket
2. Yis akan kembang seperti ini.
3. 1kg tepung gandum cap ros
3 sudu gula
3 sudu susu
3 sudu marjerin
Yis yang dah kembang
Ads
4. A) 3 cawan setengah air suam + yis sepeket + 3 sudu besar gula pasir
4 Gaul seperti ini dan ia jadi lembik sebegini. Walau bagaimanapun, JANGAN tambah tepung. Biarkan dan tutup bekas tersebut supaya adunan akan naik berganda.
5 Doh dah kembang sebesen.
6 Tumbuk untuk buang angin. Pada masa ini, barulah letakkan tepung dan jangan bafi lekat pada tangan. Resipi ini bukan saja untuk donut tapi boleh buat piza, roti atau pau.
Ads
7 Buat bulat-bulat. Kalau tak ada penimbang, ikutlah saiz sendiri.
8 Ini inti kacang merah
9 Ini pula nak letak sosej
10 Bakar suhu 160’ selsius selama 20 minit.
Ads
11 Inilah hasilnya. Letakkan marjerin dan gula ketika masih panas-panas.
12 Hasil dari sekilo tepung, dapatlah 10 biji roti sosej, 6 biji roti kacang dan 2 loyang roti gula.
Info:
1. Sukatan sudu, SUDU BESAR
2. SUSU PEKAT tak kisah jenama apa.
3. MARJERIN guna pelangi satau tak kisah jenama apa.
4. TEPUNG gandum CAP ROSE, tepung jenama lain tak pernah cuba lagi.
5. Tak ada bread maker dan resipi tanpa uli.
Selamat mencuba ye..
Mingguan Wanita : Dah tak perlu risau, kita uli dengan tangan pun tetap gebu rotinya.
Kentang goreng ni biasanya anak-anak memang suka. Nak-nak kalau makan panas-panas dan cicah dengan sos cili mahupun mayonis.Tapi selalunya bila kentang ni kita goreng sendiri, selalu jadi lembik tak ‘keras’, rangup macam yang selalu kita beli.
Rupanya kena rebus kentang sekejap dan rendam dalam air berais selama 5 minit sebelum digoreng. Barulah kentang goreng jadi crunchy dan tak lembik!
Wanita ini kongsikan resipi dan caranya. Kena cuba!
“Anak-anak memang suka kentang goreng ni. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi lagi-lagi anak kak haney memang makan kentang goreng hari-hari.Tapi selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat”.
Haaa ni kak haney nak bagi rahsia kentang goreng tu tak lembik. Meh cuba!
RESEPI RAHSIA KENTANG GORENG CRUNCHY
Bahan-Bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat). Kalau hirisan tu tebal kita rebus, jika tak boleh je skip step ni.
4. Angkat dan sejukkan didalam air beserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. Pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. kemudian gaul dengan tepung Bistari dan ibu roti sehingga melekat.
7.Goreng secara ‘deep fried’. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Nota: Boleh dinikmati dengan sos pilihan. Nak makan begitu saje pun boleh dah.
#likedanshare resepi ni kat wall ade masa boleh la buat nanti.
Anak-anak mesti suka rangup-rangup. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
MW: Macam ni rupanya nak buat kentang goreng jadi ‘crunchy’, tak lembik lepas dah angkat. Buat sendiri lebih jimat, diyakini halal dan terjamin kebersihannya.
Rupanya nak simpan daging pun kena ada caranya, tak boleh ambil cuci bersih dan potong sesiap letak dalam peti ais.
Malah kalau nak cairkan daging yang beku pun kena ada petua. Tak boleh sesuka hati rendam dalam air.
Jadi kalau nak daging segar itu tahan lama, mak-mak boleh cedok tip daripada Chef Mawi.
CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mee Celup memang cukup popular di Thailand. Rasa masam, manis, pedas memang secukup rasa. Apatah lagi kuahnya dihirup panas-panas, memang padu, berpeluh dahi makan tak cukup semangkuk! Nak buat pun mudah je, dan berbaloi untuk hidangkan sekeluarga.
Bagi peminat Mee Celup Ala Thai kena cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar ini.
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha.
Ok, jom kita mula.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI BERPELUH DAHI TAK CUKUP SEMANGKUK
Bahan-Bahan:
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
Cara Membuat:
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Hahaha.
Ok, selamat mencuba ya.
MW:Sedapnya resipi Mee Celup yang dikongsikan ini. Terbayang hirup kuah sup yang masam, manis, pedas secukup rasa, memang padu berpeluh dahi tak cukup semangkuk. Kena cuba buat sendiri di rumah memang berbaloi.
Seorang lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand. Mangsa dipercayai terlibat dalam masalah hutang yang membawa kepada tragedi berdarah di sempadan Malaysia-Thailand.