Jika suka buat pencuci mulut untuk minum petang atau ada jamuan, Creampuff Kastard ini antara kesukaan ramai dan sangat sesuai untuk dihidangkan. Rasanya yang lembut gebu, dengan ‘filling’ kastardnya yang lemak manis berkrim memang sangat sedap. Bahan-bahan yang digunakan rupanya tak banyak mana pun. Mudah dibuat malah nak buat berniaga pun boleh sangat. Satu adunan ni boleh dapat 30 biji Creampuff Kastard.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Izz Aishah ini. Resipi Creampuff Kastard sedap yang pernah dibuat jual dulu.
Dulu Jual creampuff tapi sekarang dah pencen. Harini Saja la buat , selamat skill masih ada.
Creampuff Kastard
Bahan-Bahan :
250 ml air
100 gram marjerin ( saya guna marjerin pelangi je)
125 gram tepung gandum
3 biji telur
1 sudu kecil Esen Vanilla
Nozzles * Beli Di Sini :https://invol.co/cl5l0mu
Cara Membuat :
1. Masukkan air dan marjerin dalam periuk,masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih .
2. Dah mendidih tutup api dan masukkan tepung kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk.
3. Biarkan sampai tepung suam, lepastu masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati .
4. Sapukan loyang dengan marjerin
5. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik tu,( kalau ada acuan pakai la acuan, kalau takdak pun takpa) dan susunkan kan dalam loyang jarak-jarak kan tau sebab nanti creampuff akan mengembang. Last sekali spray dengan air.
6.Bakar suhu 180c selama 35 minit.
Bahan-Bahan (Custard Filling) :
250 ml susu cair/Susu full cream
3 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan)
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat :
1.Masukkan susu,gula,tepung kastard dan esen vanilla dan buka api perlahan.
2.Masak sampai filling tu mendidih dan kental . -Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap .
3.Nak cantik boleh bubuh snow powder, takdak tak payah bubuh tu hiasan je .
Ads
**Inti dia ni kalau korang nak buat guna style lain pun boleh tau. Kita yang buat dia kan.
Mingguan Wanita : Mudah je rupanya nak buat creampuff Kastard ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Sesuai sangat buat untuk minum petang. Memang sedap, gebu, lembut dan lemak berkrim fillingnya.
Bila dah muak dengan biskut raya kebanyakan orang lebih suka makan sejenis snek, salah satunya Cornflakes Pedas. Apa yang menarik, resepi ini dikongsi oleh seorang lelaki, Rezal Mansor yang katanya ini snek ini sedap dan laku keras kalau jamu waktu raya.
Satu kuih raya dah siap, Cornflakes pedas ini taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing. Tadi tak ada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi, kalau bubuh kacang goreng.
Snek Cornflakes Pedas
Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi masakan kampung memang ramai penggemarnya. Alangkah seronok bila dapat menikmati resipi hidangan ala kampung yang membangkitkan nostalgia.
Kali ini dikongsikan dua resipi masakan ala kampung yang tak kurang sedapnya iaitu Kari Pisang Muda Bersama Daging dan Terung Pipit Tumis Tempoyak Cili Padi.
Ini Resipinya..sila cuba ye!
RESIPI KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING
Bahan-Bahan:
500 gram pisang berangan muda| buang kulit ari
250 gram daging | hiris nipis dan cuci bersih
200 ml santan pekat
300 ml air
2 keping asam gelugur
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Cara Memasak:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
Setelah air daging kering, masukkan santan. Jika agak pekat tambah sedikit air.
Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugur.
Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa. Tutup api. Kari pisang sedia dihidangkan.
Kacang Pedas Bilis memang sedap dimakan begitu sahaja. Rasa pedas, manis dan lemak kacangnya secukup rasa. Lebih-lebih lagi jika ikan bilisnya banyak. Rupanya rahsia buat kacang pedas ikan bilis kekal rangup, tak lemau dan tahan lama ialah kacau masa sambal cilinya dah sejuk. Bukan apa jika tak tau caranya, kacau semasa sambal cilinya masih panas, ia membuatkan kacang pedas ini mudah lemau dan tak tahan lama.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain yang merupakan penjual kacang pedas bilis sendiri. Didalam page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Buat mak-mak yang suka makan kacang pedas bilis rangup ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan sebagai panduan. Nak buat jual berniaga pun boleh sangat.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Berapa ramai agaknya yang suka kacang pedas ikan bilis banyak. Maaf ya resepi ni lambat sikit, pada yang hampir 12 k like dan komen post saya tu terima kasih bebanyak. Alhamdulillah rezeki saya pun mencurah-curah dek pic kacang pedas ikan bilis tu.”
Resepi kacang pedas bilis (cara saya ye)
Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah
RM 5 ikan bilis
3 senduk lada mesin (ikut orang la nak jenis pedas ke tidak)
10 ulas bawang putih (kisar)
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu makan gula merah
3 biji gula batu
1/2 cawan air
Cara Membuat:
1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan (makan masa la ye).
2. Nak garing (jangan smpai pahit) angkat dan toskan miyak.
3. Goreng pulak ikan bilis sampai garing dan toskan.
4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam sesenduk je dalam kuali tu.
5. Tumiskan bawang putih tadi sampai kuning-kuning sikit, masukkan lada mesin, gula, garam ,gula merah, gula batu dan air.
6. Api perlahan kacau sampai dia likat dan pekat. Sambil-sambil tu rasa la, apa-apa yang kurang, tambah.
7. Bila dah cukup rasa semua, tutup la api dan biarkan sejuk.
8. Bila dah betul-betul sejuk baru la gaulkan kacang dan bilis dalam lada tu tadi.
9. Masukan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan dalam bekas bertutup.
Siap!!
Semoga bermanfaat!
Info Ekstra!
Kacang perlu dikacau ketika sambal cili dah benar-benar sejuk, agar tahan lama, kekal rangup dan tak lemau.
MW: Sedapnya kacang pedas bilis rangup ni, cukup rasa pedas, manis dan lemaknya. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah dan jual untuk berniaga pun boleh sangat!.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...