Setiap negeri terkenal dengan masakan ‘trademark’ masing-masing. Bagi negeri Kelantan sudah tentulah lauk singgang, nasi kerabu, ayam percik dan sebagainya. Boleh dikatakan siapa yang datang ke negeri Kelantan akan mencari masakan unik yang tidak ada di negeri lain.
Tidak dinafikan, ada sesetengah orang kurang gemar dan selebihnya akan mencari makanan ini. Bagi yang memang suka dengan masakan Kelate ini, siap ambil resipi untuk dibuat di rumah pula.
Bagi yang tidak biasa, ia nampak susah terutamanya dalam masakan singgang ini. Sebenarnya, bahan untuk menyediakannya cukup ringkas. Paling penting nak bagi sedap kena ada budu. Rasanya kalau yang tidak gemar budu boleh sahaja tidak masukkan. Bergantung kepada citarasa masing-masing.
Malah, singgang ini bukan sahaja boleh gunakan ayam tetapi yang sinonim tentulah ikan tongkol dan daging. Kali ini, Myra Edora berkongsi resipi cukup mudah dengan masakan singgang ayam. Katanya, bagi memastikan masakan itu sedap dan umpphh, kena lebihkan bawang merah.
Anda nak tahu tak rahsia buat cili jeruk yang menyengat lagi kick. Rupanya ada satu rahsia penting yang perlu dilakukan masa pembuatannya. Chef As (Ashiqin Shadiqun / Chef As – As Homemade) berkongsi panduannya.
Cili jeruk atau lada jeruk ini sedap makan dengan mee sup panas-panas.
Step By Step Buat Cili Jeruk Kick
Mula-mula kau pergilah beli lada besar ni. Selalunya orang pakai yang hijau sebab lebih rangup.
Basuh bersih-bersih lepas tu potong lah kasar kasar.
Nak guna cili api pun boleh. Lagi rare.
Dah siap potong tu masuk dalam bekas, curah air panas. Hakak pakai air coway dik. Senang.
Kau hado? ??
Ada orang dia rebus tapi nanti lada cepat lembik.
Rendamkan kejap dalam air panas tu.
Sementara tunggu kau boleh main pesbuk.
Lepas tu toskan.
Ha ni dia cuka dik. Nak pakai jenama apa pun boleh. Tak ada orang nak marah.
Tuang cuka tu sampai lada ni terendam.
INI RAHSIANYA: Ingat tau jangan ada air dalam lada tu. Tak kick.
Dah berendam tu, lada akan jadi kaler gitu.
INI SATU LAGI RAHSIANYA: Kalau korang nak kick boleh ikut cara sesetengah orang. Tambah garam sikit. Tok aji sikit. Gula sikit. Hakak kononnya nak jaga kesihatan la. Konon je.
Dah boleh makan wei. Simpan dalam peti ais pun boleh.
Sedap ni lawan dengan mee hoon sup ke mee goreng ke. Perghhhh panas-panas, memang syiok oooo.
Mesti laki dan anak-anak kau kata “Mama power, macam makan kat kedai”
Time gitu mesti kembang kempis kena puji kan?
Selamat Mencuba.
Sumber/Foto: Fanpage Chef As – As Homemade via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada pelbagai jenis muruku. Selain muruku bulat, ada juga muruku panjang dan leper. Apa kata kali ini kita cuba buat muruku leper pedas rangup.
Resipi dan cara buat muruku ini berbeza sedikit daripada resipi muruku biasa. Sebabnya kali ini kita perlu mencampurkan cili untuk menjadikan muruku itu pedas.
Cara buat muruku ini pula adalah dengan menggunakan acuan leper untuk menghasilkan muruku panjang dan leper.
Apa kata kita buat sendiri muruku leper pedas rangup ini. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Doktor Pushpalatha Rama Rao ini.
Dia telah menggunakan resipi warisan turun-temurun ibunya serta resipinya sendiri bagi menghasilkan muruku leper ini.
“Muruku pedas krispi khas untuk Deepavali! Resipi mak + resipi saya sendiri…memang jadi….mmm….krispi dan rangup!” “Selamat mencuba dan selamat makan!
Resipi Muruku Leper Pedas Rangup
Bahan-bahan
1cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
1/2 sudu kecil jintan kecil ( ditumbuk)
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ditumbuk ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Air secukupnya
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)
1-Kacau semua bahan-bahan di atas sampai jadi macam doh chappati. Guna acuan leper untuk hasilkan muruku leper yang panjang dan goreng sehingga kuning keemasan.
2-Campurkan kacang tanah dan daun kari yang di goreng dalam muruku tadi. Siap muruku leper pedas rangup.
MW: Muruku ini khas buat kalian yang suka snek atau kudapan pedas. Boleh cuba resipi ini kerana ia adalah resipi turun-temurun dan pastilah menjadi bila dibuat.
Selera terhadap masakan tradisi memang takkan padam. Masakan Melayu misalnya, memang mempunyai tarikan tersendiri. Tidak kira sama ada lauk pauk atau pun kuih muihnya.
Hujung minggu ni, apa kata hidangkan dua hidangan enak ini untuk keluarga iaitu Masam Lemak Telur Itik Dengan Delimbing Buluh dan Gulai Ketam Dengan Nanas. Memang sangat sedap, membangkitkan nostalgia masakan mak-mak di kampung.
Ini Resipi Selera Tradisi Ini
TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH MASAK LEMAK
Bahan-bahan:
5 biji telur
1 batang serai
1 helai daun kunyit | Hiris
10 biji belimbing buluh
Sedikit santan pekat
Sedikit santan cair
Sedikit garam
Bahan B (kisar):
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili padi kampung
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Kisar bahan B dengan santan cair. Masakkan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
Apabila mendidih, pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah tadi secara perlahan-lahan. Jarakkan antara satu sama lain. Boleh dimasukkan sedikit cuka supaya telur tidak pecah.
Masak sambil dikacau perlahan sehingga telur mengeras. Tuang santan pekat, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukupnya. Terus kacau supaya pati santan tak pecah minyak.
Bila mendidih, bolehlah ditutup api supaya belimbing masih rangup.
Nota: Jangan masak telur terlalu lama kerana ia akan menjadi keras. Boleh juga dimasakkan telur di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam kuah terutama jika telur kelihatan belum masak.
Cuba pula resipi selera tradisi ini…
GULAI KETAM BERSAMA NANAS
Bahan-bahan:
4-5 ekor ketam
½ biji nanas
1 paket kecil rempah kari ikan
1-2 sudu teh jintan manis | tumbuk halus
½ inci halia
4 biji bawang merah (2 ulas untuk menumis, 2 ulas masukkan dalam rempah)
2 ulas bawang putih
Sedikit daun kari jika suka
Santan secukupnya
Sedikit air panas
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan satu paket rempah dalam bekas, tambah sedikit air panas untuk jadikan pes.
Masukkan sedikit halia yang dipotong nipis dan memanjang, 2 ulas bawang merah dan jintan manis yang ditumbuk dalam pes tadi.
Sediakan bahan-bahan untuk menumis (bawang merah, bawang putih, dan halia yang di hiris nipis dan halus) serta daun kari.
Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga berbau harum, masukkan pes rempah tadi. Tambahlan sedikit air.
Masak rempah sehingga naik minyak, kemudian masukkan ketam yang telah dipotong dua dan sudah dibersihkan.
Kacau sebentar, kemudian masukkan santan. Jika pekat, tambah sedikit air. Masak seketika.
Kemudian masukkan nanas yang dihiris nipis atau dihiris mengikut kesukaan anda.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...