Sedap sungguh, tergoda melihat resipi Serunding Petai yang dikongsikan ini. Jika selalu petai kita buat ulam atau sambal, sesekali boleh cuba resipi mudah ni. Paling penting dah sebati semua bahan-bahan, masak sampai kering.
Ikut resipi Serunding Petai yang dikongsikan oleh Puan Siti Yaniini sebagai panduan;
Resepi serunding petai
Bahan-Bahan:
Petai dibuang kulit & hiris kecik kecik
(Bahan tumbuk)
2 batang Serai
3 labu Bawang besar
Belacan
Cabai kecik
Cabai besar
Ikan bilis
Asam Keping
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Ads
Daun Kunyit
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Kemudian perasakan dengan asam keping garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan pula petai dan masak sampai kering.
4. Masukkan daun kunyit.
Roti Canai Homemade Nipis, Tak Pandai Tebar Tarik-tarik Je Atas Belakang Dulang! Memang seronok bila dapat buat sendiri roti canai yang nipis dan garing sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya malah puas hati bila buat sendiri.
Buat mak-mak yang tak reti nak tebar doh roti canai tu, boleh cuba kaedah tebar tarik-tarik je adunan atas belakang dulang. Memang mudah, cara mak-mak kita dahulu.
Sedapnya roti canai cicah dengan kuah kari, asam pedas atau kuah dhal.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin ini sebagai panduan;
Sarapan pagi ini Roti Canai Homemade. Tak pandai nak tebar kita tarik-tarik je atas belakang dulang macam mak-mak dulu buat. Yang penting jadi nipis, ada resepi disertakan.
1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cawan air -ni anggaran..tuang sedikit-sedikit sambil uli hingga menjadi doh.
1. Satukan susu,telur,garam dan air, kacau sampai larut.
2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas. Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
3. Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.
4. Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas.Tuang sedikit minyak masak.Perap adunan 6-7 jam @ semalaman. Bagi yang tak sabar macam sis perap 4 jam pun dah boleh tebar.
5. Tebar/ tarik-tarik atas belakang dulang, Goreng dan siap.
Resepi Puann Zaidah Ibrahim
Airtangan & foto rahmah rosmin.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Buat Sendiri ROTI Gebu Lembut, Mudah Guna Kaedah KUKUS!Sedapnya makan roti panas-panas. Kebiasaannya roti dibakar di dalam ketuhar, namun ikut resipi khas yang dikongsikan ini, lebih mudah guna kaedah kukus. Hasilnya roti lebih lembut dan gebu.
“Sis, resepi ni boleh kukus tak?”
Bolehhhh. Ni kita share resepi yang boleh kukus. As usual, tepungnya dalam secawan lebih saja.
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik 2 kali ganda.
3. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.
4. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.
5. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.Jangan tutup sampai ngam-ngam. Biar longgar sikit.
6. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
Nota kaki:
Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
Kena tutup loyang pakai cling wrap supaya air tak menitis atas roti. Kalau kena air, nanti roti tak dapat kembang.
Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada Ring! Nak buat donut memang ada pelbagai resipi dan tekniknya.’Teknik Autolyse’ ini antara yang boleh dicuba, donut kekal gebu dan lembut walaupun dah 2 hari.
Berbanding menggunakan tepung berprotien tinggi (High protien) untuk mendapatkan hasil donut yang gebu dan lembut, sebenarnya mak-mak boleh cuba teknik yang dikongsikan ini juga.
Buat sendiri donut memang puas hati, lebih jimat memandangkan anak-anak pun suka kuih ni.
Guna 100 peratus tepung gandum biasa pun boleh jadi donut gebu ada ring. Yang penting uli doh sampai elastik. Nak mudah dapat doh elastik guna teknik autolyse.
Mula-mula uli semua bahan tanpa yis. Selepas ulian pertama masukkan doh dalam peti ais kejap dalam 15-30 min (lebih masa pun takpe).Kemudian masukkan yis dan uli lagi.
Hari ini guna tepung gandum bakers choice, guna cap rose pun ok. 2 hari pun masih lembut, yang penting simpan daalm bekas kedap udara.
Resepi dan cara lebih kurang sama je macam donut lain..bagi sis lebih suka guna tepung gandum dari tepung High Protien sebab rasanya lebih kurang macam donut kampung tak rasa macam roti. Ikut selera masing-masing la kan.
2 cawan ( 250g ) tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh pelembut roti ( jika takde boleh gantikan dengan baking powder )
1 sudu besar (30g ) marjerin
Secubit garam
Air secukupnya
1. Masukkan dahulu bahan cecair diikuti bahan-bahan kering kecuali yis.
2. Uli hingga habis masa (20 min).
3. Habis ulian pertama masukkan adunan ke dalam bekas bertutup dan rehatkan doh dalam freezer selama lebih kurang 15 min.
4. Cukup 15 min keluarkan doh,masukkan yis kering dan uli sekali lagi hingga habis masa (20 min).
6. Selepas habis ulian kedua timbang doh dan rounding.
7. Siap rounding rehatkan doh 15 -20 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
8. Perap selama 30-40 min sehingga donut ringan ( bergantung pada keadaan).
9. Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
Resepi donut mana-mana pun lebih kurang sama je..cuma kita kena rajin practice untuk dapatkan hasil yang diinginkan..jangan cepat putus asa..itu yang penting.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat donut guna ‘Teknik Autolyse’ ni, tepung gandum biasa pun boleh hadi Donut gebu ada ‘ring, boleh buat untuk minum petang nanti.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...