Selalui kalau makan di kedai mamak, sayuran yang biasa ambil untuk gandingkan dengan nasi kandar tentulah peria goreng crispy. Mungkin sesetengah orang tak gemari sebab rasa pahitnya.
Tapi kalau dah biasa, tak akan rasa pun pahitnya. Lagipun, sekarang ini ramai juga yang mulakan bisnes dengan menjual peria goreng crispy. Bukan hanya untuk kudapan tapi sebenarnya ai bagus untuk kesihatan juga.
Berbalik pada peria goreng crispy ini, mak-mak boleh saja cuba resipi ini kat rumah dan tak perlu nak makan kat kedai mamak pun. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Kalau ke mamak nasi kandar, mesti ada peria goreng yang rangup dan crispy ni.
Lepas ni kalau teringin boleh buat sendiri kat rumah.
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
1½ sudu kecil kunyit
1½ sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
1½ sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
2 sudu besar tepung
2 sudu besar tepung beras
Cara Membuatnya:
1. Hiris peria nipis-nipis
Ads
2. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.
3. Masukkan garam dan gaul.
4. Kemudian, letak kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.
Ads
5. Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.
6. Sediakan minyak yang banyak. Setkan api kecil hingga minyak betul-betul panas.
7. Bila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.
Ads
8. Ikut tip ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.
9. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.
Mingguan Wanita : Lepas ni. Kita beli je peria dan goreng sendiri kat rumah. Baru puas hati.
Bagi orang Johor, sambal kicap bagaikan satu kemestian dan stok wajib ada dalam peti sejuk untuk dijadikan pencicah. Tak kiralah pencicah pisang goreng, tempe, tahu, keledek atau dicampur dalam kuah soto.
Ada caranya nak buat sambal kicap yang sedap dan boleh tahan berbulan bila disimpan dalam peti ais ni.
Saya ni orang Johor wajib ada sambal kicap dalam peti ais. Sambal kicap ni boleh dimakan dengan soto, dicicah dengan goreng pisang, keledek, tempe, tauhu dan macam lagi lah. Ni saya nak share cara saya lah buat sambal kicap ni, boleh tahan berbulan simpan di peti ais.
Bahan-Bahan:
30 biji Cili padi
2 labu Bawang putih (digoreng hingga perang)
½ botol Kicap masin atau ikot paras cili dalam jug blender
3 sudu besar Cuka/air limau
5 sudu besar Gula
Cara Membuat:
1. Goreng bawang putih sehingga perang.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam jug blender.
3. Kisar hingga halus dan masukkan dalam botol kaca.
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat sendiri sambal kicap cara orang Johor ni. Elok tahan berbulan simpan dalam peti ais. Boleh cuba nanti, senang nak buat pencicah makan dengan pisang goreng, soto, keledek, tempe dan sebagainya.
Air vitagen kebiasaanya memang menjadi minuman kegemaran anak-anak. Kalau beli tu memang tak cukup satu. Sebenarnya ada cara mudah untuk buat sendiri Air Oren ala-ala Vitagen ni. Rasanya masam manis, memang sedap dan lebih jimat. Malah kita boleh kawal kemanisannya ikut citarasa sendiri. Memang puas hati.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Haziqah ini sebagai panduan;
Air oren pun nak post? Yee nak post sebab sedap. Air oren ala-ala vitagen.
Telur mata goyang ini, disebut juga telur mata kerbau. Sesetengah orang suka makan yang telur kuningnya lembut, cair sementara telur putih masak elok. Nak dapatkan telur mata goyang yang sempurna bukannya mudah.
Kongsi lelaki ini, Khabbab Jamalludin jika ikut teknik / step by step yang diajar ini anda akan dapat telur mata goyang yang sempurna. Sebagaimana yang dibayangkan.
“Orang kata kalau nak resepi boleh Google je. Tapi resepi yang sama, bahan yang sama, hasil boleh berbeza. Teknik memainkan peranan penting dalam masakan juga.
Jadi ada orang minta saya kongsi macamana nak dapat telur goyang/gedik (kuning telur tersebut bergoyang ketika digoyangkan.
Kadang badan pun ikut goyang dalam kita nak buktikan kegoyangan telur tersebut.”
Begini Telur Goyang Yang Ideal
Telur goyang yang ideal pada saya :
– Keseluruhan kuning telur tak jadi padat.
– Semua putih telur kering.
– Bahagian bawah putih telur ada kerak kecoklatan sedikit (kurang muak)
– Ada selaput putih menutupi kuning telur.
“Mesti korang tengah rasa geram nak cucuk kuning telur tu kan? Dengki la tu.”
Pemilihan telur adalah penting.
Saiz tak kisah.
Yang pasti telur mesti baru.
Dah lepas beli telur, jangan cuci.
Simpan dalam peti sejuk terus.
Kalau nak guna baru cuci.
Kalau cuci awal, akan ganggu lapisan telur yang berfungsi lindungi isi telur.
Telur yang agak lama dan dicuci terlalu awal akan buat kuning dia pecah.
Dah habis basuh lap kering.
Tak nak air dekat kulit masuk sama.
Kain lap boleh pakai apa saja.
Saya pakai kain Norwex apa tah.
Bini beli.
Dia kata ada beza.
Saya pakai sahaja ambil hati dia.
Kedua : Pecahkan Dulu Dalam Bekas
Pecahkan telur dalam bekas dahulu.
Kadang tangan kita tak dibedung dulu, pecahkan telur atas kuali, telur tu dah hancur macam telur dadar sebelum cecah kuali.
Yang kedua, kita boleh tahu telur tu elok ke tak sebelum masuk dalam kuali.
Disamping itu kalau baru keluar peti sejuk dia ada can kurang sejuk sikit.
Tak nak dia terkejut dari sejuk gila pergi panas gila.
Masuk angin nanti (burrppp)
Ketiga : Guna Kuali Non Stick
Paling baik pakai kuali ‘non stick’ yang tak lekat. Kawalan suhu lebih sekata.
Tapi tetap kena bubuh minyak sedikit.
Kalau kuali biasa minyak kena lebih lagi.
Minyak goreng biasa tu je.
Api antara sedang dan besar.
Tapi jangan lama sangat.
Jangan tunggu berasap satu dapur.
Air fryer boleh ke tak?
Tak bole la, gedik.
Ini telur yang gedik, bukan yang masak.
Keempat : Cara Tuang Telur Atas Kuali
Dah cukup panas boleh tuang telur.
Jangan tinggi sangat macam buat teh tarik; pecahlah ia.
Bagi dia ‘landing’ ngam ngam atas minyak tu.
Kelima : Renjiskan Air, Wajib Tutup Kuali
Okay ini tips paling penting.
Wajib ada tutup yang boleh cover kuali tu.
Tak ngam ngam takpa.
Janji boleh cover telur.
Saya pakai tudung periuk je.
Selepas letakkan telur atas kuali panas,
basahkan satu tangan macam basuh tangan tu,
bukan takung macam nak ambil wuduk ya.
Kemudian terus renjiskan air yang ada kat tangan tu ke tutup (banyak lebih kurang macam dalam gambar)
Pastikan tangan bersih tak ada hingus ke apa sebelum buat.
Hanya terbalikkan, tutup bila betul-betul atas kuali sambil terus tutup.
* kenapa renjiskan air? Bagi wap yang terhasil, bila kena kuali masakkan bahagian atas.
Keenam : Kawalan Api
Api pun main peranan penting.
Terus adjust macam dalam gambar.
Tak nak terlalu kuat nanti hangus dan tak sekata.
Setiap dapur berbeza.
Dapur kayu api, minyak tanah saya tak tahu setting dia macamana.
Biarkan dalam 30 saat dan buka tudung nak tengok masak dia macamana.
Kalau belum tengok lagi tiap 10 saat.
Tudung periuk tadi tau.
Letih pula kalau tudung tukang masak nak kena buka pakai buka pakai.
Tambah-tambah kalau pakai shawl.
Ketujuh : Cara Keluarkan Telur Dari Kuali
Dah ngam masak terus buka periuk, tutup api.
Untuk yang guna non stick, tolong ya pakai sudip bukan besi.
Besi boleh calarkan lapisan coating non stick dan bahayakan kesihatan.
Tiap kali nampak orang guna besi kat non stick.
Hati saya meraung sama.
Sekejap sajala tapi.
Kuali dia bukan kuali saya.
Sudip tu masukkan perlahan lahan bawah telur just in case ada lekat lekat sikit.
Slide je telur tu masuk dalam pinggan.
Kisah Telur Mata Goyang Antara Anak Dan Ayah
Prinsip saya mudah.
Apa yang boleh beri manfaat pada orang.
Saya kongsi.
Biar seremeh apa pun ia.
Bagi kita remeh, bagi orang lain mungkin tidak.
Terfikir juga apa ‘storyline’ saya nak buat.
Takkan nak kongsi gitu je.
Baru faham susahnya jadi ‘content writer’
Sementara perah otak tu tiba tiba ada anak yang tanya.
“Macamana baby boleh lahir?”
Ahhh sudah..
Muka saya macam Misae bila Shin Chan tanya soalan kontroversi.
Saya hanya mampu kata “nanti eh ..”
Akhirnya lepas goreng telur saya dapat idea nak jelaskan kat anak saya macamana baby ada. Tapi masa nak bawa kat meja terfikir pula nanti lagi banyak dia tanya.
Macam terlalu awal pula.
Jadi terus tak jadi.
Saya hidang nasi lemak biasa je sudahnya. #dapurpakbidan
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!