Resipi Puding Buah Kuah Kastard SEDAP, Mudah Sangat Bahan Pun Tak Banyak! Bagi mak-mak yang nak cuba buat sendiri pencuci mulut yang sedap tapi simple boleh ikut resipi puding buah kuah kastard yang dikongsikan ini. Hanya guna 5 bahan utama je, sedap dinikmati sejuk-sejuk dengan buah pilihan.
Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ni. Memang nampak menarik sungguh.
Harini nk share resepi simple tapi sedap. Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali.
Jom start! Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!
(Puding)
Bahan-Bahan:
2 setengah cawan air
4 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
1 tin susu cair
(Tekstur puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar).
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan.
2. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
3. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti.
Ads
( Kuah Kastard)
Bahan-Bahan:
2 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
secubit garam
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api.
2. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
Ads
3. Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Mingguan Wanita: Mudah sangat nak buat Puding Buah Kuah Kastard ni. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Sedap makan sejuk-sejuk. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Pernah tak anda buat cucur daripada nasi tak habis? Haaa… biasanya mungkin esok hari anda buat nasi goreng tapi bosan juga asik ulang tayang menu sama. Apa kata, kita olah nasi sejuk jadi cucur.
Menu ini boleh dijadikan sarapan pagi atau sajian petang. Lepak-lepak dengan anak-anak atau kawan-kawan, cuba goreng cucur nasi. Sedap, tak percaya sila cuba petang ini…
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris
Cara membuat:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.
NOTA:
Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali hebat dan gemar memasak di dapur. Pelbagai resipi kerap dikongsikan didalam instagram khas aitangan_tunkuazizah yang sering menjadi rujukan buat followersnya. Baik dari jenis lauk pauk kampung, western, manisan dan pelbagai jenis resipi dikongsikan oleh baginda.
Jadi tak hairanlah, Tunku Azizah mendedahkan memiliki hampir 2,000 koleksi buku resipi masakan simpanan peribadi yang dikumpul sejak berusia 12 tahun.
“Buku-buku masak koleksi saya sejak dari umur 12 tahun, semuanya milik @t.afzan …. rasanya dalam 2000 buku”
Terbaru, tuanku ada kongsikan air tangan baginda iaitu “Bread And Butter Pudding” yang rasanya dikatakan sedap lain daripada puding roti yang biasa dimakan. Istimewanya resipi ini menggunakan isi kelapa muda. Baginda tuanku juga menyatakan bahawa”Bread And Butter Pudding” ini menggunakan resipi asal daripada Dinah Shore cookbook.
“Bread and butter pudding, lain dari yang selalu kita makan dan sedap !
“Resipi ini sedap, tidak perlu rendam roti lama. Saya gunakan isi kelapa muda”
Bahan-Bahan:
6 keping roti Perancis
2 tin susu cair
2 1/2 cawan air
2 1/2 cawan gula
3 sudu kecil Esen Vanila
2 cawan kismis
2 cawan buah-buahan dalam tin/ fruit cocktails (ambil buah sahaja)
1 cawan isi kelapa
125gm mentega
6 biji telur
Cara Membuat:
1. Rendam roti dalam susu, air, gula dan campur esen vanilla.
2. Biarkan terendam dalam satu jam dan kacau sesekali.
3. Panaskan oven suhu 350F.
4. Selepas 1 jam, tambahkan kismis, buah koktail, isi kelapa dan mentega yang telah dicairkan.
5. Pukul telur guna tangan atau mixer dengan kelajuan perlahan.
6. Campurkan telur pada campuran tersebut. Kacau sebati.
7. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca pyrex 3/4 penuh.
8. Bakar puding tersebut selam 1 jam.
Menurut baginda lagi, puding roti ini sedap dinikmati begitu sahaja dan tak perlukan kan sos kastard atau cream anglaise. Boleh juga gunakan apa sahaja jenis roti yang ada.
MW: Menarik resipi ‘Bread And Butter Pudding’ yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong ini. Mak-mak boleh lah cuba di rumah untuk anak-anak nanti, jika nak rasa kelainan puding roti yang selalu kita buat.
Memang ada benarnya bagi peminat ‘Chicken Floss’ atau serunding ayam jika beli siap di kedai bakeri harganya boleh mencecah RM40 sekilo. Lebih jimat dan puas hati jika mak-mak dapat buat sendiri. Terjamin halal dan bersih.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Raja Azura ini sebagai rujukan. Memang mudah!
Chicken Floss kalau beli siap di kedai bakery 1kg saja dah nak RM40. Buat sendiri puas hati dapat banyak dah tentu terjamin kebersihannya.
Bahan-Bahan:
2 ketul isi dada ayam
5 tangkai cili kering
5 biji cili padi
10 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar gula
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk jintan
100 ml santan
Cara Membuat:
1. Rebus isi ayam sejukkan dan carik-carikkan.
2. Kisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam) dan masukkan semua sekali ke dalam bread maker tetap kan pada menu serunding/bakar.
Info Ekstra!
Carik-carik isi ayam. Saya bagi mudah cepat proses floss kering. Nak buh seketul macam saya pun boleh tapi proses kering tu lama sikit. Jadi terpulang nak ikut yang mana.
Kalau guna breadmaker, boleh gunakan button serunding atau bake. Ulang proses hingga floss betul-betul kering.
Saya proses 3 kali pusingan untuk dapat betul-betul kering. Sekali pusingan 1 jam 5 minit.
Kalau tiada breadmaker kena masak cara manual. Cara goreng dalam kuali cara dulu-dulu buat serunding kena selalu dikacau supaya tak hangus dan cepat kering.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat ‘chicken floss’ atau serunding ayam sendiri di rumah. Memang lebih jimat malah terjamin halal dan kebersihannya. Boleh cuba nanti.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.