
Isi Kandungan
ToggleSedapnya makan durian crepe, lebih-lebih lagi dinikmati waktu sejuk. Lapisan luarnya lembut, inti dalam isi durian berlemak dan krim yang sangat sedap. Jika dibeli boleh tahan harganya durian crepe ni. Lebih menguntungkan bila mak-mak buat sendiri. Puas hati makan. Kalau rajin boleh buat niaga, untuk tambah pendapatan.
Berikut perkongsian resipi oleh Hanizanor Binti Mohamed sebagai rujukan.
“Musim durian sikit-sikit ni en suami beli dan mintak buatkan durian crepe.Dah siap masuk peti dulu. Suka sharing apa yang kita buat mudah-mudahan membantu. Pada yang tak pernah cuba, selamat mencuba.”
“1 adunan ni dapat dalam 9 pieces, kalau nak lebih gandakan.Resepi saya dah olah ikut kesesuaian saya”.
Bahan-Bahan:
(A)
1 cawan tepung gandum/self raising mana-mana je
1 biji telur
2 sudu kecil mentega/marjerin
setengah cawan susu segar
setengah cawan air
garam secukup rasa
pewarna kuning
Fresh cream untuk filling saya guna jenama vivo / value pride
1 cawan whipping cream
1 mangkuk isi durian lagi banyak lagi sedap
Cara-Cara Membuat:
(Kulit):-
1. Blend semua bahan A dan tapis.
2. Panaskan kuali non stick sapukan dengan minyak masak sikit.
3. Dah panas sendukkan agak-agak, jangan tebal sangat.
4. Dah masak ketepikan.
Posted by Hanizanor Binti Mohamed on Wednesday, 20 February 2019
(Inti) :-
- Putarkan whipping cream hingga kental dan ketepi kan (dapat 1 mangkuk). Untuk isi durian saya gunakan 1 mangkuk jugak, kemudian campurkan je hingga sebati.
2. Letakkan di tengah-tengah kulit dan bungkus ikut kesukaan masing-masing. Dah siap!

Selamat Mencuba!
MW: Menarik perkongsian resipi durian crepe ini. Jika ada lebihan durian dekat rumah tu, mak-mak boleh lah cuba resipi ini. Sedap sungguh makan ketika sejuk-sejuk. Tak perlu beli! lebih jimat.
Sumber: Hanizanor Binti Mohamed
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Resipi Unik, Epal Goreng Sambal Kicap! Tapi Boleh Juga Cicah Madu Atau Jem

Isi Kandungan
ToggleEpal Goreng Sambal Kicap! Uniknya perkongsian resipi oleh Puan Nurasyikin Ali ini. Sebab selalunya buah epal dimakan begitu sahaja, dibuat jus atau pai. Jika mak-mak selalu hanya buat pisang goreng,keledek goreng, cekodok pisang mahupun jemput-jemput untuk minum petang, sesekali mungkin boleh buat kelainan, cuba resipi Epal Goreng Sambal Kicap ini.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Tahu tak buah epal sebenarnya ada kandungan quercetin iaitu nutrisi yang sangat penting untuk otak. Bahagian otak yang dikenali sebagai Pusat Memori iaitu Hippocampus.”
“Tak hairanlah kanak-kanak yang suka makan epal ni memiliki IQ level yang tinggi kan! Mudah ingat mudah menghafal.”
“Anak-anak Kak ekin memang suka makan epal. Sekali Kak ekin terjebak. Tapi kali ni Kak ekin borong epal lebih sikit. Terajin pulak nak buat menu EPAL GORENG SAMBAL KICAP.”
Oh by the way resipi ni Kak ekin share kat bawah okeh!
Bahan-Bahan Epal Goreng:
4 biji epal hijau/merah
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Sebiji telor
Setengah cawan susu segar
Minyak masak
Cara Membuat:
1.Kupas dan buang bahagian tengah biji epal.
2.Basuh bersih kemudian hiris bulat.
3.Gaul hirisan epal tadi dengan sedikit garam.
4.Masukkan tepung gandum,tepung jagung, gula serta sedikit garam ke dalam bekas adunan. Gaul sebati.
5.Masukkan mentega cair dan telur ditengah adunan tepung tadi. Curahkn susu sedikit demi sedikit.
6.Gaul adunan sebati.
7.Celup hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
8. Angkat dan hidangkan.
Bahan-Bahan Cili Kicap:
5-7 tangkai cili api ikut kepedasan masing-masing
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji Limau kasturi
2 sudu makan gula (kalau pedas tambah gula)
Kicap pekat
Sedikit air masak
Minyak masak
Cara Membuat:
1.Goreng sebentar cili api bersama bawang putih dan bawang merah. Tutup api. Kemudian biarkan sejuk sekejap.
2.Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi bersama sedikit air masak ke dalam blender.
3.Kisar halus bersama kicap, gula dan limau kasturi.
4.Siap untuk dihidangkan.

Tip Ekstra!
- Epal goreng ni sedap juga dimakan bersama madu ataupun jem. Tapi lagi merecikk nyicah dengan sambal kicap tau. Sure terangkat!
- Buah epal yang dah dibuang bahagian tengah biji tu, basuh bersih dan gaul dengan sedikit garam.
- Kak ekin tak buang kulit sebab sedap makan macam tu. Kalau nak buang kulit pon boleh.
- Adunan tepung gandum, tepung jagung, mentega, susu segar, telur dan gula,kacau sebatin tapi jangan cair sangat.
Nota: Untuk sambal kicap terlupa pulak nak ambil gambar. ?. Takpe lebihkan makan epal untuk memori.
Share jika bermanfaat. Selamat mencuba!
Sumber:Nurasyikin Ali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Coklat Bersalut Almond, Sedap Tak Terkata Dan Ranggup Krup Krap!

Tak semestinya nak tunggu hari raya barulah nak buat biskut yang sedap-sedap. Salah satu yang memang jadi pilihan tentulah coklat bersalut almond. Sesiapa makan memang tak akan berhenti mengunyah.
Nampak macam susah nak buat biskut coklat bersalut almond ini. Tapi, sebenarnya sangatlah senang. Bak kata senang buat, senang habislah sebab makan ini tak boleh berhentilah.
Bagi yang nak berdiet, boleh lupakan buat sementara waktu. Makan dulu biskut coklat bersalut almond ini, boleh ‘ralit’ tengok-tengok sebalang pun boleh habis.
Nak tahu cara membuatnya, Ameera berkongsi caranya yang memang sangat mudah. Pejam mata pun boleh. Selamat mencuba.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Char Kuey Teow Sedap, Rahsianya Kuah Kena Pekat & Goreng 3 Minit
Resipi Tau Fu Fah Guna 3 Bahan, Buat Sendiri & Mudah Sangat!
Info Lebih Menarik DI SINI
Coklat Bersalut Almond, Ranggup Dan Sedap
“Buat biskut ini, sebalang penuh, simpan dalam peti ais. Ranggupnya. Jajan mengunyah depan tv.”
Bahan:
Kacang badam yang dihiris
Coklat bar
Cara-caranya:
1. Krup krap dalam mulut.
2. Gorengkan almond (400gm) tanpa minyak dengan api sederhana.
3. Selepas digoreng, masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Kena selalu tengok, takut hangit dan biarkan ranggup sekata.
4. Siap dah. Rasalah. Ranggup sungguh. Tak berhenti makan sebab almond ni sedap sangat.
5. Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas.
6. Kita wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair.
7. Sampai begini.Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.
8. Apabila coklat tadi sudah sejuk, masukkan almond. Pastikan masuk ketika coklat itu sejuk. Kalau masukkan ketika coklat masih panas, ia boleh hilangkan keranggupan almond tadi. Kacau sebati semua.
9. Kemudian ambil sudu letak comel-comel di atas lapik oven. Siap dan masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Pastikan dalam peti ais bawah ye.

10. Siap sudah. Bolehlah mengunyah! Esok sajalah kita diet.
Selamat mencuba!
#ibucantik
MW: Wow! Menarik ni, bolehlah cuba buat, kalau nak beli takut harganya pun kayangan jugalah nanti. Buat sendiri baru puas hati.
Sumber: Ameera
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mak-Mak Boleh Uruskan Peti Ais Dekat Rumah, Supaya Nampak Kemas & Bersih

Isi Kandungan
ToggleHujung minggu merupakan waktu terbaik mak-mak boleh luangkan masa susun atur dan uruskan barang dalam peti ais di rumah. Sebenarnya ada cara tertentu yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan peti ais ini demi memastikan ia kekal bersih dan nampak kemas. Perkongsian tips pengurusan peti ais ini merupakan cara yang dipraktikkan oleh Dr Hani Mynis dirumah beliau. Namun tidak salah mak-mak turut mencuba cara ini dirumah sendiri.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan;
#kemasrumahwithhani : Pengurusan Peti Ais
“Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.”
Tips Peti Ais Nampak Kemas Dan Bersih:
- Boleh pasang lapik dekat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua. Hani dari 3, 4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ). Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain.
- Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun dekat shelf bawah-bawah dan area belakang.
- Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
- Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dari segi visual).
- Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok).
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Happy Organising
- Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampak lebih kemas.
- Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
- Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampai ke bawah
?Shelf Pertama (Paste) :
Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
?Shelf Kedua (Today) :
Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.
?Shelf Kedua (Leftover) :
Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.
Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.
?Shelf Ketiga (Dry Foods) :
Ni bahagian untuk letak makanan kering macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.
?Shelf Keempat (Vegetables) :
Untuk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)
?Vegetables Drawer :
Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkn dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.
BAHAGIAN PINTU PETI AIS:
? Shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.
? Shelf kedua : letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.
? Shelf ketiga : Air minuman
? Shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis
PENGURUSAN PEI AIS YANG BETUL UNTUK BAHAN-BAHAN:
1. SOS
(Sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka).Ada yang suka simpan dekat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
2. SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan dekat bahagian pintu. Bahagian pintu suhu nya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
3.TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul
Ada dua cara:
1. Simpan Di Luar Peti Ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date).

Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
2. Simpan Dalam Peti Ais (Chiller)
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
4.UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun dekat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nanti hani update.
Dulu hani pernah share pengurusan pantri kan? Boleh baca disini:
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Dr Hani Mynis
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI