Sedapnya makan Nasi Dagang Terengganu.Biasanya orang kawasan Pantai Timur, Nasi Dagang ni antara menu wajib hidangan pada pagi raya. Jadi jika nak kelainan Hari Raya nanti, selain menu raya seperti ketupat, lemang dan rendang boleh juga mak-mak masak Nasi Dagang Terengganu ni. Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun.
Perkongsian resipi daripada Puan Ina Zuerina ini boleh dijadikan panduan. Mudah je!
“Na na na Nasi Dagang kite request dari En hubby….hubby cakap sdp…macam makan kt kedai.”
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-Bahan (Nasi):
4 cawan beras
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
2 inci halia
Cara Membuat:
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-haluas. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.(Nak tahan lama kukus lagi sekejap)
7. Boleh dihidangkan.
Bahan-Bahan (Gulai Ikan Aya) :
Rebus Ikan bersama beberapa asam keping,cuka dan juga garam.
Jangan buang air rebusan.
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram…saya pakai babas je sebab takde
1 liter santan
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka
10 biji cili padi
sedikit garam
Ads
Cara Membuat:
#saya buat tumis dulu bahan-bahannya.
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kerisik, asam keping dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang direbus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Kalau dalam peti tak ada paste cili kering itu maknanya anda memang jenis jarang masak! Sebab masakan orang Melayu ni kebanyakannya guna cili kisar.
Tetapi sesetengah orang buat paste cili kering ni tak tahan lama, seminggu pun dah berkulat. Nah, godek rahsia maak ni.
Tambah pula tinggal beberapa hari lagi nak menyambut bulan Ramadan, jadi tak salah kalau mak-mak mula get ready dengan siapkan bahan-bahan yang mudahkan kerja di dapur untuk masak nanti.
Petua daripada Puan Al Ulfah II ni salah satu, cara buat paste cili kering yang sangat mudahkan mak-mak waktu nak masak sahur dan berbuka lebih cepat.
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Garam
Minyak
Cara Buat Paste Cili Kering:
Potong cili buang biji.
Cuci dan rebus cili.
Sejukkan cili , blend cili dgn air n campurkan sedikit minyak nk bg hancur biji cili yg “terlepas” (ada) masa cuci.
Masa blend cili masukkan bawang besar dan putih.
Kemudian masakkan cili tanpa tumis dengan minyak (nak tumis pun boleh, ikut selera masing-masing) bagi cili agak-agak kering.
Masukkan garam. (kak guna garam kasar)
Sejukkan cili dan masukkan dalam bekas-bekas dan simpan di tempat sejuk beku. Tahan berbulan-bulan.
Nak guna keluar kan. Mudah ke payah?
Nota: Kena masukkan bawang putih dalam cili kisar ebab ini boleh bertindak sebagai anti kulat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resepi pancake pisang ini mudah sungguh nak buat. Sebabnya pancake 3 bahan ini tak menggunakan tepung. Cuma gunakan pisang, telur dan madu. Sesuai untuk mak-mak yang sedang dalam usaha nak turunkan berat badan.
Hidangan sarapan mudah ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Katanya waktu cuti sekolah yang lalu, dia mencuba resepi ini dan dihidangkan untuk anak-anak. Nak elakkan melekat, mak-mak kenalah masak dengan api perlahan guna kuali non stick ya.
“Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ini. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.”
Bahan Pancake Pisang Tanpa Tepung
3 biji pisang 2 biji telur Satu sudu madu
Ini Cara Buatnya
Sediakan 3 biji pisang, 2 biji telur dan satu sudu madu.
Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.
Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.
Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.
Kalau mak-mak nak tahu, resepi ayam rica rica ini bukan saja pedas malah sedap sangat kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Istimewanya sebab penggunaan daun kemangi itu yang buatkan selera kita terbuka.
Perkongsian resepi daripada Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie)ini memang rugi kalau tak dicuba. “Kalau nak rasa sedap dan sama macam gambar. Jangan derhakakan resepi.”
Haa… pesanan itu memang makan dalam. Tapi ada betulnya. Sebab nak bagi rasa original rica rica terasa sampai dalam perut.
Bahan Ayam Rica Rica
10 ketul Ayam – basuh bersih, (Jika suka ayam boleh digoreng terlebih dahulu)
5 biji Bawang merah – dikisar
6 tangkai Lada Api Merah Siam – dikisar
6 tangkai Lada Api Kampung (Kalau tak makan pedas, boleh tukar ke lada merah dan campur sedikit lada api sedikit ) -dikisar
1 biji Tomato – potong dadu
2 batang Serai – dihiris
4 helai Daun purut – ambil yang muda
2 batang Daun bawang
2 genggam Daun kemangi (kalau tak ada daun kemangi tak perlu letak. Kalau nak cari ada di jual di pasaraya )
3 sudu kecil Gula perang
1 1/2 sudu kecil Garam halus
* Daun kemangi ini tak sama ya dengan daun selasih. Kemangi ini bunganya yang berwarna putih.
Jom Mulakan Kerja-kerja Memasak
Ayam yang sudah dipotong dan dibasuh bersih
Daun kemangi segar. Petik dari kebun kecilku
Gula perang dan garam.
Tomato potong dadu kecil kecil
Serai, daun limau purut, daun kemangi semua dihiris dan asing-asingkan.
Daun bawang potong memanjang
Bawang merah dan lada dikisar, selepas itu. Panaskan kuali tuang minyak secukupnya, goreng bawang dan cili kisar hingga garing dan masak
Masukkan ayam tadi kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan tomato yang dipotong tadi, masak selama 4-5 minit.
Selepas itu masukkan serai, kacau sebati, masak selama 2 minit.
Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau seketika.
Masukkan gula dan garam.
Akhir sekali masukkan daun kemangi dan daun bawang. Masak sekejap. Tutup api. Sedap makan dengan nasi panas panas.
Sumber/Foto : Parmiati Binti Suyudi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!